April 5, 2011

Kewajipan dan tanggungjawab melebihi masa yg kita ada.

Still dalam adjustment period.
Setiap pagi  akan bersilat lepas bangun tido nak siap2kan macam2.brg2 sekolah kakak,penyediaan susu adik & urusan rumah tangga pun tak kurang banyaknya. kelako pun ada bila bayangkan balik  kesibukan diri di subuh hari macam tak cukup tangan dan kaki..malam lepas balik keje rasa exhausted sgt  pukul 10 pun dah x larat nak buat apa. Kagum dengan orang yang ada anak ramai, bergelut  dengan tuntutan kerja dan rumahtangga lagi but still berjaya dalam pengurusan masa dengan baik dan berkesan.
Sikit masa lagi mungkin dah tak huru hara mcm ni bila keadaan makin stabil.harapnya.

Malam tadi hantar Siti ke airport untuk dia kembali ke mesir melunaskan tanggungjawab yang tertangguh.Semoga Allah lindungi mu dik. Terasa nikmat hidup di tanah air sendiri, bila dengar dan baca cerita orang betapa susah payahnya bila hidup kat tmpat org..cakap dgn dia semalam kalau niat dia ke sana baik,insyaAllah dimudahkan dan dimakbulkan.

Happy birthday Faiz Aziz.

Ada ura2 mengatakan ummi akan bertukar ke satu daerah Y atau Z. Buat masa ni ummi pun masih menunggu2 arahan sekiranya betul ada.Tak berani nak komen panjang.

Semua pun tau kerja kat sektor kerajaan dan perkhidmatan awam ni mmg nya 'subject to transfer'.Sebab tu ramai  yang pening bila memikirkan tempat nak 'settled down'. Lebih2 lagi bila naik pangkat, kalau tak ada kekosongan penjawatan dah sah-sah kena keluar. nak nak pulak bila kena  keluar dari zon selamat dan stabil untuk berkhidmat di tempat lain pulak.bukan nya senang kan kalo dah beranak pinak.

Cumanya  ummi  ni bukannya sebab naik pangkat, belum lagi  (insyaAllaahh).Tapi sebab court  kat KL ni banyak tutup, kes banyak disposed (????)  dan pegawai berlebihan (iyolah)....maka terpaksalah di hantar ke tempat2 di mana tenaga kerja sangat2 diperlukan, terutamanaya di Z. What??? (pensan kejap).
 Apapun tunggu jelah..


Sejak start kerja last week, menunggu2 kualiti masa untuk betul2 di namakan rehat bersama keluarga. Teringin pulak dalam satu masa tu bila dok umah tak payah pikir nak  buat keje2 yg x akan berkesudahan- basuh baju sidai baju masak  kemas umah bla bla bla  bla bla yang mana sangatlah mustahil buat masa ni. Ummi betul2 rindukan  masa berkualiti itu walaupun setiap hari duduk di bawah bumbung yang satu. Bumbungnya satu tapi terlalu banyak benda berlaku dan pekerjaan menunggu di bawah bumbung yg satu tu.


Semakin hari semakin sayang.(^_')


1 comment:

  1. Tiap hari sayanggggg, uish jauh je x kena transfer, putrajaya la kot byk tmpt, geng ngan din,heh. Smoga dpt yg dkt2 ajer. Jom p pulau

    ReplyDelete

Birdie say?