"Menghitung hari...
Detik demi detik...
Masa kunanti apakan ada..
Jalan cerita kisah yang panjang..
Menghitung hari..."
Kehidupan indah dan berbunga2..
Ia berlaku bilamana tiada konflik dalaman dan luaran..
Dikelilingi dengan perhubungan baik yang terjalin sesama manusia.
Walaupun dalam sekelip mata, 'mood' itu boleh berubah sebaliknya.Itu perkara biasa.Tak apa.
tapi, biarkan momen itu bergerak lambat.
Alhamdulillah..
Masuk minggu ke 38.
Dah boleh membayangkan hidup yang bakal berubah sedikit masa lagi.
Zon selesa dan tenang bakal bertukar wajah.
Itu tak bermakna hidup akan menjadi lebih sukar- cuma perlukan sikit masa untuk 'adjust' rutin biasa dan corak hidup.Agak2 berat, bayangkan jelah orang2 yang dah ber anak 4 ke 5..laaagi besoo dugaannya.
Dah tak ada apa 'sangat' yang ummi tunggukan.Ada lagi keje2 yang masih pending.well, keje takkan penah habis pun kan.
Sebelum ni, ummi harap dapat temani kak Mierah ke program Permata minggu depan. kak Mierah terpilih antara 2 kanak-kanak mewakili taskanya ke Program Permata.
Tapi memandangkan aktiviti dan jadual yang padat dan terlalu 'outdoor', ummi mintak taska carikan pengganti yang lain.Takut2 bakal menyusahkan orang dengan keadaan diri yang tak berapa nak stabil ni.Dapat terpilih pun dah menunjukkan Mierah berjaya membuktikan 'sesuatu' dalam usianya sekarang.Itu adalah satu pencapaian.Alhamdulillah..
Tima kasih kat anti Kui yang pertama menyampaikan berita gembira, ummi entitled untuk bercuti 3 bulan.
Nyaris2 ummi tak dapat merasa kalau ia berkuatkuasa Januari 2011. Ralatnya rasa tak terkira. Rupanya ia backdated sejak 15/10/2010.Walaupun belum tau lagi ummi akan ambik atau tak, tapi ia ibarat hadiah buat ibu2 yang teringin berehat lebih panjang.
Yep, mungkin bakal dilanda kebosanan dan kepenatan-berbanding kerja harian di ofis, tapi sekurang2nya kita ada pilihan..sapalah yang nak bagi cuti lama2 dengan gaji b'jalan..
Harap2, bila rang dibentangkan untuk pekerja2 swasta Januari depan, mereka semua bakal merasa faedah yang sama.
Kerja kat ofis masih banyak dan diteruskan.
Kadang2 rasa macam tak dapat menggunakan semua masa dan kredibiliti yang ada.mungkin agak bosan dengan rutin yang sama.
Kalau ikutkan hati nak je ummi cadangkan, sepatutnya pegawai undang2 ni diberi peluang untuk buat semua perkara.Tak dapat semua pun dapat lebih lah dari satu division dalam tempoh2 yang sepatutnya.
6 bulan jadi SAR Dagang, 6 bulan SAR JenayaH, rotate pulak ke sivil, family, rkk dan seterusnya.Tak pun transfer pi ke AG ke..(without prejudice, fear or favour.)
Magistrate/TP pun macam tu jugak..dapat rotate buat semuanya..takdelah nanti 'terlalu expert' dalam sesatu bidang, yang lain suam2 kuku je..barulah namanya multitasking, keluar dari kepompong biasa..Ilmu tak akan pernah habis di gali.tapi tak bermakna kita kena duduk kat sesatu tempat tu berkurun2 lamanya untuk jadik pandai.
Itu suma cuma angan2 je. tunggu nanti kalau dapat jadi CJ, mungkin itulah nanti antara yang bakal berlaku.Ntah bila.
Abi pulak semakin enjoy dengan tugasan barunya.
Walaupun dalam kepenatan balik kerja seharian, nampak lah ada 'job satisfaction' pada riak wajahnya.
Abi telah di lamar, dipinang dan diikat oleh division lain yang lebih 'mencabar' tapi 'meriangkan'.Lebih realistic dan dekat dengan kehidupan katanya. Kita pun sronok dengo dan tau sikit sebanyak skop2 keja diluar bidang kita yang biasa.
Ceta pasal kereta, budget, akaun, supplier, tender, spare parts, parts kereta, costing, jepun, thailand,site visit,etc etc..
Kalau dulu pukul 6.30 Abi dah balik kerja, sekarang paling lewat pun pukul 8. Still ada masa untuk makan malam dengan Mierah dan Ummi. Hari Rabu pulak biasanya hari badminton, hari Jumaat hari futsal.selebihnya, heheh sila duduk diam2 di rumah okey?
Yess laah, duit itu sangatt2 lah perlu tapi kalau duit banyak tp tak bijak gunakan ia tetap akan habis dengan sia2. to be exact, habis buat bayar hutang hukhuk...
Masa terbuang, duit melayang, family terabai.
cepatla gaji masuuukkk weii !!!!!
gtg.