November 7, 2013

Tiga Puluh Dua

Umur semakin pendek.

Seawal pagi jam 5.30++ ummi  hantar text kepada nenek.
Ummi mengucapkan terima kasih pada nenek atas segalanya.
Segala pengorbanannya.Melahirkan.membesarkan.mendidik.bertahan dan bersabar dengan ummi hingga usia ummi sebegini tua.
Ummi menyatakan kepada nenek hakikat yang ummi rasa hingga hari ini iaitu: nenek adalah ibu paling penyabar yang ummi kenali.
Ummi nyatakan sayang ummi pada nenek.

Jam 8.45pagi. Ummi telefon atok dan mengucapkan terima kasih pada Atok.
Mencari rezeki selama ni untuk membesarkan ummi.
Jasa seorang ayah kepada anak2nya memang tidak terhitung nilainya.walaupun tidak terzahir sebagaimana ibu kita..

Atok kata dah kewajipan atok..
Ummi dapat bergelak ketawa dengan atok.. perbualan seorang  ayah dan anak perempuannya yang manja.

Kelmarin ummi tanyakan Abi
Abi nak bagi ummi hadiah apa.
Abi pun terdiam macam speechless bila ummi tanya.

Ummi kata dah xyah hadiah2.
Kutla Abi pening nak bagi apa..nak surprise ke apa.hihihi.(perasan je)
Ummi kata;
bawak ummi gi makan kat silom lepas abi balik kerja.
Abi mcm blur2 tak terfikir gaknya.

Ummi nak makan kebab kat nadimos.tu labanese cuisine.itu antara yg paling dekat ngan rumah.
Abi kata sedap ke.
(Ntah biasa2 je cuma alasan je ummi taknak masak hihihi
Konon nak mkn mntk Abi belanja.padahal selama ni mmg Abi pun yg blanja hihihi

Pagi tadi.
Ummi cakap ngan abi.takyahla makan luar.Abi takyah balik awal.kita makan kat rumah je macam biasa.

Hari ni 7nov.
Tak ada apa yang istimewa.
Cuma ulangtahun umi dilahirkan.
Umi terbayangkan 32tahun lalu ummi baby.sekarang dah jadik mak baby.
Takde yg istimewa.
Yang patut diraikan adalah atok dan nenek.bukan ummi.
Mereka yang lahirkan besarkan berkorban banyak sampai ummi boleh menaip tulisan sebegini dengan izin Allah.

So..jadikan ia hari2 biasa.
Tak perlu hadiah.
Tak perlu makan malam istimewa.

Perlunya penghargaan buat ibubapa.

Terima kasih buat semua yang ummi kenali.Yang mewarnai kehidupan ummi selama 32tahun ini.

Kita bertemu setiap manusia dalam hidup kita bukan berkebetulan.Pasti ada hikmah disebaliknya.
Kita bertemu tukang cuci setiap hari..untuk kita nilai betapa pentingnya sumbangan mereka pada kita.
Begitu juga seekor semut.
Kalau kita teliti hikmah dia dijadikan apakah sanggup kita bunuh semut yg kecil itu tanpa sebab.
Sama2 kita nilai dan hargai setiap yg kita temui dalam hidup kita.

Kalau.
Kalau ada orang bertanya apa hajat ummi pada hari ini.
Bolehkan ummi minta supaya setiap dari kita membeli.mencari.membaca dan menghayati buku ini.
Ya hanya buku ini.
Setebal 184 muka.Berharga Rm18.00
KHATAMKAN BUKU INI.

Siti.faiz.pipah.nazif dan suzie.
Semua ni adik beradik ummi yang memperkenalkan kemudian mencarikan  ummi buku ini dan suzie telah menghadiahkannya kepada ummi.
MasyaAllah Alhamdulillah.
ABI yang membawanya  terbang kepada ummi.
inilah hadiah harijadi terbaik ummi.

Terima kasih kalian.


November 1, 2013

The First Day

My little boy has grown up.
Proud of you son.

Time flies.
Really2 fast.
:'(