October 21, 2009


Sepanjang penglibatan diri dalam arena ni, aku dapat bertemu, bekerja di bawah manusia2 yang aku kagumi. Tak salah rasanya mengkagumi orang2 yang hebat pada aku ..hebat dari segi personaliti dan keupayaan diri mereka.Dalam 2 tahun ni berpeluang berdamping dengan 2 orang Hakim yang Arif dan Bijaksana.


Yang Arif Hakim Dato' M.H.
Dia Boss pertama aku sejak mula2 masuk kerja 2 tahun yang lepas.Profile diri dia tak perlu diperkenalkan.Bagi mereka yang berada dalam bidang ni dan ambik tau hal ehwal perundangan, tentu kenal siapa dia. tak perlu pegi jauh2 kalau nak mengenali seseorang yang bergelar Hakim. Bacalah written judgment mereka dalam law journal atau kes2 yang terdapat di mana2, CLJ, MLJ, compilation of cases, law books, kat internet contohnya, kita akan tau bagaimana kualiti dan personaliti seseorang Hakim itu sebahagiannya. Kalau dapat berpeluang berdampingan dengan mereka adalah satu Bonus.


Pengalaman bekerja di bawahnya terlalu berharga bagi aku dan aku rasa rugi tak dapat belajar lebih banyak,lebih lama memandangkan masanya sudah sampai untuk dia menggalas tanggungjawab lebih besar di Mahkamah Rayuan.


Kini, bersama Boss sekarang yang aku sangat hormati.


Yang Arif Hakim Datuk Z.
Aku kagumi beliau atas sumbangan beliau sebagai seorang Hakim wanita dalam sistem perundangan negara kita.Tak ramai tau, disebalik 'low profilenya', dia rupanya seorang wanita hebat.aku bercita2 mempunyai kehebatan dan keupayaan seperti beliau sebagai seorang wanita Islam.

Bagi kedua2 mereka, sumbangan pada negara dan sistem perundangan/kehakiman tak perlu dipertikaikan.tanyalah pada sesiapa yang pernah bekerja di bawah kedua2 orang Hakim ini.
Aku pasti jawapan mereka adalah sama.
Aku takperlu cerita lebih panjang, untuk bercerita tentang mereka pun dah cukup buat aku segan.Segan kerana menumpang harum nama mereka tapi jauh dalam hati aku berbangga dan bersyukur sebenarnya.
Allah menciptakan insan2 seperti mereka yang membuktikan bahawa masih ada Hakim2 yang betul2 layak membawa 'title' Hakim dan layak di hormati dan dikagumi atas sumbangannya sebagai seorang manusia berilmu.

Semalam, kami berkunjung ke Istana Kehakiman untuk bertemu Dato' H,
seperti dijangka-pertemuan yang manis dan memorable.
Aku pernah dulu dan sempat menyatakan pada Dato' H, dia merupakan role model bagi aku dan dia menyatakan kegembiraan dengan pengakuan itu.Aku tau ada hikmah aku bertemu dengan insan2 seperti ini dan aku hargai peluang yang Allah berikan ni.











Sempat jumpa Tuan Din?
Pertemuan yang lalu








InsyaAllah, mcm yang Chi dengan Ikin kata ni- tak pasti mana dapat perumpamaan ni,
"kalau kita b'kawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan wangi, kalau b'kawan dengan tukang besi.....akan kotor dan terpercik api?"
wallahu'alam
.

1 comment:

  1. aku tak kenal datuk2 yang ko sebut ni, tapi klu tuan din aku kenal la..heheeeh.. semoga tuan din ngan puan nad dapat menjadi seperti role model2 ni.. sampai satu hari terbaca blog orang, gambar-gambar role model tu bertukar gambo korang... hehe

    ReplyDelete

Birdie say?