October 13, 2010

Sedap jugak lagu2 Maher Zain ni kan.
Dah brapa kali putar kat winamp ni sejak smlm belum jemu2 lagi.Ala2 Amru Diab modern la dia ni.Orang lain dah  beramai2 dok beli CD DVD, aku sekadar mintak tlg staf installkan dalam PC je.bolehla buat halwa telinga esp masa tgh buat2 keje.


hari ni mood segarr, terus berangan bestnya kalo dapat pi bercuti.Rasa mcm dah lama jugak tak kena pampered dengan angin pantai sepoi2 bahasa. Agak banyak 'peristiwa2' sepanjang tahun yang berlaku sepintas kerlipan mata.Kebanyakkannya diluar jangkaan-dan tak cukup kelapangan dan kaki tangan nak handle semuanya-apatah pulak berangan nak pi bercuti.

Tapi...rasanya kena simpan dulu hasrat tu buat masa ni dan setahun akan datang huhu..sadis. Dengan musim hujung tawun yang busy, cuti tahunan yang tinggal 4 hari..dan si kecik yang menanti bulan ni..tak dapeklah nak melayan sgt angan2 demi angan2 ni.
Paling koman pun stakat pi dekat2 ni ha makan ikan bakar tepi laut pun agak menarik gak kan bang?

Setakat ni persiapan menanti si kecik belum lagi terlayan.tak dapat bayangkan kalau si kecik ni keluar awal.
Doa2nya biarlah cukup waktunya sesempurna sifatnya.Boleh rasa perbezaan bila menanti anak kedua.Bukannya tak gembira, cumanya dah kurang excited dalam membuat persiapan awal macam masa kak Mirah dulu..Kadang bila terbayang, rasa serram tu ada gak..ala2 mcm nak nyambut anak sulong la jugak.Cuma, dulu pertengahan kandungan dah tak keje, dok melayan TV je kat umah.Skarang ni-sampai tak cukup masa nak tengok TV, apalagi nak memikir shoping sana sini.Barang2 kak Mirah pun ada lagi yang tersimpan kemas boleh dipakai wp 2nd hand..tinggal nak sort out dan at least si kecik kena gak merasa barang2 baru yang basic2 tu.

I need fresh air lah!







2 comments:

  1. apa lagi, gi Hj. dorani.. heheheh...

    eh mana list kata nak bg kat aku tu? buy n don't buy? :D

    ReplyDelete
  2. TQ sis... regards, Maher Zain... (wakakaka)

    Pojan, buy kat demizwar.. haha..

    ReplyDelete

Birdie say?