October 7, 2011

Lately ni mmg 'weng' sikit.
Caca marba lah hidup terutamanya memikior perihal ofis dan bilik yg tunggang langgang mcm br lepas kena rompak.

'Transfer Order' yang berjela2 baru2 ni amat memberi kesan kepada aku personally. Walaupun nama aku belum tersurat antara mereka yang ditransferkan, tapi aku pulak yang sibuk2 cuba meletakkan diri dalam kasut diorang sudahnya aku pulak yang stress sebab dok memikirkan masa depan . Kalau kena berjauhan dengan suami dan anak2 aduuuhaii tak dapat bayangkan.Stress bertambah kerana bakal ditinggalkan oleh kawan2 sepermainan dan stress lagi kerana bakal melalui zaman suram. 
Pun begitu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul kan...

Situasi dan keadaan hidup setiap orang tak sama. Masalah yang ada depan kita  pun mungkin tak sama,  so tak boleh la nak pukul rata setiap orang dan  hukum orang tak tentu pasal..
Apapun, ingat balik  bahawa semua ni hanyalah perancangan manusia dengan kehendak dan ketentuan  Nya..
Kita cuba untuk redha and just  go with the flow.....selagi mana termampu kita turutkan.Selebihnya, pilihan adalah ditangan kita...


Penat..
wonder apakah org lain pun serabut cam aku gek.haih!

No comments:

Post a Comment

Birdie say?