Kadang2 ummi akan menjengah semula koleksi penulisan Abi dan Ummi yang lama2..
Banyak rupanya tercatat segala kenangan..walaupun ummi tak tau adakah anak2 sempat membaca kesemuanya lantaran kiamat yg sudah semakin dekat.
Hidup perlu diteruskan..dan sesekali perlu menoleh ke belakang, melihat kembali jejak2 dan kenangan lama supaya menjadi panduan di masa sekarang...dan akan datang..
Ada yang gembira, tak kurang juga yang hiba..
Yang pastinya, Ummi & Abi punya satu persamaan iaitu suka menulis dan bercerita..terapi agaknya. Kan Bi?
Sedih ye bila baca cerita lama...tengok semula gambar Amierah dari baby..ummi pernah kira
Dan apa yang pernah kita sekeluarga lalui...adalah sesuatu yang tak pernah ummi duga 20 tahun yang lalu..
Dan ummi membayangkan 20 tahun yang akan datang, bagaimanakah keadaan kita agaknya..
Sejarah tinggal menjadi sejarah.
Kenangan tinggal menjadi kenangan.
Tak mungkin masa berulang..
Kita mudah lupa.Apatah lagi lalai.
Tiapkali rasa nak mengejar dunia,
Kembalilah kita mengingatiNya sentiasa.
Itulah yang membawa kepada bahagia di dunia & akhirat.
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami semua. :'(