October 28, 2010

Sekarang Ummi ade waktu senggang 'banyak' sikit.Sebabnya dah hujung2 tahun ni, mmg macam tulah lumrahnya.Cases tetap sama kuantitinya tapi profile dah kita siapkan lebih awal untuk tujuan CM.So skarang ni just nak pastikan semua document in order for d purpose of full trial.

Bila ade waktu senggang ni, banyaklah sessi mencari maklumat melalui intenet.Banyak tak banyaknya nak....segala info skarang ni boleh dapat kat ujung jari je. Rugi betul bagi sesapa yang tak gunakan intenet ni as a medium untuk dapatkan informasi dan explore pengalaman orang (err .. Ummi le tu). Tapi Ummi takdelah terer sgt bab2 hunting ni..slow2 la kan.Kena pandai carik tak semua info tu boleh pakai and berguna.Tapi nak dibandingkan dengan zaman dolu-dolu..woh jauh sekali..Kira sekarang ni takde alasan lah nak kata 'tak tau'.

Errr..tak dikira curik masa time keje ke camni?
Hmm..bergantunglah pada niat.Dengan syarat keja2 hakiki tetap di buat dan siap.Untuk selingan tu, selagi tak buat benda2 mudarat dan tak bermanfaat, mudah2an di benarkan daripada membazir masa tak tentu hala..(ini fatwa sendiri, sila dapatkan fatwa yang sebenar dari sumber2 yang sahih).

Hari ni Ummi nak melawat beby Acik Tini@tenet yang baru lahir semalam.Comel. Suma beby comel..nanti Ummi boh gambo dia kat sini.

Semalam nenek sms Ummi pesan makan kurma setiap hari disertakan dengan niat untuk kebaikan. Selalu baca info ttg makan kurma kismis etc,mmg dah lama tau kebaikannya, tapi tak la istiqamah makan tiap2 hari.Tapi bila dapat sms dari nenek lain pulak feel dia, seolah2 bersemangat nak makan dan tak nak miss sebab pesanan tu jarang2 datang dari nenek..bila mak sendiri yang pesan, ummi anggap macam satu amanah dan doa.insyaAllah akan Ummi amalkan hingga bila2.

October 27, 2010


THANK YOU ALLAH 

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

(by Maher Zain)



I'm so touched with this song.

October 26, 2010

Sesekali duduk rumah camni tak buat apa mungkin ada baiknya.
Time nilah ade masa nak pikir benda2 selain daripada keje.
Ini antara angan2 yang Ummi tengah pikir bila nak slot in dalam diary kita, bila pulak nak ade duitnyer & masa nak realisasikannya?Aaminn insyaAllaah..

  • Beli pump untuk adik Z if possible Madela Freestyle.
  • Belilah apa2 keperluan yang dulu tak dapek nak merasa masa zaman kak Mierah..
  • Beli lense baru utk D40 kita yang dah lama berehat tu.Rinduu nih nak beraksi dengan D40.
  • Beli blind untuk dapur belakang. (Lagi 3-4 tawun kalo ade rezki lebih nak renovate dapur belakang and garaj depan).
  • Beli fridge baik punya untuk simpan stok susu nanti.
  • Belikan Kak Mierah buku2 cerita baru dan  keperluan2 meransang otak dia..
  • Nak ada lappy sendirilah untuk time pantang kat kg nanti..
  • Beli kereta baru??? (ahaks bestnya!)
Semua ni nak kena beli ke? Ni kalau Abi baca sure dia pensan punya hahaha
Ok2, rileks bi, tu cuma angan2 je..duniawi je suma ni hehehe...
Untuk aktiviti pulak;
  • Nak masukkan Kak Mierah kelas mengaji.(buat masa ni Ustzh Ummi lom sempat ngajo sendiri),and kalo ade duit terlebey jatuh dari langit ke boleh la masukkan dia swimming class..
  • Nak gi dentist, for Mierah esp.
  • Nak join antenatal & breastfeeding class.
  • Nak bawak kak Mierah pi Zoo lagi.Kali ni nak tengok show2 binatang. Selalu missed this part!
  • Nak bawak kak Mierah gi Kuala Gandah tengok gajah2. Kak Mierah suka nak naik elephant!Sape nak itott??
  • Nak sponser Nenek, Atok & Tok Ayah gi bercuti or at least stay @ hotel yang best2, kena pampered & makan suma sedap2.
  • Nak gi makan ikan bakar kat tepi laut @Jeram.(ni kena cepat!!)
  • Nak gi Umraaahhh...
  • Nak gi Jepoonnn...
  • Nak gi Pulau..
  • Nak buat family day.

Lain2;
  • Nak register gi haji.
  • Tengah consider investment yang bagus utk hari tua, utk masa depan anak2..(public mutual maybe);insurans?
  • Tengah pikir mana nak anto  adik Z lepas berpantang nanti.

hmm..nantilah lain2 update kemudian.selalu bila ingat tak terpikir plak nak tulis.ni banyak yang dah tak teringat dah..

October 25, 2010


Tekak dah perit2 ni.Hidung  Ummi pun dah bagi signal2 nak soksek soksek.Anak Ummi  dan Abi Mierah pun sama, hidung dah start berair jer.
Mungkin cuaca.mungkin antibodi badan Ummi dah tak kuat lagi..walaupun masa kecik disusukan sepenuhnya dgn susu ibu heheh alhamdulillah...apa nak buat diri sendiri tak mau jaga badan..tak jaga makan & kesihatan.

Kelmarin kenduri arwah Tok Mak 100 hari.
harijadi Tok Su jugak pada hari sama.Kejap masa berlalu.Kadang hiba bila kenangkan kenangan lalu dgn arwah mak.Semuanya tinggal kenangan.Selalu terdetik macamana agaknya Ayah melalui hari2 siang dan malamnya tanpa arwah mak.bagaimana dapat diselami hatinya yang tidak dapat di baca dari air muka.Abang, sebagai anaknya yang paling taat tentulah lebih terasa...

Sekejap tadi C.A telefon.C.A kawan baik mak.yang banyak kongsi kisah hidup sama2 dengan mak masa hayatnya.Sejak mak tak ada, dia selalu tanya khabar kita sekeluarga.Tak lupa hantar nasik lemak yang sedap tu kelmarin.Tadi C.A saja tanya macamana keadaan sekarang dan borak2 perihal keluarga.harap hubungan ni tak putus wp mak dah tak ada..

Sempat tadi ummi renew lesen yang dah mati rupanya 17/8/2010. Sori pak Polisi, anda terlepas sorang pesalah jalan raya yang tak sengaja tak perasan lesennya yg dah mati.Bukan itu je, roadtax dan insurans pun dah mati baru ni..maaf lah yek.takpe pak Polisi, semuanya dah setel hari ni.

Semalam pun dengan kekuatan yg ade gagahi ke kota tinggi untuk wedding cousin Abi. Then terus btolak balik ke SB sampai jam 9 malam.Ikutkan dalam keadaan sekarang tak berapa selesa nak jalan jauh.sakit kaki lah -lenguh belakanglah..tapi takpelah, jauh mana pun sanggup  kita tuju jika tiada aral melintang, untuk memenuhi sesuatu undangan..insyaAllah selagi mampu dan larat akan sampai.

Keadaan kandungan kali ni alhamdulillah.Ada sedikit keletihan berbanding Mierah.Yelah dulu masa Mierah kan time ujung2 ni Ummi dah tak keje.Kali ni pun sama macam dulu, ada anemia dan glukos yang takla berapa tinggi sgt tapi dek kerana Atok Mierah ada sejarah diebetic dan klinik kesihatan tu yang sungguh menatang Ummi  bagai minyak yang penuh terpaksa la Ummi berulang alik hampir setiap minggu untuk BSP.Letihnya hadoii tuhan je tau..Sib baik tak kena minum air gula lagi. 2 kali tu cukuplah, umpama  mimpi ngeri rasanya.(yerkh)
Takpelah, wp semua ni dah dilalui masa Mierah dulu, Ummi redha lah-dan harap proses seterusnya akan lebih mudah.
Ramai dah tanya jantina adik mierah ni. Ramailah yang jadik bidan dan tukang telek tengok perut Ummi ni dan mengagak ni maybe beby boy or gugurl..Daripada scan pun tak banyak membantu, maybe kali ni dia nak main seprais dgn Ummi Abi dia tapi  naluri seorang ibu pun tak lepas dari berteka teki. Apapun harap2nya semua selamat sehat dan dimudahkan.Ituu je, Amiin.


October 21, 2010

Tensyen.

hari ni mulakan ayat dengan perkataan tensyen.dah sah2 bukan satu benda baik.
Nak kata kita ni baik,mungkin  tak la.Sekali kala cuba buat baik tu mungkin la ada.itu pun kalau bebetul dibuat ikhlas dari sanubari, insyaAllah.

'Baik' tu pun subjektif jugek.Susah nak cakap.Baik pada kita tak tentu baik pada orang.
Kadang2 time setan bermaharajalela tu, takleh nak kata apalah kan, tapi insyaAllah, baik dan tak baik kita pun ada had dia..bukanlah sampai perbuatan jahat yang pelik2 tu nauzubillah.
Allah je yang menilai, dan, mudah2an dosa2 kita dengan Allah sempat diampunkanNya.

nak bebel bukan pasal sapa2, tapi pasal orang yang tak ada sensitiviti.Yang tak ade deria rasa terhadap manusia lain. Simpati @ empati tu x yah banyak sgt lah tapi at least adalah  sikit asas2nya.Jangan main ikut sesedap rasa jer.Setakat pangkat & harta  tu tak kemana2 laah..
Kamu ingat kamu sapa?

October 18, 2010






Thanks Abi.
Love u lahh!
Best gal buku ni.
Membuatkan aku sangat bersemangat dan lebih rajin untuk memasak.

Selalunya print resepi kat internet je..
apalagi semestinya resepi2 Mat Gebu yang jadi pilihan  hati hehe boleh la jenguk2 www.tiffinbiru.blogspot.com 

Dengan resepi2 dalam buku ni yang best2 dan mmg mengena dgn tekak sendiri, presentation yang simple yet sangat2 menarik.Macam2 resepi ade..Kualiti kertas licin yang boleh tahan. Harga?? cuma RM 40 je weh.eh ye ke? ha yelaah..

Suami2 yang baik harus belikan isteri anda buku ini atau yang lebih mahal lagi ahaks...Nescaya isteri anda akan gembira dan ceria ketika ke dapur.Tak caya? Try lah!



October 14, 2010

Dear Munira & Faizal @Pejal,

Maaf kerana baru tau mengenai 'kehilangan ' itu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, hati yang merasa..

Perancangan Dia di luar kuasa dan pengetahuan kita.
InsyaAllah besar hikmahnya buat kalian berdua.Amiin.





Berada di Court complex yang kedua terbesar di dunia ni, tak bermakna aku tau semua prosiding kes yang berjalan, akan berjalan, telah berjalan atau tak berjalan langsung.

Paling aku tau, kalau pagi2 nampak kon warna merah sepanjang jalan nak masuk gate tu, dan berderet2 polis berpacak kat situ, tau lah aku hari ni mesti ada kes Anwar.Tak pun adelah tu kes2 berprofil tinggi. Selebihnya,  kalau ade puak2 yang menjerit beramai2 tanda sokongan, atau bertakbir kat lobi bawah ni, taulah aku ade kes2 besar dan berpengaruh. Result dia? still aku kena gak baca suratkhabar macam orang lain jugak.Tak pun kalo rajin sangat, telefon jurubahasa nak tau status kes,(yang pernah sekali je aku buat).

Adalah sekali dua aku terpanggil untuk mengikuti prosiding dengan sedikit kerajinan dan kuasa yang ada, senyap2 aku menyelinap..nak tengok dengan mata kepala sendiri, or nak mendengar keputusan Judges terhadap keputusan yang ditunggu2, barulah aku akan menyelitkan  diri secara tak langsung.

Court ni terlalu besar untuk aku tau semua perkara wp aku berada di dalamnya.Selalunya kalau benda2 yang panas, akan sampai jugak ke telinga tanpa di minta.
Tapi, terpulang pada kita macamana nak menerimanya. Kadang2 orang yang mendengo bukan dari sumber utama ni terlebih sudu pulak dari kuah.Bukannya saksi2 bagi statement depan dia, tapi seolah2 dia yang tau semua benda. Siap yakin lak tu keputusan tu akan berpihak pada si polan si polan.
Selagi kita tak dengar dari dua2 pihak, kita ambik jalan tengah jelah.dengar dan dengar.selebihnya pulangkan pada yang berhak.Kadang2 org tu plak yang jadik hakim sedangkan kes belum setel.


Yup, dalam kita mendengar atau membaca dari beberapa sumber tu, kita pasti akan ada terdetik dan ada tanggapan sendiri terhadap sesuatu. Boleh je kita nak bagi pandangan kita tu secara 'lay man' tapi toksah terbawak2 dan ter emosi sangat..banyaknya 'hearsay ' semata2..
kadang bila orang tanya pendapat pasal kes tu kes ni..aku boleh senyum je lah..sedangkan kadang2 aku tak tau pun kes apa yang dia sedang tanyakan tu eh.heh,...kes sendiri pun tak teringat, nak melayan lak kes2 orang lain.Nak tanya kes yang kita attend boleh lah..

Kadang2 aku yang bosan bila prosiding sesatu kes ambik masa yang terlalu lama nak selesai.Nak salahkan sapa?
Jangan salahkan sesapa kalau kita tak tau apa yang berlaku sebenarnya dalam court tu.

Yang pastinya Mahkamah Allah paling Agung. Keputusan dan Penghakiman dunia ni sementara je.Buat halwa telinga.

October 13, 2010

Sedap jugak lagu2 Maher Zain ni kan.
Dah brapa kali putar kat winamp ni sejak smlm belum jemu2 lagi.Ala2 Amru Diab modern la dia ni.Orang lain dah  beramai2 dok beli CD DVD, aku sekadar mintak tlg staf installkan dalam PC je.bolehla buat halwa telinga esp masa tgh buat2 keje.


hari ni mood segarr, terus berangan bestnya kalo dapat pi bercuti.Rasa mcm dah lama jugak tak kena pampered dengan angin pantai sepoi2 bahasa. Agak banyak 'peristiwa2' sepanjang tahun yang berlaku sepintas kerlipan mata.Kebanyakkannya diluar jangkaan-dan tak cukup kelapangan dan kaki tangan nak handle semuanya-apatah pulak berangan nak pi bercuti.

Tapi...rasanya kena simpan dulu hasrat tu buat masa ni dan setahun akan datang huhu..sadis. Dengan musim hujung tawun yang busy, cuti tahunan yang tinggal 4 hari..dan si kecik yang menanti bulan ni..tak dapeklah nak melayan sgt angan2 demi angan2 ni.
Paling koman pun stakat pi dekat2 ni ha makan ikan bakar tepi laut pun agak menarik gak kan bang?

Setakat ni persiapan menanti si kecik belum lagi terlayan.tak dapat bayangkan kalau si kecik ni keluar awal.
Doa2nya biarlah cukup waktunya sesempurna sifatnya.Boleh rasa perbezaan bila menanti anak kedua.Bukannya tak gembira, cumanya dah kurang excited dalam membuat persiapan awal macam masa kak Mirah dulu..Kadang bila terbayang, rasa serram tu ada gak..ala2 mcm nak nyambut anak sulong la jugak.Cuma, dulu pertengahan kandungan dah tak keje, dok melayan TV je kat umah.Skarang ni-sampai tak cukup masa nak tengok TV, apalagi nak memikir shoping sana sini.Barang2 kak Mirah pun ada lagi yang tersimpan kemas boleh dipakai wp 2nd hand..tinggal nak sort out dan at least si kecik kena gak merasa barang2 baru yang basic2 tu.

I need fresh air lah!







October 12, 2010

Malam tadi mimpikan Ayah.
Mimpi bersambung2.
Semoga Mak & Ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan, 
ketenangan, keberkatan, kebahagiaan, tercapai segala hajat dan terbalas segala jasa2 yang telah dicurahkan buat anak2nya.
Peliharalah Mak Ayah Ya Allah dari malapetaka,setiap jalannya  Kau permudahkan,dan dipandu jalannya bersama golongan orang2 yang beriman.

Love u both so much-belum terbalas segala jasamu..malah belum mampu menjadi anak yang baik buat keduamu. 

October 8, 2010

Pagi ni baru boleh bernafas dan menikmati brekfes dengan kunyahan yang lemah gemalai dari biasa.

Well, minggu ni paling lemas dengan longgokan fail yang datang bertandang. Mujurlah D.H faham.
Semalam petang dia bgtau 'takpe saya tau, banyak kerja you nak kena cope bulan ni, saya pun banyak kes.Tak payah lah you buat profile utk fail2 tu, call semua and you just pastikan document in order", "Baik Datuk".heheh...lega..(walaupun untuk bulan ni je kan..).

Alhamdulillah..dah boleh dapat rhythm dan tempo dalam tugasan yang baru dipikul Mei lalu. Awal2 tu, maak aai Tuhan je tau..mau merembes jugaklah bila terpaksa buat semuanya sorang diri. Mana nak layan mual2nya lagi..nak layan karenah orang lagi..
Lama2..alah bisa tegal biasa.Pengalaman2 sebelum ni banyak membantu.Kita  mungkin akan mengalami perbezaan cara bekerja bila kita ditugaskan di bawah Boss2 yang berbeza. Asalkan kita taat dalam mengikut arahan dan mengikut cara kerja yang diminta Boss, insyaAllah lah segala konflik akan dapat ditangani.
Tak perlu lah nak mengadap 24 jam ke mengipas ke  yang penting tu lah-kerja kita beres.

Selalunya, kerja2 kita sendiri (tugas hakiki)  yang kita buat ni takdelah mewujudkan banyak masalah.Reti ke tak reti ke boleh blajar dan usahakan jugak buat sampai dapat.
Tapi apa yg selalu  membuat orang malas nak pi kerja tu- bila timbulnya konflik2 sesama manusia. Boss dgn pekerja / rakan sekerja dalam pejabat, atau skandal dalam pejabat uuppss...semuanya berkaitan  hubungan sesama manusia ler.
Mudah2an terpeliharalah dari itu semua..amin.

Alhamdulillah.Pak Guard yang paling selamat di dunia dah pun balik  huhu..tak terbayang dah sundal bolong tu lagi time nak lelap mata akakaka..Sunyii Bi bila you takde.takde kawan  nak gaduh hahaha..sib baik ada Mirah dgn princess2 nya.Layaaan je lah..

* kagum dengan N, melalui hidup sehari2 tanpa suami yang hampir setiap hari outstation..apatah lagi suami isteri PJJ di luar sana.Semoga Allah menjaga kalian semua.