Tak lama lagi naik keje.
Serraaamm..
1.Sapa nak jaga Zyad sebagaimana ummi abi dan kakak jaga dia nnti.pening laah mikior nak hantar neseri ke pengasuh ke..cik mah yg jaga mirah dulu dok kat umah lama @ Sri Damansara sana..kalo tak mikirkan jauh nak kesana xdelah pening cam skrg.dah la dok sini tak brapa kenal sgt org.dah banyak dah survey neseri semua tak berkenan di jiwa...dapat pulak ummi yang soal siasat setiap neseri mcm buat kajian sejarah tempatan heheh nasib..kesimpulannya: kena tawakkal banyak2 bila serah anak kat orang jaga. mudah2an wp tak dpt menjaga sebaik kita, sekurang2nya anak selamat,cukup susu cukup tido,bebas sakit berjangkit dan dapat sikit kasih sayang pun cukup. 3bulan ngadap dia almost 24/7,lepas ni dah kurang masa nak gomol2 dia..frankly,sedih..
2.Stok frozen BM belum banyak.belum rasa tertekan lagi tp nyaris nak tertekan dah nih.
aim paling kurang pun at least 60-80 pek utk stok sebulan sblm naik keje.tapi 30 pun x sampai lagi nih..bila hari2 direct bf,jadik leka plak nak pump ikut jadual.
Ahamdulillah, ziyad boleh minum melalui botol dengan beberapa sessi latihan.Ragamnya pun tak banyak cukup melegakan syukur sangat2 ya Allah.Mudah2an berkekalanlah hingga ke beso. Yat kita kena gandakan usaha dengan sisa2 hari yang ada.
3.Siti balik Mesir 5/4 bersamaan birthday faiz.Tak sabo blk kg jumpa dia.
4.Next week dan akan2 datang 'mungkin' akan kerap jugak ke T. Semoga Allah mudahkan dan tunjukkan jalan yang baik untuk satu urusan yang agak besar ni.Kita cuma mampu rancang dan melihat dengan mata kasar.Kesimpulan: berbaik sangka lah kita.
5.K.A ada call brief sikit suasana di ofis yg agak haru biru skrg.Keadaan big boss esp.Kembali menanti timbunan file yang perlu di layan, sistem e filing bagai2...tamau gila. Arrgghhh moleklah carik neseri dekat ngan umah.pasni kena stayback so Abi boleh lah gilir2 amik Ziyad.
6.Kakak? Maintain Taska lama, taska yg baik setakat ni yang ummi pernah jumpa, dekat dengan ofis,yuran sangaaaaat berpatutan, input output sangat banyak,kebersihan mencapai piawaian,kalau ada yg kurang masih boleh diterima. tak ada tempat yang betul2 sempurna tapi nak dibandingkan apa yang mereka boleh berikan setakat ni,alhamdulillah syukur.kesian kakak dah 3 bulan tertinggal pelajaran dia.
7.rindu sungguh lunchmates,gossip geng kat ofis sana.wp masa dan keadaan telah berubah,komitmen masing2 semakin bertambah (ke berkurang?? hehe), satu je tak berubah,semangat setiakawan dan perkongsian ilmu,pendapat,cerita dan gossip tak pernah berkurang huhu..nanti bila masing2 terpisah, ini pastinya akan menyedihkan dan meninggalkan kenangan.
8.Kereta abi masuk woksyop.grooming.Yang penting suma selamat Alhamdulillah.Pelik, sekarang ummi dah tak mudah melatah.makin boleh terima hakikat bahawa ini semua mmg harta dunia.Tak boleh bawak mati.Dulu pantang calar sikit mmg gundah gulana di jiwa.
9.Tak sabar balik kampung.
10.Next week sesi latihan hantar Ziyad ke neseri.
11.Esok Ziyad injection 2 bulan.
12.ntah apa lg banyak sgt dlm kepala.
13.Ok ada lagik.kena carik baju ikut tema for dinner dengan Y.A.A dan semua peg kehakiman seluruh malaya sabah n swak ujung bulan ni.What??sapa nak bagi modal tuh?payah2 la tema bagai.pening nak pakai apa.kang ada yg pakai telkung je kang.