February 16, 2012

Lama kita tak pi bercuti kan Bi?
Cuti yang kena jalan jauh jauh  naik kereta atau naik turun kapalterbang tuuu.

At least ada la jugak kita gi yang dekat2 setakat naik genting semalam dua, dan tempat2 yg tak payah nak bermalam boleh balik hari je,Tempat yang .... "yg penting anak2 gembira" (tagline kita) ..hmm itu pun kira bercuti la jugak kan.

Dan yang penting, every month kita akan balik kampung dan itu pun ummi kira macam percutian jugakla, 3 hari 2 malam setiap bulan kan,...dapat jumpa mak ayah dan keluarga,apa lagi yang lebih bermakna?

Cuma, yg manisnya bila pi bercuti ni pun banyak jugek, bila belek balik gambo2 masa percutian tu barulah rasa feel nya, kenang balik, tunjuk kat anak2, mcm best nyaa lah time tu.Plus, sure dapat banyak pengalaman  dgn berjalan2 dan melihat2 tempat orang, pasti akan membuat kita lebih menghargai apa yang kita ada.Best sgt duduk kat Melesia ni rupanya!


So, hasil perbincangan kita beberapa kali Bi-nampaknya, hasrat untuk bercuti2 Malaysia dan luar Malaysia masih belum diputuskan lagi. Eh sebenarnya tak ada dalam pertimbangan pun kecuali Ad Hoc basis. Adjourne Sine Die orang  jawa kata.

Sebabnya, kita sekarang dah tak lagi menjadikan percutian itu sebagai satu kemestian. Yes, tahun ni kena pegi situ, tahun ni kena pegi sini! hmm dah takde dah dalam list azam tahun baru kita.Mungkin akan datang bila anak2 dah besar sikit, rezeki kita pun mungkin akan bertambah- jangankan setiap tahun setiap bulan pun tak mustahil kan hehehe Over tau!
(Aktiviti yang ada setiap weekend pun tak cukup bagi hihi..)

Maybe, sbb banyak benda yg nak kena difikirkan, di timbangkan., so payah2 sgt kita pun xpayahla pi memana...alangkah bestnya jadik Doremon boleh pi mana2 dgn pintu ajaib dia.

Akhirnya, the best place untuk menggunakan  dan menghabiskan masa  adalah di Desa Coalfields!! Yes, bercuti di Desa Coalfields yeay!! bak kata Dorothy, 
There's no place like Home!!!! betul sangat Dorothy!


So Abi, kita ada banyak perkara untuk tahun 2012 ni untuk difikirkan, dirancang dan masa depan anak2lah yang jadi priority list kita setakat ni, semoga semuanya dipermudahkan Allah insyaAllah...


Sebenarnya, banyak tempat teringin nak pegi..kalau dilayankan mmg tak habis.
Dan lagi, ummi pernah berniat kalau ada rezeki, ummi nak buat Haji/Umrah dgn Abi dulu sebelum pi melawat negara2 lain yang mahal2 kosnya, so doalah supaya niat ini akan termakbul..
 

xxxxxxxxx



Kehidupan adalah buat masa ini dalam keadaan yang Alhamdulillah, bersederhana dan terkawal. Dari segi kesihatan, kestabilan, kewangan, kesenangan, pekerjaan, perasaan,  kesusahan jika ada ,ujian demi ujian, kesemuanya syukur Alhamdulillah...




2 comments:

  1. cuti kat rumah lagi best..makan dan lojing gerenti best! lagi lah rumah nad boleh makan Italian/american food lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Puan....hehehe yg tukang masak laa yg makin gemuk adoyai...

      Delete

Birdie say?