May 31, 2013

Down Memory Lane

Bila berseorangan, lebih banyak masa untuk kita bermenung, berfikir dan berangan.Samada berfikir sesuatu yang bermanfaat atau tidak itu bergantung..:D

Kadang2 ummi akan menjengah semula koleksi penulisan Abi dan Ummi yang lama2..
Banyak rupanya tercatat segala kenangan..walaupun ummi tak tau adakah anak2 sempat membaca kesemuanya lantaran kiamat yg sudah semakin dekat.
Hidup perlu diteruskan..dan sesekali perlu menoleh ke belakang, melihat kembali jejak2 dan kenangan lama supaya menjadi panduan di masa sekarang...dan akan datang..
Ada yang gembira, tak kurang juga yang hiba..

Yang pastinya, Ummi & Abi punya satu persamaan iaitu suka menulis dan bercerita..terapi agaknya. Kan Bi?

Sedih ye bila baca cerita lama...tengok semula gambar Amierah dari baby..ummi pernah kira 6   3  jengkal besar kakak masa baby, dan membandingkan waktu kini kakak telah boleh berlari, menyanyi dan menari....ummi seakan tak percaya ummi diberi peluang punya kesempatan melihat keajaiban Allah ini..
Dan apa yang pernah kita sekeluarga lalui...adalah sesuatu yang tak pernah ummi duga 20 tahun yang lalu..
Dan ummi membayangkan 20 tahun yang akan datang, bagaimanakah keadaan kita agaknya..




















Sejarah tinggal menjadi sejarah.
Kenangan tinggal menjadi kenangan.
Tak mungkin masa berulang..

Kita mudah lupa.Apatah lagi lalai.
Tiapkali rasa nak mengejar dunia,
Kembalilah kita mengingatiNya sentiasa.
Itulah yang membawa kepada bahagia di dunia & akhirat.
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami semua. :'(

May 26, 2013

Ni kerja sapa ni?

memang la kreatif macam kakak dia...
habislaa...kena penalty la camni kita..

takpun kena carik cat nnti sebelum pindah kena makeover balik haisyh...
ni belum tengok meja & dinding bilik kakak pulak.
kalau beso memang dah kena piat!



May 24, 2013

Catatan 9 bulan

Anakanda Ahmad, kini kita semua di hospital untuk regular check up Ahmad yg masuk 37 minggu.
Alhamdulillah semua baik, total weight umi lebih kurang 8 kg sejak 20 mnggu haritu.

Walaupun ummi jarang bercerita tentang Ahmad dan persiapan menyambut Ahmad tak seperti kakak dan abang ziyad, ummi tetap teruja dan takut jugak nak menantikan kelahiran Ahmad, terbayang macamana agaknya rupa Ahmad, sama tak dengan abang ziyad.Ummi doakan Ahmad baik baik ye sayang...boleh tahan tau Ahmad kuat dan rajin tendang ummi sekarang lebih2 lagi lepas makan..


persiapan untuk Ahmad memang tak banyak, baju baru tilam bantal baru, nursing pillow semua ada ummi belikan yang baru jgn risau ok, baju tidur banyak lagi baju abang ziyad yang elok maka ummi tak belikan yang baru tak mau membazir..banyak juga yg ada di rumah kita barang2 abang ziyad dulu, tak apa, mungkin rezki orang lain nanti ye.

Kat bawah ni antara baju2 abang ziyad yang masih baik, ummi basuh semula untuk Ahmad nanti.. Ummi akan lebih rajin update dan ummi harap sangat Ahmad keluar bila nenek atok datang nanti ye sayang...

jaga diri elok2 kat dalam ni ye sayang...love you!




Decoupage

Lama dah laa ummi tak buat keje2 ni..berbulan lamanya stop beli bakul dan bereksperimen dengan bahan2 decoupage.
Anak2 makin naik syeikh dok rajin buat 'kerja' seni, ummi pun nak la jugak kan..

Kali ni mencabar sikit sebab bakul ni besar, warna coklat pekat dan rotan dia 'jarang2'..mudah terkoyak dan hasil jadik tak kemas macam yg ummi buat tu...Bakul memainkan peranan jugak, shape, warna putih yang terbaik so takyah cat dengan background putih, dan jarak antara rotan lebih rapat lebih cantik.

Takpelah sekadar mengisi masa buat saja2.. boleh isi baju mahupun mainan atau apa2 yg dirasakan bersesuaian dengan tema tissue pilihan.









May 19, 2013

Art Class Kakak.

Ummi & Abi dah nampak kecenderungan kakak sejak kecik pada kerja seni sangat tinggi.SANGAT.
Asal jumpa colouring tools je mmg pantang mesti nak dapatkan. selamat tinggal teddy bear kalau diberi pilihan.
Satu lagi, kakak TIDAK gemar dan jarang sekali tidur siang, sebulan sekali pun payah nak nengok kakak tidur siang hari. So, di masa lapangnya, apa yg kakak buat adalah melukis dan mewarna, melukis mewarna, menggunting dan menampal. Kakak sgt passionate selagi tak siap takkan berhenti. bnyk dah hasil tgn kakak buatkan untuk ummi dan Abi, adik dan kawan2 kakak, lukisan,crown, rantai, gelang,semua dibuat drpd kertas. Ummi belikan kertas A4 satu rim. (cemana ke ejaaannya) cepat lah sangat habis.

Maka,
Abi & Ummi pun cair hati lah untuk menghantar kakak ke kelas seni 10 minit berjalan kaki dari rumah. Setiap hujung minggu kalau kita tak ke mana, kakak, Aisyah & Fatihah akan sesama ke kelas ditemani Abi/ummi selama 2jam++ satu sessi dan akan berterusan sampai ke hujung tahun ni. Hakikatnya yang lebih kerap hantarkan kakak adalah ummi Yan, sebab waktu kelas kakak kerap clash dengan kelas Gymboree Ziyad.Mesti berterima kasih pada ummi Yan ye kakak.

Setakat ni setelah hampir 3 bulan, feedback teacher dan Ummi Yan masih baik lagi, ye lah-kakak sangat teruja setiap kali nak ke kelas tak payah nak pujuk soh mandi pagi..sepanjang 2 jam tu kakak akan duduk kat kerusi tak bergerak keluar even tak ke tandas untuk siapkan kerja2 seni kakak. Proud of you kakak.

Dulu kat Malaysia ada hantar juga kakak ke Art Class camni kat Publika Jalan Duta, then ummi stop hantar sebab rate dia agak mahal 2-3 kali ganda dari kat sini.
Harap kakak happy, bakat kakak akan terpimpin dan hobi kakak akan lebih berkualiti ye kak.


























Warna warni Siam - Handmade bags