Apapun dugaan,cobaan, dan ujian hidup yang kita lalui di dunia ini, dalam setiap saat kita bernafas, samada kecil , sederhana ataupun besar, sama2lah kita cuba mengawal diri, tahan diri kita dari menghukum setiap sesuatu itu dengan sebarang kata2 atau fikiran2 yang negatif dan hanya fikirkan yang positif supaya aura positif yang akan masuk ke dalam diri.
Cuba lah mengingatkan diri bahawa seandainya hamba Allah itu di uji, baik ujian nikmat, ujian maut, ujian demi ujian dalam hidup, kesannya bukan hanya untuk dirinya malah kepada sesiapa pun disekeliling mereka termasuk kita.
Setiap kali melihat berita2 yang dahyat dan sedih di kaca tv, mendengar kisah org di blog2 dan cerita kawan2, bertanyakan soalan kepada diri, macamana agaknya kalau aku berada di tempat mereka?Cubalah kita mengambil iktibar daripada mereka..Kita mungkin akan diuji juga.
Ujian2 itu mungkin juga sebagai platform bagi mengingatkan diri kita yang berada disekeliling mereka tapi jarang sekali kita menyedarinya..
Sapa tahu, lepas ni mungkin turn kita?
Berbaik sangkalah kepada Allah dan sesiapa juga.
Kita bukan sapa2 pun dalam dunia ni tak ada apa yg perlu di bangga.
Siapalah kita untuk menghukum sesuatu yang kita tak tahu pun kebenarannya..
Takut bila memikir hubungan dengan Allah kian jauh, sedangkan Allah pemberi segala2nya hatta sebutir nasi pun kita tak mampu cipta.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment
Birdie say?