Mode : Sedih
Tak sangka masanya telah tiba.
Masa untuk mengakhiri satu kebiasaan.
Rasa sekejap namun kesannya berbekas.
Sapa sangka.
Daripada tak pernah mengenali, tak pernah rapat,tak pernah bertegur sapa.
Kita dipertemukan berdasarkan hubungan kerja.
Bumbung ini pernah menjadi saksi
Hari ke hari kita bersama membina kenangan dan perhubungan
Kita berkongsi cerita berkongsi rasa berkongsi kereta.
Kita saling ketawa mengata menangis dan berduka.
Kita makan menu yang sama, mengandung dan beranak pun bersama.
Kita mengeluh bergaduh tiada jemunya.
Ntah kenapa
Hati berasa terlalu sayu
Seolah perginya terlalu jauh.
Hakikatnya masih boleh berjumpa bersua dan bercerita.
Namun keadaan pasti tidak akan sama.
Ibarat ibu ayam hilang anaknya.
Berkumpulnya kita selepas ini pasti akan merindui mereka.
tercari2 kelibat, gelak tawa, suara dan jeritan manja.
Terlalu banyak yg kita kongsikan.
Sehari tak bersua ibarat paha kiri tak bertemu lawannya.
Nilai hubungan kita lebih dari yg kita sendiri sangka.
Siapa sangka.
mereka yg mendahului kita.
tinggalkan kebiasaan kita.
Namun bukan kuasa kita.
Kenangan tetap ada sampai bila-bila.
semoga hubungan ini buat selamanya.
Terima kasih semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Birdie say?