June 17, 2011

Hari ni ada masa untuk menjengah bilik @ Level 2 yang dah berhabuk dan tak terurus. Terasa begitu sunyi bila masuk ke bilik sendiri seolah2 telah hilang seri.

Satu ketika dulu, dalam bilik ini lah berlakunya banyak perdebatan antara peguam2,banyak fail menimbun dan bersusun2, medan bersarapan dan makan tengahari, port melepak dan bergossip isu terkini, staf keluar masuk untuk urusan tandatangan dan klarifikasi, tempat tido bila ngantuk esp time preggy, tempat port barang2 tapawe sebelum diagih2kan kepada pembeli, tempat membebel merungut bila tensyen dgn keje 2 esp... etc etc..
Sekarang, semua itu sudah tiada lagi.

Jujurnya, sememangnya ummi rindukan semua suasana itu. RINDUKAN semua itu.
Daripada Dagang 1,Tracking System, Dagang 7, E Court, E filing segala jenis E lah..semuanya berlaku mengikut peredaran zaman.
Satu ketika, ummi ade sekelompok kawan2 yg sangat bestt dari Dagang 1 hingga Dagang 8, kemudian ditambah ke Dagang 12 dan sekarang bertukar ke OCC dan NCC dan hampir semuanya kini telah bertukar ganti.Hiruk pikuk keceriaan bersama those officers membuatkan segala kerja menjadi ringan dan tekanan dapat dikongsi bersama, seriously indahnya..

Itulah antara perkara yang paling mahal iaitu nikmat MASA yang tak dapat dibeli dengan segala harta dan tak dapat dikembalikan dengan apa cara.
Dengan masa yang masih bersisa, akan ummi teruskan perjalanan dalam kerjaya biar di mana pun ummi diletakkan dan ummi akan ingat pesan Abi, kita kerja kerana Allah, bukan kerana sesapa, maka apapun yang mendatang biar Dia yang tentukan..

Projek ummi dengan MC baru nak bermula dan dah ada  pun chaosnya.Tak apa, semuanya dalam proses percubaan maka salah faham tu perkara biasa. Boss ummi akan balik ke Utah, United States pada awal Oktober nanti.Sebagai pioneer project, ada yang ummi  blur dan pening2 lalat tapi amanah ni tak semudah yang di sangka.Banyak yang ummi perolehi, esp pengalaman bekerja dengan Boss yang berlainan bangsa dan agama, lebih2 lagi dari negara luar yang jauh lebih maju dari kita. Setiap yang baik ummi jadikan pengajaran dan mana yang tak sesuai dengan budaya dan agama kita, akan ummi jadikan sempadan.Alhamdulillah setakat ini tak ada masalah dan halangan dalam bekerja dan Boss ummi seorang yang memahami dan boleh di bawak berbincang.
Isnin lepas, Boss telah menghadiahkan ummi 2 keping DVD yang kedua2nya adalah cerita classic lama-
iaitu, My Fair Lady dan The Wizard of OZ. Ada cerita disebalik hadiah DVD ini.Nanti kita akan tengok sama2 dengan Abi walaupun ummi sebenarnya tak minat dengan cerita klasik lama kecuali cerita P.Ramlee.Inikan pulak ceta classic omputeh hmm mmg lah ummi tak pernah tengok. Boss kata banyak pengajaran dari kisah2 ini.Thanks anyway Boss.


Ziyad baru baik demam  lepas amik injection yang ke 5 bulan minggu lepas. Berat dalam 8.1 kg kalau tak silap.Perkembangan  Ziyad alhamdulillah sudah terrer meniarap.Kalau tido terlentang nanti tetiba Ziyad akan pusingkan badan dan tido meniarap dengan sendirinya which ummi sangat impress hehe.Jakun sebab dulu kakak Amierah tak tido meniarap.Ummi akan pastikan Ziyad tido hanya beralaskan tilam tanpa bantal yang empuk2 khuatir pernafasan terganggu.Lain dari itu, corak tidur masih tetap dan penyusuan masih aktif.Ummi masih mengepam setiap hari untuk bekalan minum Ziyad setiap hari. Perasaan dapat memberikan Ziyad susu ibu adalah satu perasaan yang tidak terucap.Alhamdulillah.


Kakak? Kakak sudah pandai menulis sendiri..Sudah ada bentuk setiap penulisan kakak dan jari2 makin lembut.kakak dah pandai mengenal nombor dan sekarang tgh berusaha mengenal huruf.Sebutan A-Z dah lancar cuma ambil masa nak suitkan huruf apa dengan bentuknya. setiapkali nampak tulisan kat sign board atau mana2, kakak akan bgtau ummi ini nombor apa, ini huruf apa,beserta soalan2 yang berjela2 yang kadang2 dan selalunya ummi tak larat nak jawab nak.ummi tgh drive dan time tulah mulut kakak macam bertih jagung tanya kenapa itu kenapa ini mmg lah pening kepala ummi nak menjawabnya. Takpe kak, selagi mampu ummi akan accomodate kakak asalkan kakak suka belajar dan suka nak tahu ttg sesuatu pun dah cukup melegakan hati ummi.

Ummi nak ambik kesempatan berterima kasih kepada Taska Darul Hannan, Taska yang banyak berjasa membantu ummi mendidik kakak menjadi anak yang baik dan pintar. Bila ummi kenang2kan,  kakak dengan sendirinya tak nak pakai pampers bila cukup 3 tahun tanpa ummi jenuh melatih dan alhamdulillah tidak pernah kencing malam tanpa pampers, kakak pandai membacakan doa2 makan, doa nak tidur, dan asas2 solat wp belum sempat ummi ajarkan secara intensive.Sekarang setiap kali kita makan sama, kakaklah yg akan pastikan, eh ummi dengan abi belum baca doa?? maka kakak lah tukang baca doa setiap kali kita makan.sungguh menyenangkan tengok kakak jadik imam makan.Kakak di didik mandi dan istinjak sendiri hanya ummi perlu pastikan kakak buat dengan bersih dan suci.kakak pandai pakai baju sendiri, kakak akan kata kakak dah besar la ummi maka dia akan buat sendiri.Alhamdulillah..Allah yang melorongkan dan bagi kemudahan pada Ummi dan Abi untuk berpeluang memberi pendedahan awal dan asuhan yang baik di sekolahnya.

Sayangnya ummi yg belum berjaya memastikan kakak mempunyai sebaris gigi yg cantik dan gigi depan kakak dah banyak terkorban menjadik mangsa. Syukuurlah gigi boleh tumbuh lagi nanti dan ummi dapat pengajaran yg besar dari itu iaitu kena disiplinkan anak2 dalam menggosok gigi dan jangan SEKALI2 bagi anak minum susu botol pada malam hari dengan keadaan puting susu tergantung dalam mulutnya hingga menyebabkan karies dan gigi rosak dengan sangat cepat.konon taknak bagi pacifier dekat anak taknak gigi rosak, tapi bagi anak gayut dengan botol time tido lebih teruk lagi nak2 pulak bagi minum susu coklat dugro dumex huh.Bila ummi cakap gigi kakak kena makan tikus, innocently kakak pun percaya syian dia, ummi acah aje.Ingat kak nanti dah besar kena gosok gigi dan jaga gigi bagi cantik, okey?

Okeylah.Cukuplah dulu.
Missi ummi supaya solat ummi menjadi lebih baik.
Solat tiang agama.Solat boleh mencegah kemungkaran.
Bila ada berbuat dosa, sengaja ataupun tidak, ada yang tidak sempurna pada solatnya.
Ya Allah, Kau Maha mengetahui.





No comments:

Post a Comment

Birdie say?