Berhajat benar nak buat 5s kat bilik yg dah mcm susuh ni.
Tapi nampaknya tak kesempatan tak perasan masa makin menghilang.
Esok insyaAllah Mak, Ayah & adik akan balik dari umrah. Selama 2minggu Mak Ayah tak ada, hati berasa rindu sendiri. Selalu kalau nak mengadu,nak bermanja, nak tanya resepi, dail je telefon mesti suara Mak Ayah dihujung talian.. Kali ni, bila nak cakap sesuatu,tunggu Mak Ayah yang telefon, bila dapat sms pun dah terasa syukur.
Ummi boleh rasakan betapa kasih dan rindunya Abi pada arwah Tok Mak.
Ada satu2 ketika ummi akan terbayang dan terkenang..namun apalah lagi yang mampu kita lakukan..hanya menahan perasaan yang terasa begitu berat di dada...
Bolehkah ummi pohon supaya Allah kembalikan Tok Mak supaya dapat mengubat kerinduan kita dan membuatkan Abi lebih gembira...
sebak hati ummi tiap kali dengar kakak sebut Tok Mak..satu masa kakak akan faham hakikat sebenar..Anak-anak banyak yang belum dimengertikan...Gambar Tok Mak akan sentiasa mengingatkan kakak bahawa kakak punya seorang Tok Mak yang sangat menyayangi dan memanjakannya..
Kita hanya akan lebih menghargai sesuatu apabila ia telah tiada...
InsyaAllah, sama2 kita berdoa semoga, kita akan dipertemukan semula pada satu masa di alam yang lebih hakiki dan abadi..dan semoga doa2 kita akan sampai kepada insan2 yang telah pergi..
Kebelakangan ni..adalah waktu2 yg agak sukar bagi kita.
Anak2 belum faham apa yang berada difikiran kedua org tuanya..
Seandainya mereka mengerti,pasti mereka akan memujuk orang tuanya supaya tidak bersedih hati..
Ada sesetengah perkara yang tidak mudah dilafazkan dengan kata2..kita hanya bercakap menerusi hati untuk sampai ke hati..
Siapalah yang beri kekuatan kepada kita kalau bukan Dia.