December 28, 2009

Haha...13 Disember yg lalu, sebagaimana yg umi war2kan haritu-adalah upacara pemotongan rambut anak dara umi yg sorang ni.


Walaupun puas di suarakan oleh MIL dan sesapapun selama2 ni menyuruh Mierah potong rambutnya yg dah melepasi mata dan bahu- ummi buat dek je kerana belum sampai seru hihi..


Sejak Mierah cukur jambul lebih kurang seminggu dalam hari, Ummi dah niat tamau potong rambut Mierah sampai la panjang.Ditakdirkan pulak rambut Mierah tak brapa nak lebat mcm abi- so bila panjang nampak halus la..kata org tua2 kalo nak lebat kena rajin potong, sikit2 potong.takpun, malam nak tido tu sapu dgn minyak kelapa atau minyak zaitun..tapi ummi Mierah ni tak rajin..biarlah gitu apa yg ada..ummi redha jer hehehe..


Upacara ni berlangsung tak semena2 je, ummi trus tiba2 capai gunting, suratkhabar dan kain napkin/lampin suruh Mierah duduk depan tv sebelum waktu asar. Abi standby kalo2 Mierah buat pasal.tapi u r very good girl la sayang, tak meragam pun-menyerah je tanpa banyak soal.  sebenarnya ummi yang potong, abi tukang trim je okey-tapi dalam gambo ni tukang potong tadek langsung gambo..macam abi lak yg jadik barber heheh...


Lepas kejadian, ummi pesan abi rambut Mierah tu pi tanam-alkisahnya Abi pi tabur je kat depan gate luar-sungguhlaaa.....sib baik ummi perasan.

Saksikan aksi2 ini;








                                        hasilnya? taraaa.........
Alhamdulillah...boleh la kita bukak kedai gunting pasni bang?

Nantikan kemunculan Amierah dgn rambutnya yg baru pasni k?
Alhamdulillah.memanjatkan syukur atas segala nikmat Allah sehingga ke hari ni.


Setelah seminggu, hari ni aku nampak semula kubah Mahkamah menandakan hari bekerja semula.
hantar Amierah pagi ni muka dia monyok tak gembira maklumla seminggu menempel bermanja dgn mak dia-alangkah bahagianya.
sampai ofis, check diary,takde kes hari ni- whatt??? patutnya aku sambung cuti lagi hehehe sungguh tak bermotivasi keje.


Suasana kat ofis ni spt dijangka-kakitangan kerajaan sibuk menghabiskan cuti maka suasana a bit sunyi dan sepi. bukannnya tade keje tapi 'mood keje' tu tak brapa nak ada..
sesampainya kat opis, aku melepaskan rindu pada pc dan membelek2 berita terkini di sana sini.dah minum pagi dgn air kotak dutch lady  dan jajan super ring (sunguh tak sehat kan)baru la aku mengadap lappy ini sebagai permulaan pagi hari ini.


Bercuti lagi sibuk dari bekerja?
itu la yg dapat aku simpulkan.kesibukan yang tak akan ada penghujungnya sebab kerja2 rumah yg tak akan pernah habis.Itulah pengorbanan si isteri dan ibu dalam melancarkan urusan rumahtangga- Bestnya kalo ada bibik boleh tolong buat semua keja so that bila aku bercuti aku boleh tido sepanjang hari, spent lebih masa utk Dia dan masak utk suami-itu je!


Jadi, aku tak merasa pun apa nikmatnya cuti kali ni, melainkan dapat berkebun sikit dan melihat pokok2 sayur aku berkembang-indahnya!

Apapun, ada kepuasan bila mana dapat berpeluang spent masa dgn keluarga bila family dtg umah dan kita beraktiviti bersama yg mana mmg susah kita nak berkumpul ramai2 pada hari2 biasa. Orang2 surau dan kawan2 pun sudi luangkan masa dtg dan kita makan2 macam lupa dgn masalah hidup & kerja.Kelmarin kita pun sempat balik kampung lepas rindu pada umah mak ayah & Tok Mok- sempat jejak bandar muo, bp, parit sulong- sempat jengah bilik2 kat umah kat kampung, duduk kat ruang tamu sbg syarat bahawa  aku dah sampai ke kg- wp cuma tak sampai 24 jam sebenarnya aku berada di rumah.Kempunan nak makan satay depan petronas semerah wp ayah dah berusaha carik.


Elis dan kak linda yg baru beranak sebelah umah pun tak sempat aku nak jenguk.
Sempat aku 'skolahkan' adik dan aku harap ianya berhasil.Abang sempat berurut sampai lebam2 badan dia.

Tak lupa- arwah Ayah Mie yang meninggal Sabtu lepas.bebetul mengingatkan bahawa hidup kat dunia ni tak lama.M yang baru beranak Jumaat lepas pun mengingatkan aku pengalaman masa Mierah mula2 menjengah dunia. Y dgn kerenahnya pun buat kita sesak nafas dan tak berhenti berfikir mengenainya. M dan M yag sedang berusaha gigih dengan pernikahannya.Kisah MS yang kita pun tak sangka.Result PMR sepupu2 kita yang baik2 semuanya.Menghadiri kenduri kawen Pal dan bjumpa kawan2 kat sana.


Fuhhhh...
itupun dah cukup buat hidup ni berwarna warni dgn aktiviti.


Teringat muka depan satu majalah yang aku berhajat nak langgan dalam masa terdekat ni iaitu majalah 'solusi'.

"Kita tak akan bahagia selagi mana orang disekeliling kita tidak bahagia"

Maka, bahagia yg macamana yg kita cari sebenarnya?



December 22, 2009

How time flies.

Banyak nya perkara berlaku tak sempat nak rekod dalam kapsul masa ni.
Apapun syukurlah sebab semuanya baik2 tinggal lagi ada satu dua perkara yang tak berapa manis, tapi diluar kawalan aku.maka aku terpaksa membiarkan dia go with d flow dan serahkan pada Dia Maha penentu segala.


Aku tengah bercuti.
Menghabiskan cuti berbaki 21 hari.tapi cuma amik cuti beberapa hari je.hajat hati nak berehat2 kat rumah, melayan pokok2 sayur yang tengah berkembang, dan jadik surirumah sepenuh masa..
mintak2 aku dapat 'berehat' dlam ertikata 'rehat' yang sebenarnya..


Satu masalah aku yang paling utama adalah 'pengurusan masa'.
memang tersangatlah betul perumpamaan bahawa 'masa itu emas'.sebab tu rasa macam masa tu tak pernahnya cukup, terkejo2,itu belum buat ini belum buat, itu tak sempat ini tak sempat sudahnya semua tak dapat.
Kalau ada kursus2 untuk pengurusan masa ni memang nak sgt aku pegi.

Aku tak harap banyak.Aku harap cuma dipanjangkan umur aku dan semua insan2 tersayang- dapat kami di beri masa dan peluang untuk bersama2 berkasih sayang, membayar hutang,hutang duit, hutang budi,  menebus dosa dan salah silap pada Dia dan sesama manusia.


December 14, 2009

Aku rasa baru pertama kali kot dalam sehari suntuk aku tak kemana2 pada hujung minggu iaitu pada hari semalam. ups,tipu, tak betul tu.
semalam pagi kan ke kita pi paso kuala selangor carik ikan? uisyh nampaknya, belum ada lagi hari yg 24jam penuh aku berada dirumah baru sepenuhnya.

alhamdulillah.betul kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
hari demi hari kami mengexplore kawasan yg serba baru bagi kami, setakat ni aku rasa bersyukur sgt.Alhamdulillah.2 hari ni umi n abi baru boleh menarik nafas lega, dapat tido di siang hari dan bawak mierah bfast kat kuang & kuala selangor, sambil2 explore apa yg ada kat SB ni. Mungkin sebab asal aku pun daripada kampung/Pekan, jadik duduk kat SB ni membuatkan jiwa berasa sgt dekat dengan kawasan kampung.Aku rasa tenang, mewah dengan pokok2 kehijauan,wajah2 kekampungan dan rumah2 kampung pun banyak kat sini hikhik..

Walaupun tak se-happening masa dok kat Sri Damansara dulu,ternyata aku tak rasa menyesal- melainkan jauh skit kalo nak pi Shell isik minyak tak macam dulu doi malasnya.

By the way, Selamat Pengantin baru buat Wak a.k.a Nazif Jamat & Jidin a.k.a Syajidin El Adha yang telah berlangsung majlisnya weekend yg lepas. maaf tak dapat hadir ke walimah kalian.Hilmi & Pal pun bila x ingat next week kot.

Acara paling best semalam adalah menggunting rambut Mierah buat kali pertama sejak potong jambul masa Mierah dalam hari dulu. nanti Mi tunjukkan penampilan baru Mierah hasil kerja tangan Abi & Ummi petang semalam hahaha...hancuss!

Cuti dah approved, alhamdulillah.
Mintak2 Allah mudahkan segala urusan dan tak de apa2 kejutan sepertimana banyak kejutan yg kita lihat dan dengar dalam media sehari2, nauzubillah.

December 9, 2009

Pulau Sipadan




Nampaknya angin 'Pulau' aku dah datang balik.
Aku dan kengkawan berlapan tgh planning untuk bercuti beramai2.
Dah lama plan tapi asek la tak menjadik.maklumla kalo 8 org semuanya anak gadis senang skitlah nak bergerak, ini majoritinya mak mak org istri istri org jadik stp perancangan mestila dapat approval n endorsement dari big big boss kita.

Terbaru plan nak ke Sipadan/Mabul next year.lama lah pulak..kalo pi year end, M dah nak beranak.A nak ke langkawi next week.tengoklah nanti cemana.

Tapi, bila membayangkan Pulau,anginnya sepoi2, pokok kelapa meliang liuk,sambil ditiup angen ptg berkejaran dan bermain pasir dengan si comel,minum ayaq kelapa bawah pokok kelapa,kutip siput kat pasir - adoooyai mcm besshhh jerk-nampak sangat la banyak berangan.Tade ke sesapa nak sponsor percutian aku ke Pulauuuuuu..........

December 8, 2009

21 GUNS

Do you know what's worth fighting for
When it's not worth dying for?
Does it take you breath away
And you feel yourself suffocating?
Does the pain weight out the pride?
And you look for a place to hide?
Does someone break your heart inside?
You're in ruins


One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i

When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i

Did you try to live on your own
When you burned down the house and home?
Did you stand too close to the fire?
Like a liar looking for forgiveness from a stone

When it's time to live and let die
And you can't get another try
Something inside this heart has died
You're in ruins

One, 21 guns
Lay down your arms
Give up the fight
One, 21 guns
Throw up your arms into the sky
You and i


** i like this song.

Aku tak tau la camana nak kata.
Hati gundah kerana masalah yg satu.
aku sebenarnya tak boleh nak faham, org yg membelakangi keluarga, hanya kerana CINTA.kalaupun aku boleh faham, aku TAK MAU FAHAM.

Apatah lagi membuang keluarga hanya utk CINTA yg belum tau penghujungnya.

Aku takut nak cakap benda2 ni, hidup masih tak tau apa penghujungnya, aku ada 2 adik perempuan, sorang anak perempuan, dikelilingi dgn sedara mara perempuan- tak tau apa takdirnya lepas ni,
tapi, kalau hanya disebabkan CINTA yang tak dapat restu keluarga, kau sanggup nak buang keluarga, - pada aku, lupakan saja.tinggalkan saja.walau apa pun 'kos' nya.

Ada kes yg mana ibu bapa & keluarga yg tak boleh nak bertolak ansur atas sebab2 yg tak masuk akal esp alasan si dia tak kaya tak berharta tak sepadan tak lawa blablabla.. (bukan kerana tuntutan agama.) kalo kes mcm tu aku boleh la faham.Itu pun kena rujuk pada ilmuan, agamawan nak dapatkan jalan terbaik, bukan suka2 nikah kat Siam-habis cerita. hidup bukan sekadar nikah lepas tu dah!

Even, dalam Islam, masalah SEKUFU pun dititikberatkan, makanya bukan senang2 kita nak bertemu jodoh tanpa menitikberatkan salasilah dan latarbelakang.

Pengalaman hidup aku, gembira dan tertawa macamana pun aku, bila ada waktu aku sedih dan menangis, bila mana aku sakit dan terluka, aku akan cari makayah,aku rujuk pd family. walaupun sekadar ingin mendengar suara mak, mengadu sakit demamnya aku, sedihnya aku, mintak doakan aku..
Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa keluarga walaupun aku punya keluarga yg baru.

Sakit kita, susah kita, mak ayah kita tetap ada bersama kita, menerima kita tanpa syarat..sedangkan ketika tu kawan2 yg mungkin sentiasa gembira bersama dah jauh meninggalkan kita.


Sekali lagi, ujian kehidupan. berat mata dan hati aku memandang-aku tau berat lagi mak ayah & abg yg menanggung perasaan.

Maafkan aku atas ketelanjuran kata dan perbuatan.
Aku tau aku bukan sempurna, hanya sekadar meluah rasa.

napa hati aku tak tenteram- ada sesuatu tersembunyi, aku belum berjumpa lagi.

December 7, 2009

Tak sangka panjang jodoh kita dgn POGH bang.
Tak tau la betul ke tak apa yg kita buat ni. Mudah2an tidak sia-sia.

Teringat2 bait lagu Siti yang baru, (sambil menyanyi) :"tidak sia-sia aku di ujiiii"...
mudah2an Allah lapangkan rezki kita lepas2 ni.sapa nak tau kan?(ayat sedapkan hati hehe)

lepas ni bertambahla aktiviti ujung minggu kita Mierah.Ummi tau, awak la yg paling hepi nanti kan?

Masa berjalan dan terus berlari laju. Ptg ni ada misi besar yg perlu diselesaikan.harap ada jalan penyelesaian ye dik non.

D.Z tadi bagitau nak bagi benih terung utk aku tanam.bukan tu je, kacang panjang, bayam dll.Wow! terkezut gitu, bagai pucuk dicita ulam mendatang.. i wish i had more space sebenonya..harapkan tanah sekangkang katak..syukurlah ada tanah wp seciput, tapi hobi baru aku ni menjadikkan aku begitu tamak dgn tanah dan pokok2..pantang nampak neseri kat tepi jalanan  SB tu mata aku cecepat melilau tengok pokok2 apa yg boleh aku selit dan sumbat kat belakang umah tu..
now, selain shopping, writing, reading, gardening pun dah jadik satu terapi bagi aku. Thanks D.Z, aku berbesar hati mendapat pelawaan itu.

Kebenaran cuti pun D.Z dah bagi.tinggal nak submit borang je ni. Wowweee...bagi warga kolumpo mcm aku,takde yang seindah jalan yg lapang tanpa jem dalam sehari dan indahnya hari cuti tanpa gangguan keje.Itu pun dah cukup okey!

Got to go.
budak comot ummi



                                                       tutup skit nak..



Majlis: Birthday YA Datuk.
Jemputan: YA Pn. N & YA Dato' A
Kerjasama : MTKL Dagang 1/2009
Atas permintaan Pojan, aku tepekkan gambo wedding Yana & suaminya.Kat facebook sapa tah aku tngok pun banyak gambo mereka.Semoga berbahagia dunia akhirat. 



                                                            Raja Sehari & Ratu Sehari

                                        
                                               I miss u all girls- Irene, Faiza & Zaza
                                                      (bila kita nak buat gathering)
                                                                     Nad & Padil's family

December 3, 2009

Rata2 masing2 semakin sibuk nak hujung2 penutup tirai 2009. samada sibuk dengan keje yg makin banyak dan dateline mencengkam, atau sibuk memikir nak habiskan masa pegi bercuti, atau sibuk nak menghabiskan saki baki duit bonus yang ada, yang penting aku peratikan semua org macam sibuk sangat2 dengan urusan masing2. itu baru urusan. belum cerita pasal problem.

masing2 pun sibuk dengan problem masing2.
selalunya tak la obvious sgt..lagipun problem kalo nak datang bukannya ikut musim. on-going problem pun ada..masalah yg tak berkesudahan.tapi lately ni- dengan musim penyakitnya sana sini, cuaca pun tak menentu lagi,mood yang swing lagi, duit nak pakai banyak lagi,duh..aku la yg ade problem sebenarnya ni huhu...

Semoga Allah mudahkan urusan aku dan semua umat islam kat dunia ni.amiin.

November 30, 2009

Balik kampung kali ni, ada lain sikit.
Tak ada satu waktu senggang pun yang kita sia2kan mcm tu je. Selalu pun mcm ni jugak, tapi kali ni extra ordinary.Terlalu banyak komitmen yang perlu disempurnakan.

Hari ni, rasa penat sangat2- tapi puas.
Tah bila aku akan merasa rehat yang se rehat2nya. mungkin bila dah tak ada nyawa.tapi di alam lain- belum tau lagi.

melawat Atuk P.S n P.T. Jumpa cicit Atok Ajah yang ke 18, iaitu cucu Pak ngah, kenduri rumah Wak Long-rewang lagi, kenduri rumah Tok Pok, rewang lagi.kenduri rumah cik Nor, rewang lagi- hehehe kenduri kawen yana lagi, berulang alik Muo-BP - P.S.semuanya dalam masa 4 hari 3 malam.

Syukurla Allah bagi kudrat sebegini pada kita.


Ni pun badan dah rasa lain macam.suara dah serak, hidung dah kurang deria bau, kepala dah penin.ini tandanya kena slow down n rehat sikit.

Reminder bang,
3/12/2009 -Check up mak HUKM
5/12/2009- jemputan khatan K.Inda @ SD
6/12/2009-jemputan akikah Azie @ Gombak & hantar pengantin Cik Nah @ JB
12/12/2009 - Family Day Court (x pi kot)
13/12/2009-Ina tunang @ BP
15/12/2009 - Check up IJN Ayah

hujung2 tahun lagi banyak tak tersenarai.tak taulah dapat pegi ke tak semuanya.mudah2an diizinkan.

November 24, 2009

Setiap kali di anugerahkan 'ujian' mahupun mendengar 'ujian' Allah terhadap org-org lain- aku percaya pada 2 perkara pokok.
1. Ada hikmah yg tersembunyi mahupun nyata
2.Setiap manusia itu ada bahagian masing2 yg telah ditetapkanNya, yang kita mungkin tak nampak dari mata kasar kita..

Ianya musibah ataupun ujian? bukanlah kita yg layak untuk mengadilinya.
Maka jgnlah sesekali aku menghakimi setiap apa yg berlaku, malah dalam tenang cuba memandangnya dengan mata hati-insyaAllah.

Abang pernah menceritakan kisah yang berlaku pada zaman bila aku tak ingat..apabila seseorang bertanya, mengapa doa2 dan permintaan si dia tidak dimakbulkan oleh Allah.Sedangkan dia tak putus-putus berdoa,meminta dan mengharap tetapi masih belum berjawab.

jawapannya, Allah sangat suka melihat dia berdoa, merayu dan merintih..semakin lama penantiannya semakin banyak doa dan pengabdian dia kepada Allah.Allah biarkan dia meminta dan terus meminta.

Itu tak bermakna doanya menjadi sia-sia.
Kerana Allah telah menyediakan untuknya setiap apa yang dia pohon itu, lebih berganda2 di syurga.

Aku : maknanya dekat dunia belum tentula kita dapat apa yg kita nak?

Abang: Betul.Kat akhirat lebih banyak, lebih kekal.Balasan bagi doanya mmg ada, cuma bukan kat dunia.Cumanya-Allah suka pada hambanya yg tak putus berdoa dan berharap dan menyerahkan segala2 kepercayaan padaNya.(mcm tu la lebih kurang fahaman aku)

Hati aku jadi lapang sikit.

Lapang sebab aku tau, kalau apa yang aku mintak, belum dapat, aku tau kerana doa aku sebenarnya belum cukup.Doa aku yang tak bersungguh2 dan tak dengan sepenuh hati.
atau pun, kalau aku dapat benda tu, belum tentu ia baik utk aku-takut2 aku jadik 'lupa diri ' riak dan lupa nak bersyukur nanti.

Aku tau, dunia ni bukan pengakhiran kepada segala yang ada.
Aku lupa, kita ada buku kat kanan kiri yg catat segala amalan baik dan jahat.Semuanya akan dikira samada aku betul2 kaya atau defisit kat Akhirat nanti.Aku mmg lupa sama sekali dengan buku aku di kanan dan kiri ni.

Aku rasa, aku betul-betul defisit.nauzubillah.

November 23, 2009

letihnya weekend.tetiap weekend pun penat-tah bilanya yang tak penat n boleh rehat2.

harta dunia ni takkan habis nad, makin dikejo makin banyak yg tak cukup.makin di cari makin rasa banyak yang tak ada.
makin di banding, makin rasa nak ada semua.

lately aku rasa Allah banyak bagi 'peringatan' dalam sedar n dalam tidak.kebanyakkannya Allah bagi 'cash'!

Semalam contohnya, on d way balik dari wedding kat Penang, ayah ajak solat zohor kat mana2 yg berdekatan kat permatang janggus.
Kebetulan time tu ada masjid terdekat tengah ada ramai2 uruskan jenazah.aku pun kata takpelah kita solat lah kat RnR Sg.Perak so boleh singgah salin pampes Mierah n mmg plan nak beli durian perak skali.

Semua pun ok.masa tu jam dah pukul 1 tghari.

Tapi, bak kata ayah, Allah nak menguji- baru nak exit tol Juru je- Abg Long n family terlepas pandang nak exit kiri so terlajak terus ke Georgetown.Jauh jugakla dia U turn n ambil masa lebih kurang stgh jam kami menunggu-sian Bang Long.

Masa menunggu tulah Ayah cakap, ni mungkin Allah nak uji kita, kalau kita lambat2 kan urusan solat...Skrg Allah lambatkan urusan kita..macam2 bentuk 'ujian' Allah boleh bagi.Ayah kata ni semua berdasarkan pengalaman dia.

Satu lagi Ayah kata, kalau ke mana2 konvoi ramai2 contohnya, ayah kata seeloknya tunggu antara satu sama lain, kalaupun ada kes mcm ni, sorg terlajak atau terlepas. Kat perjalanan ni kita tak tau apa-apa akan jadik-so biar pegi sama2, balik pun sama2..kecualilah ada hal lain yg terpaksa berpisah..Sampai kat RnR Sg.Perak utk Zohor akhirnya jam 3.00 ptg.

Banyak pengalaman 2 hari bersama Ayah & Mak yg membuka hati dan fikiran. Banyak cerita2 dan pengalaman dia yang mungkin dia tak sedar,banyak yang sangat berguna bagi aku. Lebih2 lagi dia bercakap sebagai seorang bapa dan orang tua, maka lebih2 la lagi kita terasa impaknya.

Gtg.

November 18, 2009

haru biru btul minggu ni.last week kan cuti 3 hari Mierah tak sehat, banyaklah keje tertangguh esp. Masterlist 2009.
minggu ni plak tak bleh nak stay back macam selalu.selalu kul 6 lebih baru kuar ofis tu biasalah.kali ni, 5.30 dah terkocoh kacah ngemas nak balik.neseri Mierah sampai kul 5 je.selebihnya kira OT.tapi kesian la, dah la dia masuk paling awal, balik antara yg paling lambat, mmg paling lmbat hehe (segan dgn cikgu2 dia).

dah 3 hari, pagi2 bila nak babai dia mmg dia menangis, bezanya 2 hari ni dia tak kejo sampai ke pintu.balik, dah ok-tak nangis pun, bukak je pintu, meluru berlari..tak padan kecik lari pun tak stabil lagi!syukurlah, mintak2 serasi.

malam ni plan nak siapkan masterlist tu.buat keje last minit ni mmg sakit.
apa nak buat.
tak sabo tunggu minggu depan, selain dapat gaji hihi, boleh la bernafas sikit dari kalut2 ni yay!
Disember dah dekat..bermaksud bulan bercuti dan bulan bershopping...(bagi yang berduit)..so aku terkecuali lah.defisit defisit-
tapi ingat nak habiskan lah cuti seberapa yang ada tu..
stakat ni pun tade plan apa lagi.

weekend ni mak ayah datang.bestnya.
kali ni nak ajak mak ayah stay sini lama sikit.Ayah tu bukannya kerasan nak tinggalkan rumah n kebun dia kat kampung.kalo datang sekejap2 je.boleh la spend masa dengan mak ayah lama sikit kali ni, kan cuti sekolah mak pun tak ngajar.

aku tetiba rasa macam teringin nak gi langkawi.aku rasa semua org penah pegi kecuali aku hahaha...takpela ketinggalan zaman skit, insyaAllah tawun depan nak borong pinggan mangkuk Midah kata murah2 kat sana, so kena kumpul duit dulu OkeY!

ok daaah.
dah masuk maghrib!




November 16, 2009

Menganta anak pada hari pertama di sekolah barunya agak sayu.

Kuatkan semangat dan berhati kering bila Mierah melaung memanggil2 aku dengan jeritan yang kuat menuju ke pintu.
Kat luar, dibalik pintu, aku dengar dia mengetuk2 pintu dengan tangannya sekuat hati, dengan menghempas2 kan badannya sambil duduk dengan rambutnya yang berjurai- buat aku hiba sekejap.
aku curi2 pandang dia dari luar tingkap, pengasuh baru dia cuba pujuk, semua tangan ditepisnya dengan kuat sambil nangis dan terus nangis panggil aku..

aku pekakkkan telinga dan laju menuju ke kereta- Allahummasalli'Alamuhammad, biasalah ini hari pertama dia tak biasa..
nanti lama2 dia ok-aku sedapkan hati.

tak sabar tunggu jam 5.30 ptg aku nak intai macamana keadaan dia ptg nanti, harap2 tangisan dia dah berenti lepas beberapa minit dia mula nangis tadi.

hari ni, hari baru aku bebetul bermula.Keluar rumah seawal 6.30 pagi masih gelap-lampu highway je yang terang.sampai ofis 7.05 minit, nak punch jari tapi tak boleh sebab tangan luka akibat bercucuk tanam malam tadi, so mesin takleh nak cam..terus hantar Mierah, mula2 dia ok- kagum dengan macam2 permaianan yang ada, setengah jam aku pujuk2 dia, bila dia leka, aku keluar dan saat tu lah aku serahkan kepercayaan sepenuhnya pada Taska Darul Hannnan, Masjid Wilayah Persekutuan.

Semoga kita semua dalam peliharaan Allah sepanjang masa.Amin.



Selamat bersekolah baru anakku.

November 13, 2009

Majlis: Besday Ummi & belated Awan
Tempat: Umah SB
Menu: Nasik Ayam Ummi buat (nasik dalam periuk)
Yang potong kek : Abi
Yang ada : Tok Mak, Tok Ayah, Awan, Ayan
Gambo Ummi : ada satu je-tapi tak glamer-takyah post
Credit: Thanks Abi for the Yummy cake!!!and...the present..hehehe









Surprise party!
Nad & Kak Bashah 
November 2009
Thanks to Ms.Loo, Awais, Zul & Pauzy,thanks a lot!








November 12, 2009

Alya anak Ika

Berpoya2 @ Giant Kota Damansara

November 11, 2009

Turn Ummi plak jaga Mierah belah ptg.Pagi tadi Abi jaga.Ni Ummi dah ngantuk-kalau tak sebab Amierah merengek2, Ummi dah selamat dah ZZZZZzzzzzz...

Teringat sekejap tadi S tipon.bgtau yang A kata pasni takyah guna plasticware lagi dah kat umah.Tu pun lepas A terbaca yang barangan plastik ni membahayakan kesihatan.Pasni dia kata bertukar je kepada barang2an tupperware hehehe...

Tupperware ni aku rasa dah well known brand dia yg dah lama established sampaikan plasticware or bekas2 yang kita guna selalu2 tu pun org gelarkan tupperware nak menunjukkan kewujudannya sejak dulu dan punyala lama bertapak sampaikan ada followernya yang tersendiri..Macam colgate gak yg sinonim dgn segala jenis ubat gigi,mcm tula gak brand tupperware ni.

Dulu masa aku kecik2, aku dok heran napelah org beli barangan tupperware yang dah tentu2 mahal.mesti depa ni suka beli barangan2 branded takpun org kaya2 duit terlebih pasal pakai barang mahal2.sanggup bayar mahal2 utk barangan tupperware yg takde la secantik arcopal ke, correlle ke,vision ke..?..tak masuk akal.Kalau gi mana2 market or pasar malam ade je jual plasticware yang macam2 kaler, macam2 saiz n jenis- toyogo ke hapa ke lagi lawa, lagi murah, lagi beso..tapi tupperware gak yg diorg carik.

Persoalan tu berhenti takat tu jelah, memandangkan aku tak mampu beli even nak mencuba beli barangan tu pun tak terbukak hati.

Lepas kawin, aku peratikan mak, and ahli keluarga belah2 Abi semua pun rupanya peminat setia brand ni.Pakai buat basahan lagi sehari2 amboi2..org lain punya sayang simpan dalam lemari.Keluarga aku plak pakai brand cap ayam je..Bila dah jadik sebahagian dari mereka dan automatiknya menggunakan barangan ni dalam kehidupan sehari2, barula aku tau kelebihan2 brand ni.
Aku mula berjinak2 membeli dengan sebijik tumbler utk kegunaan sendiri, lepas tu bila tau Aisyah Nik Apiz jadik dealer-aku pun menambah koleksi..dapat lak sokongan Abi,(bukan senang suami nak sokong kita bab2 membeli-beli ni)hehehe....sampaila skang ni..aku meneruskan mengumpul mana2 yang aku rasa patut and mampu dibeli sikit2. (lama2 jadik bukit ye) Sekarang dah pun jadik dealer-utk kegunaan sendiri okey..


(Patutnya aku dapat komisen takpun jadik duta tupperware pasal tolong promote)


Brand ni aku taktau la samada yang terbaik ke apa kat pasaran.Mungkin ade lain tapi aku yang tak tau.tak sempat lak nak buat kajian.Tapi sekurang2nya tupperware ni selamatla digunakan untuk harian, environmental friendly, yang paling best, lifetime warranty.baloi memang berbaloi-cuma rega dia masih tak murah.dulu masa murah sikit tak mampu nak beli.skarang dah mampu beli, rega pun makin naik lagi.tak aci.


Abi dulu penah cakap kalo satu hari nanti aku bukak kedai outlet tupperware mcmana hahaha..masatu kuar muka dalam majalah aku dah jadik dealer tupperware yang berjaya bermula dari bawah hahaha...tu mesti kawan2 aku le tu yang beli..


Alah, ni seciput je dari sembang kehidupan.toksah la aku jadik fanatik sangat dengan benda2 ni nauzubillah la.saja suka suki penghibur hati..heheh..ni betul ke gaji masuk awal 2 hari ni (2 hari je?hampess)..katalog baru tupperware dah sampai ni, tak sabo nak membeli lagi hehe..



November 10, 2009

Amierah tak sehat.Fizikalnya tak nampak sakit.lebih2 pulak bila tengok Dora d Explorer.Boing boing!boing boing!everybody is bouncing and boing boing! terlompat2 dia sama naik dengan Dora!

smlm doc kata dia dijangkiti sakit kaki tangan &mulut. Baru peringkat awal-
kat nursery dia pun few budak2 dah kena sebelum dia.simptom2 dia sama, tu yg aku pi rush bawak dia gi klinik.kalo tak aku ingat dia merengek pasal nak tumbuh gigi.rupanya banyak ulser dalam mulut dia.sian dia...banyak lagi ummi nak kena tau pasal penyakit2 budak2 ni...
so, aku plak yg dapat mc and kena kuarantinkan Mierah kat umah.Doc kata musim penyakit skang.(Nauzubillah.)

hari ni Abi punya turn plak jadik babysitter.
Kena tunggu sampai Mierah sehat betul baru boleh lepaskan dia kepada umum. Nanti takut berjangkit kat budak2 lain pulak.
Mak ayah dah balik Muar hari ni. Harap mak akan terus baik dan makin sembuh lepas beberapa treatment yang agak 'kuat' aku rasa.bak kata mak, penyakit ni kalo nak hilang memang lambat, tapi kalo nak datang, sekelip mata je.

Ada sesuatu mcm tak lepas kat dada ni.taktau menda..harap2 takde pape.


dok berangan kalo2 kerajaan nak masukkan gaji awal bulan ni keminggu depan.nak tunggu sampai 25hb tu adoyaii macam tak sampai je hukhuk...komitmen banyak lagi ni.
Bout Y? let time decide.Ada perkembangan terbaru pasal A. Harap Y dalam peliharaan Allah.Ini dah luar bidang kuasa kita.


Hari ni agak boleh bernafas lepas 2 minggu yang marathon buat profile.adatla, ada waktu sibuk - sibuk betul-ada waktu goyang kaki, boleh goyang kaki-tapi keje tak pernah habis-ni nak buat masterlist tah hapa2..utk top2 management, tolonglah memandang ke bawah sebelum membuat janji2 palsu, janji2 manis kat orang2 yang kat luar tu...


sesekali bergosip dengan geng2 kita kat bawah ni mmg havoc!sesekali?hehehe...
kalau la suami2 kita tau...macamni rupanya isteri diorang bila bersembang hihihi... rasa2 abi tau kut (sure dia geleng kepala..hehehe)
takdela teruk sangat okey..

November 7, 2009



Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Nadiaaaaaah
Happy Birthday to Meeeee..




November 5, 2009

Hepi besday Wan, hari ni.
hepi belated besday Mak. I love u Mak so MUCH, God You know how i feel.

Tune hidup dah lari.
Tido tak cukup.makan tak menentu.Rehat tak seberapa.
Holiday??? alangkah indahnya.
impian nak gi Pulau tawun ni belum tercapai.

I'm not that mad- dengan satu 'big event' masuk rumah baru, dah cukup buat aku tahan godaan dan angan2 nak bercuti tahun ni.cuti hujung minggu pun jadik laa..

Alhamdulillah, 1 november 2009, kita memulakan satu kehidupan baru, semangat yang baru, di rumah yang baru.
Perasaan? mestila teruja.
lain2? Takut skit sebab row situ cuma kita je yang da masuk..so, bila sidai baju kat blakang-maaakk aaaii gelapnya, takut den.
lain? burden.walaupun rumah itu satu aset,liability yang akan kita tanggung lamanya sampai 25-30tahun..hutang.hutang.hutang.

sapa kata seronok bila hutang?lainla duduk rumah yang free or bayar cash! barula kita akan gembira dalam ertikata gembira.

harta tu belum mutlak milik kita.
sekurang-kurangnya adalah tempat untuk berteduh dan menginap.Apapun, alhamdulillah ala kulli hal..


sekarang ni semuanya still dalam 'adjustment period'..lebih2 lagi hidup kat tmpt terpencil, tak mcm sebelum ni ni, semuanya senang dapat cuma dengan berjalan kaki.mudah2an semuanya dipermudahkan,dilapangkan, disenangkan...

sampai ke sekarang tak berpeluang nak tengok papadom.ntah2 dah habis tayang.bukan berminat sgt nak tengok ceta melayu tapi dengonya yang tu mcm best sikit. tunggulah nanti kalo ada dvd dia dah 'kuar' kat mana2.

loong way to go..
isnin ni Amierah masuk school baru.Mi dah arrange kan apa yang perlu.Mi harap Amierah nanti cepat2 dapat sesuaikan diri kat situ.

Thanks to Abi yang banyak berusaha, bekerja keras untuk memastikan kita sekeluarga hidup gembira dengan apa yang kita ada.

November 4, 2009

October 28, 2009