January 5, 2012

Masuk tahun baru Masihi 2012.

Tahun Hijrah 1433 dah masuk 2 bulan lamanya.
Ntah apa catatan amalan kita yang ada.

Ummi terasa nak menulis sesuatu hari ni.

Pernah Ummi tertanya-
Sapakah yg aku boleh percaya dalam dunia ni?
Sapa yang sudi nak dengar cerita dan masalah aku gaknya?
Kalau aku ceritakan sesuatu pada si dia,  selamat ke?
Dia ni boleh pecaya ke?
Dia ni, elok ke kalau dibuat kawan?
Aku suka /aku  tak sukalah orang yg mcm dia ni..
Alahai menyesal pulak aku ceta kat dia...
Aku ni ada ke sahabat sejati?


dan mcm2 lah lagi persoalan dalam diri yg menjurus kepada fitrah semulajadi manusia  itu sendiri iaitu,

Manusia perlukan teman.

Teman tak semestinya seorang.Teman dalam ertikata, manusia yang boleh menjadi tempat kita bersandar..bukan bersandar bahu semata, tapi tempat untuk kita bercerita, meluah rasa, bertanya pendapat, bertukar info, berkongsi rasa,bersuka duka, dan paling penting, tempat kita meletakkan KEPERCAYAAN supaya maruah dan rahsia kita selamat bersamanya.Dan yang lebih lebih penting lagi, teman itu adalah seorang yg IKHLAS dan sanggup berkorban untuk kita dalam susah dan senangnya.

Do we have any?

Kalau kita tak mampu memberi sebegitu pada orang lain, maka jgn berharap orang akan memberi apa yang kita inginkan.

Dulu ummi selalu berkira, dengan meletakkan perbezaan antara sahabat-teman-kawan-kawan biasa-childhood friend- best friend-kenalan dan sebagainya.

sapa yang kita boleh labelkan sbg sahabat? teman? kawan? sejati ke tak sejati ke?ape kriterianya?

Benar, masa itu mendewasakan kita.
Dalam perjalanan kehidupan kita, bermacam ragam manusia yg kita jumpa.
Ummi rasa tak adil jika kita melabelkan tahap2 dan cara kita menilai dan memandang seseorang manusia itu melalui pandangan kasar semata.

Benar lagi, untuk tidak menilai sesuatu itu hanya dari luaran malah kita boleh tersilap andaian kerana apa yang di luar tidak semestinya menggambarkan apa yang berada di dalam. Tetapi apa sebenarnya yang di dalam boleh tergambar melalui luaran.hati2lah dalam menilai.


Namun, janganlah kita meletakkan seseorang manusia itu sebagai sandaran.Hanya Allah yang layak mendapat gelaran tertinggi Malah Dia sesungguhnya yang sentiasa ada bersama kita walau di mana kita berada.Dalam susah dan senang kita.Dia yang lebih tau apa yang kita rasa walaupun tanpa kita meluahkannya.
Dia juga adalah Solusi kepada apa yang kita perlukan dan apa yang kita cari-cari selama ini.

Manusia?
Hanyalah perantaraan untuk kita menjadi lebih dekat atau lebih jauh daripadaNya.
Silap percaturan, teman itu akan mebawa kita hanyut ke laut.

Dalam pencarian Ummi mencari  teman dari kalangan manusia,
Rupa2nya ummi telah berjumpa.
Dia lah yang  sentiasa menerima ummi seadanya. Tanpa syarat.Tanpa had.

Tanpa perlu ummi memakai bag Coach-wallet Prada- tanpa  perlu memakai kereta mewah-tanpa perlu memakai secalit bedak-tanpa perlu bercakap besar. Tanpa perlu membuat temujanji- Ummi bebas bercerita apa saja dan dia sentiasa meminjamkan telinganya..dia akan sentiasa ada..dan apa yang perlu hanyalah-

Ummi hanya perlu menjadi diri sendiri. Diri sendiri.

You know who you are.

Best friend never tell each other they are best friend.
They just know.

2 comments:

  1. Nad.

    I have towards the end of last year accepted that I have lost my best friend as we have drifted apart.

    Now I resolve to live my life by myself without her.

    It took some strong will for me to actually give up on her.

    I'm glad I did.

    But, I'm happy that you have found your best friend that's something for you to celebrate.

    ReplyDelete
  2. Puan Tynn,
    i believe you have your goodfriends too.Good friends are like stars. You don't always see them, but u know they're always there.:)

    ReplyDelete

Birdie say?