July 30, 2021

Bismillah.

 Assalamualaikum.


After soo long, i think i'm gonna write again.

Soon InsyaAllah.

February 7, 2014

Sebelum Lena.

Bismillah.

Alhamdulillah syukur.
Tak terucap.
Nikmat Allah tak terhitung.
Dari stp nafas hingga ke pancaindera.
Dgn kasih sayangNya menyampaikan setiap hajat2 kita.. cepat lambatnya bukan hak kita...setiap yg terdetik di hati Dia Maha Mengetahui.
Dikelilingi insan2 yg kita sayangi..sehat melalui hari demi hari..
Ya Allah..nikmat ini amatku hargai...
Ntah sampai bila...
Allah....
Kau Maha Mengetahui setiap inci hambaMu ini.

November 7, 2013

Tiga Puluh Dua

Umur semakin pendek.

Seawal pagi jam 5.30++ ummi  hantar text kepada nenek.
Ummi mengucapkan terima kasih pada nenek atas segalanya.
Segala pengorbanannya.Melahirkan.membesarkan.mendidik.bertahan dan bersabar dengan ummi hingga usia ummi sebegini tua.
Ummi menyatakan kepada nenek hakikat yang ummi rasa hingga hari ini iaitu: nenek adalah ibu paling penyabar yang ummi kenali.
Ummi nyatakan sayang ummi pada nenek.

Jam 8.45pagi. Ummi telefon atok dan mengucapkan terima kasih pada Atok.
Mencari rezeki selama ni untuk membesarkan ummi.
Jasa seorang ayah kepada anak2nya memang tidak terhitung nilainya.walaupun tidak terzahir sebagaimana ibu kita..

Atok kata dah kewajipan atok..
Ummi dapat bergelak ketawa dengan atok.. perbualan seorang  ayah dan anak perempuannya yang manja.

Kelmarin ummi tanyakan Abi
Abi nak bagi ummi hadiah apa.
Abi pun terdiam macam speechless bila ummi tanya.

Ummi kata dah xyah hadiah2.
Kutla Abi pening nak bagi apa..nak surprise ke apa.hihihi.(perasan je)
Ummi kata;
bawak ummi gi makan kat silom lepas abi balik kerja.
Abi mcm blur2 tak terfikir gaknya.

Ummi nak makan kebab kat nadimos.tu labanese cuisine.itu antara yg paling dekat ngan rumah.
Abi kata sedap ke.
(Ntah biasa2 je cuma alasan je ummi taknak masak hihihi
Konon nak mkn mntk Abi belanja.padahal selama ni mmg Abi pun yg blanja hihihi

Pagi tadi.
Ummi cakap ngan abi.takyahla makan luar.Abi takyah balik awal.kita makan kat rumah je macam biasa.

Hari ni 7nov.
Tak ada apa yang istimewa.
Cuma ulangtahun umi dilahirkan.
Umi terbayangkan 32tahun lalu ummi baby.sekarang dah jadik mak baby.
Takde yg istimewa.
Yang patut diraikan adalah atok dan nenek.bukan ummi.
Mereka yang lahirkan besarkan berkorban banyak sampai ummi boleh menaip tulisan sebegini dengan izin Allah.

So..jadikan ia hari2 biasa.
Tak perlu hadiah.
Tak perlu makan malam istimewa.

Perlunya penghargaan buat ibubapa.

Terima kasih buat semua yang ummi kenali.Yang mewarnai kehidupan ummi selama 32tahun ini.

Kita bertemu setiap manusia dalam hidup kita bukan berkebetulan.Pasti ada hikmah disebaliknya.
Kita bertemu tukang cuci setiap hari..untuk kita nilai betapa pentingnya sumbangan mereka pada kita.
Begitu juga seekor semut.
Kalau kita teliti hikmah dia dijadikan apakah sanggup kita bunuh semut yg kecil itu tanpa sebab.
Sama2 kita nilai dan hargai setiap yg kita temui dalam hidup kita.

Kalau.
Kalau ada orang bertanya apa hajat ummi pada hari ini.
Bolehkan ummi minta supaya setiap dari kita membeli.mencari.membaca dan menghayati buku ini.
Ya hanya buku ini.
Setebal 184 muka.Berharga Rm18.00
KHATAMKAN BUKU INI.

Siti.faiz.pipah.nazif dan suzie.
Semua ni adik beradik ummi yang memperkenalkan kemudian mencarikan  ummi buku ini dan suzie telah menghadiahkannya kepada ummi.
MasyaAllah Alhamdulillah.
ABI yang membawanya  terbang kepada ummi.
inilah hadiah harijadi terbaik ummi.

Terima kasih kalian.


November 1, 2013

The First Day

My little boy has grown up.
Proud of you son.

Time flies.
Really2 fast.
:'(

October 17, 2013

Cotton Lover

Ummi's New Addictions

Ok.
Cuci Mata Dulu.
Berminat boleh roger ;)


October 9, 2013

Well Done Kakak

Alhamdulillah..
Akhirnya..

Buat pertama kalinya kakak membacakan story booknya pd ummi dlm usianya lbh kurang 6 tahun 3 bulan.

Ummi agak terkejut jugak.ummi sangkakan kakak menghafal word by word.rupanya kakak mampu baca dari page 1 hingga akhir dengan 80% lancar kecuali words yg agak panjang..

Ummi ada sedikit risau sblm ni bila kakak blum boleh membaca lancar waluupun telah 6 tahun.
Ms.Sharon dah pesan tak usah bandingkan kemampuan anak anak.
Kadang ada yg start membaca lambat bila dah start terus laju tak menoleh le belakang.

Syukur sgt sbg ibu ummi bangga dgn pencapaian kakak hari ni.

Ni momen2 mlm td kakak bacakan 2 buah buku utk umi.
Lpas ni kita tukar shift ye kakak.umi dengar kakak story pulak

Last week kakak dpt award most neat and tidy hihi
Tahniah kakak.
We proud of you baby girl!

October 4, 2013

Bila Lidah Menjadi Pisau.

Bila teringatkan Dia.
Rasa tak layak berkata2.

Malu.
Selalu mungkir janji untuk merubah diri.Malu kerana berbuat dosa terang2 dihadapanNya, sang Pencipta.

Takut.
Takut tak tersenarai langsung dalam senarai ahli syurga.
Taknak masuk neraka.
Rasa tak layak nak masuk syurga.

Risau.
Allah bukak aib kita.
Kita bukan siapa2. PENDOSA.
Zahir dan batin sentiasa digoda berbuat cela.
Kat akhirat nanti bila dibuka buku amalan.
Boleh bayangkan berat yg manakah timbangan.

Saya.
Boleh menjadi sebaik2 penyimpan perasaan..pemendam rasa dan perahsia..
Dan saya
Boleh menjadi setelus telus dan sejujur2 manusia..
Dan saya
Boleh  menjadi kejam hanya melalui kata2  samada sengaja atau tidak telah membuat manusia terluka..
Dan saya
Boleh juga menjadi manusia talam dua muka..tersenyum dihadapan namun menelan pahit dalam jiwa..

Serba bolehkan saya?

Bukan.itu bukan nada riak.
Itu hakikat saya sebagai manusia.

Selagi boleh.berbaik sangka.
Berbuatlah baik walau apa jua.
Jangan terpaksa.
Jangan harapkan apa2.

Kadang.bila hati tak mampu berdusta.
Bila jiwa rasa bencana..untuk elakkan tsunami melanda.
Terimalah kata2 jujur dari seorang teman.
Pahit untuk ditelan..kerana kata2 lbh tajam dari mata pedang...
Anggaplah sebagai tanda mata supaya kita sama2 sedar bahawa kita bukan siapa2.

Luah atau pendam????
Luahkan atau pendamlah demi kebaikan.
Namun HARUS berpadanan dengan keadaan.

MOVE ON.

September 12, 2013

Tiga Bulan

Bismillah..

Ahmad Zikry selamat dilahirkan tanggal 12 haribulan..
Masih terbayang  detik2 suasana. Segar hijau dalam ingatan..
Kehadiran Zikry amat bermakna dalam hidup ummi.

Hari demi hari ummi berharap agar masa tidak berlalu begitu cepat.

Allah peliharalah kami semua.

July 8, 2013

Rengat rengat

Dah 5 hari ummi bed rest.
Thanks Abi tolong ummi n take over almost everything.

Ummi terpaksa rehatkan diri. sejak khamis tu rasa rengat2 yg agak kuat on and off sampai la ni.

Rengat2 ni rasa mcm sengat2..tajam2.denyut2..bisa skit.nyilu skit heheh...xreti nk describe nih.
Kat bhgn bwh rahim dan ke bawah.

Ada rasa mcm contraction or senggugut camtulah.

Buat research skit katanya tanda2 rahim nak mengecut sbb tu rasa rengat2.diikuti dgn ketulan darah merah stp kali rengat tu menyengat hihi.sebelum ni mmg tak pernah rasa time berpantang.cuma sblm deliver haritu ada jugak rasa.

Antara lain dr research tu sebab fully bf so rahim akan cepat mengecut utk kembali ke keadaan asal.
Kalo ikut org2 lama ada yg kata bentan peranakan atau bentan urat.

Sepengalaman ummi pernah rasa bentan masa ber pantang kakak dulu kat kampung.bila malam rasa sejuk gigil sampai gigi terketap2 wp pakai selimut tebal.xtaulah bentan ape namanya huhu..

Hat yg ni xde lah rasa seram sejuk ketap gigi camtu.

Pastu ummi yg bijak ni pi tuam area perut konon nak bagi perjalanan darah tu ok la kan..tak memasal rasa kebas je area situ..mujur jugak dpt bertungku letrik pinjam mama ina punye  sedap je rasa hangat yek.tapi toksah la tungku kat bhgian perut ek..ummi buat bahagian kaki dan belakang badan.murah woo kat sini tungku letrik ni.rasa kat msia mcm puluh2 ringgit gak ye.
Nnti nak mntk abi beli gak mmg bbaloi2.

Tak habis lg cerita rengat2 ni.ummi try minum kopi panas gak ikut petua2 tu tp x begitu mujarab pada ummi.rasa rengat tu on off kan and masih ada lg.yg pasti bila minum kopi production susu ummi akan terganggu.so xleh amalkan jugak minum kopi buat masa ni wp tujuannya utk memanaskan badan ye org tua2 kata..

Alangkah mcm2 yg dialami oleh seorang ibu kan.
Dahla kena berpantang mcm2..sakit pun yg bermacam2..
Makan minum pergerakkan segala bagai kena bertahan2..
Tp kalo x buat sape pulak yg nk membuat ye x.

Berat ummi setakat tadi dah turun ke 48kg.berat terakhir sebelum ahmad keluar haritu 58.5 kg
Tunggulah nnti lepas raya...jgn la sampai overweight plak kang sbb pantang nampak makanan.tau sgt dah pengalaman sblm ni lpas tambah anak je akan tambah 5 kg secara kekal.

Oh yek.bebel bnyk ye skrg.post partum la katakan.
Kang ckp sorg2 kata meroyan plak nauzubillah kan.hehe

Esok puasa.
Nnti ummi sembang lg camana puasa kat sini k.

Dah.

July 4, 2013

Urut.Tungku.Sauna

Sauna in d house.dia pasang sendiri gantung kat pili sembur air tu hihi..
Dlm ni ada kerusi dan herba yg berwap tuk sauna or tangas.harum sangat rempah herba dia.


Kenalkan.
Ini makcik Nasroh nama dia.makcik urut muslim yg professional.
Dia sebaya nenek.
Terima kasih k.watie dan Abi khususnya yg berusaha carikkan tukang urut muslimah buat umi.
Kali ni lepas seminggu baru ummi berurut.
Ambik pakej 3 hari berturut.
Asalnya cuma nak urut.tak sangka ada pakej camni dgn kadar bhat 3500 =rm350.00
Semua dia buatkan.urutan siap tungku 3 jam.sauna sukati nk brapa lama. Dtg jam 8.30pg siap jam 2ptg.

Umi sangat syukur, lega dan puas dgn hasilnya.
Kat msia pun ummi xpenah merasa camni.
Ummi dah try thai massage n oil massage kat siam ni, wp berbeza style dgn jawa massage, ummi tetap prefer jawa's stlye.
Akhirnya makcik Nasroh telah membuktikan thai massage yg dia praktikkan mmg power.

Lpas ni mmg kena panggil selalu.
Kadar urutan biasa adalah sejam =RM 20.
Batuk umi lpas urut terus baik.sakit belakang bisa pun dah tak terasa.
Kuasa Allah di tgn yg pakar.Alhamdulillah.