Alhamdulillah.
I'm back.
Yes i'm back home. home sweet home.
Namun perasaan sewaktu meninggalkan rumah dan kampung halaman petang kelmarin tak dapat aku lupakan. Merembes jugaklah dalam kereta betapalah emosi dan 'gembeng'nya ummi yg sorang nih.
Bila lama sikit bersama mak ayah dan keluarga, sampai waktu mengemas, mengheret beg & barang2 ke muka pintu, bersalaman berpelukan dengan semua, masuk ke dalam kereta dan melambai lah sekeliannya beramai2 dengan sorotan semua mata, semua tu memang buatkan aku merasa hiba.Mulalah terbayangkan mak, ayah, dengan sabar menjaga dan meneman aku, Ziyad dan Mirah sepanjang 3minggu ni..terima kasih mak ayah..Diah akan rindukan kenangan itu.
Aku harap umur kami panjang untuk bersama2 lagi...
Siti @ Atam dah berada di Jeddah.Alhamdulillah.
tunggu turn untuk di bawak pulang ke tanah air.
tak sabar nak tengok dia depan mata,insyaallah...
Hari kedua lepas habis berpantang.Yeay!!
Gembira? tak juga.
Apa bezanya?
takde beza,cuma lepas habis pantang, tak terasa bersalah bila nak keluar rumah. tak merasa bersalah nak curik2 makan daging, minum air teh dan beberapa makanan yang dianggap 'angin'..
tapi, stil banyak jugak nak kena jaga bila kita menyusukan anak, takut baby kembung perut, cirit birit contohnya kalau kita makan makanan pedas atau berempah.
sejauh mana kebenarannya tak tau.common sense.buat jelah jgn banyak tanya.kata2 org tua pun banyak jugak betulnya.
Penat.
Banyak jugak kerja2 mengemas,membasuh,mengelap,menyimpan yang perlu dibuat. Setelah 46 hari berpantang, tak naik tangga rumah tak mengemas dsb, skarang semua itu sudah berakhir..
Cuma slow2 lah ye.badan kita masih perlukan rehat..belum boleh melasak sangat.Kesan jangka panjang selalu buat aku risau.
Ada sesuatu dalam fikiran.
Semoga Allah tunjukkan jalan.Terasa betapa kerdilnya diri berdepan dengan situasi ni.
Tapi aku percaya, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Itu yang aku harapkan.Semoga Dia mendengar kata hati ini dan memakbulkan doa aku yang satu ini..(-_-)
tahniahhhhhhhhh telah berpantang dgn jayanyer... sila tepuk bahu sendiri,hehe
ReplyDelete