23 September 2011.
Selamat ulangtahun ke 9 bulan Ahmad Ziyad!!
Teringat kata Ustaz Pahroi, bila kita menyambut ulangtahun, sebenarnya bukan kita dipanjangkan umur tetapi umur kita semakin pendek. Ini kerana, sejak dari awal kelahiran seseorang manusia itu, telah bermula perjalanannya menuju kematian. Makin bertambah umur kita, semakin dekatlah kita menuju hari kematian yang telah pun ditetapkan oleh Nya..
Alhamdulillah.
Ziyad masih full breastfeed and breastmilk.
Ziyad dah ada 2batang gigi bawah dan satu batang gigi atas belah kiri dah tumbuh. Awat belah kanan tak kuar lagi hihi..bila awak senyum sengih ummi rasa macam nak ghigit2 je.
Ziyad dah pandai panjat anak tangga..merangkak, duduk, memanjat, memaut lah keje dia skrg ni..Semua benda nak masuk dalam mulut dia ye?
Ziyad nampak serasi dengan Cik Mah setakat ni.
Ummi dah pening sebab Cik Mah kata susu tak cukup kena tambah lagi. Sebelum2 ni masa kat nurseri, hari2 bagi 6 botol x 3-4oz, kadang tu terlebih.
Start minggu ni ummi bagi 8 botol x 3-4 oz sehari.Pun bila petang dah bersih licin. Nampak beza kan dengan nurseri lama dulu. Hadui stok dah nazak.nampaknya kena keje overtime malam untuk mengepam. Ummi akui, ummi belum cukup berusaha keras untuk anak2.Ummi mintak maaf.
Memang tak senang perjalanan penyusuan banyak cabaran dan dugaan kena telan.
Apapun Alhamdulillah.Semoga terus di bagi kekuatan dan rezki untuk anak2.
Take care sayang.
No comments:
Post a Comment
Birdie say?