Sepanjang hidup kita bergelar isteri/wanita,
mana satukah yang lebih kerap kita temui,
sang isteri mengadu perihal suami, atau sang suami mengadu perihal isteri?
itulah sebenarnya rahsia mengapa wanita/isteri menurut kajian, lebih panjang umur berbanding lelaki/suami yang lebih suka memendam rasa. (kurang membuat dosa sebenarnya) hehehe..
Wanita atau isteri kebanyakkannya, lebih mudah dan pandai meluahkan perasaannya..dan sentiasa ada tempat berkongsi rasa selain dari suaminya sendiri.
Kenapa agaknya tak semua perkara boleh diluahkan pada suaminya sendiri?
Pasal selalunya suamilah orang yang telah membuat onar dalam hidup mereka hahaha..
Bagi sebilangan pasangan, bukan mudah nak berkomunikasi 2 hala dengan baik.Setiap kali ada masalah dapat diselesaikan dengan perbincangan, hohoho dengo macam senang and sooo ideal kan? tapi untuk sesetengah perkara dan keadaan, meluahkan dengan suami/lelaki adalah lebih payah dari bercakap dengan bayi berusia setahun yang belum reti berbuat apa-apa.
Tapi, jangan risau, biasanya wanita/isteri hanya perlu tempat untuk bercerita.Bukan nak sgt mengadu domba.Dan tak semua wanita/isteri macam ni. Masih ramai yang suka memendam rasa sebenarnya dari bercerita.Mungkin itu yang sebaiknya, asalkan tak meletup bila dah parah..
Tak perlu cuba2 menyelesaikan masalah mereka kalau tak dipinta.Sekadar meluah dan mendengar pun dah cukup membuat sang isteri atau wanita berasa lega..
Cumanya, berhati2 dengan siapa kita bercerita, elakkan dari berkongsi dengan berlainan jantina atau si mulut tempayan yang mengundang bahana.
Tambah pulak, ini antara aktiviti2 membuat dosa yang paling mudah dilakukan oleh sang isteri sebenarnya.
Tambah pulak, ini antara aktiviti2 membuat dosa yang paling mudah dilakukan oleh sang isteri sebenarnya.
Alangkah baiknya sesekali kita mendengar soalan begini dari sang suami,
'Ayang nampak mcm ade problem je ni.Share la sikit dgn Abang..'
hehe..bestnya. kalo lah suma sang suami buat camni..sure sang isteri suma lembut hati and tak jadik nak merajuk. Otomatik sang suamilah akan jadik tempat paling ideal untuk mengadu.
Well, mebi wanita/isteri yang kena buat dulu, sebelum berangan sang suami buat yang sama.
kalau dah buat tapi sang suami tak reti bahasa..terpaksalah terima dia seadanya huhuhu...
Kalau suami cakap "Apa masalah awak ni?!!" selalu lah..
ReplyDelete(Sila baca dalam nada nak carik gaduh, tehehehe..)
hahahaha..
ReplyDeletebest giler!