Kalau ikut hb 23hb feb Ahmad Ziyad dah 2 bulan lebih sikit.Alhamdulillah.
Hensem boy ummi dah pandai senyum dan tawa nampak gusi.ngeee..gerraamm..
Dalam usia habis berpantang baru Ziyad nampak kelibat orang secara jelas.Sebelumnya bila kita agah2 maybe dia cuma nampak bayang2. Injection kedua belum ambik lagi.2 minggu lepas timbang berat @ Klinik Aisyah berat Ziyad dah 5.7kg, mungkin masa timbang lagi time injection 2 bulan nanti dah cukup or maybe lebih 6 kg.
Ummi sedang berusaha membuat stok BM sbg persediaan naik kerja nanti.Mungkin agak lambat sikit maklumlah ambik cuti 3 bulan tu yang suka bermalas malasan.Sebulan yang ada ni akan dimanfaatkan sebaik mungkin.berusahalah!!Seronok tengok perahan susu yang dah beku wp belum banyak.Allah murahkan rezeki mu nak.
Abi tanya macamana prestasi pump yang ummi beli.
Jawapannya, setakat ni alhamdulillah. tiada kekesalan malah mengujakan.Syukurlah.. Instruction pun tak habis baca lagi main tekan je butang2 yang ada kat pump tu huhu, bila nampak susu tu keluar, subhanAllah....berbaloilah ummi main kutu huhu...mudah2an bertahan lama ke cucu cicit lah hendaknya.
bila mengepam, jiwa hati mesti tenang.kalo tengah serabut2 tu out put mmg x banyak.stakat ni ummi pump n pack susu 4oz- 5oz satu plastik.buat masa ni 4-5oz skali minum dah cukup utk Ziyad.kalo boh banyak2 nanti xhabis pulak sekali minum terbiar lama sgt dalam botol.
Inilah dia..bagi seorang isteri dan ibu, perihal anak, suami dan keluarga adalah perkara utama yang sentiasa dalam fikiran dan perbualan.
Kerja?bergantung kepada keperluan-kalau time bekerja mmglah menyesakkan fikiran.
Alhamdulillah dapat cuti 3 bulan, mmg inilah yang sepatutnya dari dulu lagi hadiah buat ibu2 bekerja. Bosan?kadang2 mmg bosan sbb dan biasa bekerja kini terperuk seharian kat rumah heh.Tapi situasi yang paling tepat menggambarkan keadaan surirumah adalah kerjaya yg paling 'mencabar' terutamanya dalam pengurusan masa yang baik.Bukan calang2. Patutnya setiap surirumah pun diberi gaji tetap mengikut kapasiti isi rumah selain ganjaran pahala dari Dia.Surirumah pun satu kerjaya yang tak ramai tau betapa kepentingan dan besar peranannya dlm membentuk keluarga berjaya+bahagia. Dah dok rumah dekat 3 bulan jaga anak2 dan rumahtangga ni baru tau menghargainya.
Jadik surirumah?hmmmm kena pikir panjang.
Jadik surirumah?hmmmm kena pikir panjang.
No comments:
Post a Comment
Birdie say?