December 13, 2011

Alhamdulillah.

Tahniah Faiz.
Tahniah Imah Omar.
Tahniah Syarifah Muhaimin.


Saban hari diberitakan oleh mereka akan  kelahiran bayi2 baru, Ummi akan tersenyum sendiri.
Serta merta terhidu bau skin @ kulit  baby, bau bedak baby dan aromanya terbayang di fikiran.
Terbayang lagi di fikiran  kenangan bertarung nyawa mempertahankan Amierah dan Ziyad yang Ummi amat nanti2kan..
Terbayang lagi kenangan ummi berstokin dan jalan mendakap perut ketika batuk... 
Terkenang susah hatinya ketika anak disentuh demam berpanjangan.
Masih ghairah ummi memilih dan membelek segala keperluan anak2 walaupun Ummi dan Abi baju barunya cuma ketika raya.
That is the beauty of having a child..Alhamdulillah..

Indahnya...
Tiada yang pahit nak.Asalkan melihat kalian sehat dan tertawa ceria- tiada yg pahit dalam membesarkan mu.semuanya hilang melihatkan wajah suci tiada cela dan tidak berdosa.

Ummi dan Abi akan sentiasa menikmati hari demi hari bersama kalian selagi hayat dikandung badan.
Akan Ummi hidu bau mu yang wangi dan suci setiap hari, melayan ketawa dan ceritamu yang tak berhenti..
Akan kami cuba dan terus berusaha menjaga dan mendidik, memberikan yg mampu dan terbaik kerana kalianlah harta kami di dunia dan di akhirat ya Allah..

Kau peliharalah kami, anak-anak kami, kedua ibu bapa kami,keluarga kami dan seluruh umat Islam dari api neraka Ya Allah..
Kau berilah kami nikmat hidup berkeluarga dan kemanisan hidup yang kami rasai ini kau kekalkan dan tambahkan lah ia Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Birdie say?