Sambungan hari tu.
Ada lagi beberapa perkara yang ummi rasa perlu di 'ada-adakan' ketika berpantang & lepas berpantang.Semua ni boleh dijadikan rujukan anak-anak bila nanti ummi dah tak ada kat dunia ni..hehe..harap2 dapat la merasa jaga cucu bila dah tua nanti yerk.amiin.
Ada lagi beberapa perkara yang ummi rasa perlu di 'ada-adakan' ketika berpantang & lepas berpantang.Semua ni boleh dijadikan rujukan anak-anak bila nanti ummi dah tak ada kat dunia ni..hehe..harap2 dapat la merasa jaga cucu bila dah tua nanti yerk.amiin.
1.Tukang urut
kalau mampu boleh la tempah confinement lady barang sebulan dua yang sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas ujan. siap la macam2 ade pakej tungku lah param pilis tangas bagai.Total =RM 3,000 lebih kurang selama sebulan, hambik kau.
Dapat berurut pun cukuplaah. Puas jugakla kita mencarik tukang urut sekitar Sg.buloh dan lembah klang ni hari tu. macam2 pe'el dan kaedah orang nak carik duit kan.siap bisnes kad lagi.Urut beranak lain rega.urut lenguh lain rega.nak yg mana, harga pun beza, ok?
Ummi pun dah terkena jugak dengan sorang tukang urut ni.mintak maaf ye macik..urut sekejap je x sampai setengah jam, ada hati nak kenakan bayaran RM xx. hadoii mcm x ikhlas je aku nak bagi.
Bukan apa, lepas separuh nyawa mengharung 'contractions' dan pembelahan major, dah terbayang berapalah banyak urat2 yang putus terik dan urat2 yg lari dari treknya ketika menendang katil,berlaga badan dgn tilam,menarik tgn Abg dan midwife, dan mcm2 lah seumpamanya..badan pun rasa tak brapa sedap..maka urutan dipercayai memberi satu terapi dan ketenangan sekiranya di buat oleh tukang urut yang mahir dan ikhlas.Mana nak dpt skrg?
Alhamdulillah dpt urut dgn Wak Yati kat kampung, 1 sessi dkat 3 jam dengan bayaran seikhlas hati.barulah ikhlas kaan..
Kalau susu badan lambat keluar, dipercayai dengan urutan boleh melancarkan urat dan pengeluaran susu dengan banyaknya.Sebelum beranak cecepatlah survey & book tukang urut ye.
2.Breast Pump
Bagi yang bercadang nak menyusukan badan, moleklah ada supaya dapat memudahkan dan mencepatkan urusan..kalau tak ada pun tak pe, boleh di buat secara manual..Pump ada macam2 jenis, ikutlah kemampuan &keselesaan. kalau tak mampu beli lump sum, boleh usaha dengan cara main kutu mcm ummi @ www.mybreastpumpshop.com. hehe segalanya mudah.nak tak nak jek..nanti ummi buat review hasilnya k.
3.Stokin/Sandal
Pakailah dalam /luar rumah, at least sampai abis pantang.
Ummi pun banyak gak monteng.tapi bila nenek soh pakai tu kenalah pakai..esp time sejuk2 or lantai rumah yg sejuk tuu..tido pun lebih nyenyak tau..
4.Bengkung
Abi baru belikan bengkung moden minggu lepas khas utk c-sect. Oklah, setakat ni sedap di pakai dan memudahkan pergerakan.tapi xleh review lebih2 selagi x nampak hasilnya..Moleklah pakai kut..tak dapat shape anak dara, sikit2 pun jadik le.
5.Majalah
Bacalah majalah keibubapaan, pa & ma contohnya. mana beli yang lama2 tu, time berpantang kumpulkan balik,baca ulang2. Dulu masa belum ngandung baca sambil lewa sepintas lalu jer..bila tengah berpantang baru nampak manfaatnya isu2 dan topik yang ada..gunakan.
lagipun sambil bf tu ada gak benda nak buat kan..
6.Wet wipes/ tisu basah
Ni pun sangat penting ada dalam apapun keadaan, dalam keta pun kena ada stok esp bila ada anak2 kecik ni.Tak ada anak kecik pun berguna jugak. setakat ni benda ni tak boleh terputus bekalan.
7.Resepi/menu berpantang
Bagi yang nak berpantang sendiri, tak ada parent nak jaga dan tolong masakkan, elokla stadi sikit resepi masakan semasa pantang. takyah la yg susah mana, bila ada baby mmg tak sempat nak masak pelbagai.tapi sekurang2nya takde la mati akal nak masak apa.asik bilis tempe sawi lama2 pun bosan juga.
8.Disposable breast pad &nursing bra
Penting ni esp bila nak kuar rumah kena pakai.
Time berpantang susu mmg mewah.Leaking sure ada. Sebelah menyusu, sebelah akan leaking juga. Kena pakailah kan kalau tak tetiba baju and tudung basah je tetiba.kalau pakai yg pakai buang tu senang takyah leceh2 nak membasuh.biasalah ayat orang malas mmg mcm tu huhu..penting ni yer..
Nursing bra? yg murah2 kat jusco ada hehe..yg mahal2 mana2 laagi ada..pakaila yer..yg lama2 tu lmbt sikit baru boleh pakai semula.
to be cont..
No comments:
Post a Comment
Birdie say?