Alhamdulillah.Masih ada peluang menyambut dan melalui Ramadhan tahun ni.
Makin dekat nak puasa itu hari, ada sikit rasa macam waswas.ragu-ragu.Boleh ke tak boleh ni gaknya posa.
Sampaila ke hari sebenar semalam, Alhamdulillah..sampai jugak ke waktu berbuka wp melepek dan mmg rasa cabarannya kali ni lain macam sikit.mungkin awal2 ni je hendaknya baru2 nak mula. taknaklah puasa sekadar menahan lapar dahaga je.
Start menyusukan baby ni mmg jarang sekali ummi skip makan.Sebenarnya makin banyak makan ada.
Kalau sblm preggy kita tak mkn takpe takde hal, mkn bila time lapar je.Skrg ni, lapar tak lapar ttp kena mkn jugek.
Kalau terlambat makan, ada yg angin naik kepala.Silap2 gaya hangin lagi ada. Kita tau kalau kita tak makan dengan cukup dan teratur tentunya penghasilan susu ibu akan terganggu dan memberi kesan kepada stok dan bila direct bf pun boleh tertekan dibuatnya.
InsyaAllah, daripada pengalaman kawan2, nampaknya stok tak terjejas dan kena banyak makan kurma, minum susu,air putih dan high protein.
Fikiran pun agak keserabutan kebelakangan ni.
Terimalah apa yg telah disuratkan, dan cuba kawal emosi dan keadaan supaya benda2 tu tak memakan diri....susah nak terima tapi terpaksa juga.Apalah daya.
Sebelum lebih terlewat, tahniah buat adinda Nadzif & Suzie yang telah menerima anugerah terbesar iaitu Ahmad 'Aqil Harith bin Mohd.Nadzif tanggal 22/7/2011. Ini merupakan cucu atok dan nenek yang ke sebelas yang hampir menandingi jumlah cucu perempuan dalam keluarga 6 v. 5 . Yang akak bangga, awak telah menghadiahkan set pump yang baik serta peralatan penyusuan buat isteri tercinta...Alhamdulillah, hope dapat manfaatkan sebaik mungkin..
Tok Ayah dan makcik kini mengerjakan umrah pada 27 Julai -10 Ogos ni.InsyaAllah mudah2an semuanya baik, selamat dan dipermudahkan buat mereka...
28 hari lagi yang perlu dijaga dan direbut setiap saat dan waktunya.
No comments:
Post a Comment
Birdie say?