April 30, 2013

catatan 8 bulan

32nd weeks.
Alhamdulillah,ummi baru balik checkup kat hosp dgn Abi, kakak dan adik.

setakat ni semua progress ok kata doc.
berat umi 56kg saja.dah tanya doc, doc kata ok jgn risau.
mmg ummi risau cos sblm ni masa kakak dgn abg ziyad berat lebih lagi, pipi pun naik skit skrg ni kalo tngok muka tak nampak mcm preggy.


pengalaman kali ni, antara lain,
ummi tak dapat simpul biawak/ cramp bila malam
kesan hitam pada leher dan pelipat pun tak ada
stretch mark kat perut mmg tak pernah ada
berat tak naik sangat, nampak perut kecik je
ummi rajin memasak masa 6 bulan ke atas.
morning sickness kali ni paling teruk, lebih kurang masa kakak.
ummi tak mengidam apa2 yg pelik, Alhamdulillah tak susah..kalau teringin pun buat sendiri dan tak banyak pun yg boleh dilayan dengan tekak ni.
tak beli outfit preggy langsung kali ni sbb tak gi opis pun kan banyak dok umah je
kurang pulak minum air masak sebab 24/7 dok dalam aircond tak rasa haus
ubat vitamin mmg kurang ambik sbb sokmo lupa, kurma tu kerap jugak
sakit pinggang kali ni sgt kerap, bisa dan makan dalam tulang..ummi berrgantung pada yoko2 sepanjang masa.
sakit gigi pun menjelma, alhamdulillah lpas jumpa dokter berkurang dan hilang.
ada masalah pencernaan pun ye jugak hehe..
tido nyenyak mcm takmo bangun pun selalu jugek.isyk tsk tsk
ziyad masih bf lg
N pun sakit la jugak


--------

ok nnti sambung lg ek dik.
tu antara gambar umi dah sort out baju2 dan keperluan sambut adik nnti, mujur baju abg ziyad banyak lg yg elok dan boleh recycle.jimat kan dik alhamdulillah..
walauapapun pasti ada yg baru utk adik dont worry ok






Sayangi Selangor, Yakini ...........

Alhamdulillah,
Ini pengalaman kali ketiga ummi mengundi.
Sebelum ni 2 kali di kampung halaman secara 'in person', kali ni kat sini pula mengundi melalui pos.
Oleh kerana kita dah bermastautin di SB, maka kita mengundi untuk Parlimen K.Selangor kali ni.
Semoga pihak2 terbabit menjalankan amanah yang ditanggungjawabkan dengan baik, telus dan dedikasi. Ummi berbaik sangka selagimana tiada yang membuktikan sebaliknya.Ummi hanya menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang dituntut.
Selebihnya kita tawakkal.

Tak sabar pulak nak tunggu 5 Mei.
sekarang mmg dahsyat berlaku peperangan fakta dan auta.
Nenek bgtau ummi, kat kampung kita memang hebat persiapannya..
Lepas 5 Mei, perang yang lain pulak.takkan berkesudahan.
Apapun, yakinlah kebenaran pasti akan terserlah jua akhirnya, Itu janjiNya, insyaAllah.

April 24, 2013

Selamat Pulang Kak Asilah!

Sampai waktu kita akan pulang jua..
Kali ni turn Kak Asilah sekeluarga.
Alhamdulillah sempat kita buat jamuan 'perpisahan sementara' kat rumah kita, kerana Jumaat ni mereka akan pulang ke Malaysia.
Thanks a lot for everything,
banyak masa kita spent together, Amierah dan Umair pun dah serasi bermain, harap bila jumpa lepas ni dah tak segan2 macam tak kenal pulak ye.

All the best utk Kak La sefamily,semoga beroleh keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita, amiin.. insyaAllah sampai ketemu lagi!

Ni menu tuan rumah, nasi tomato ayam masak merah dgn acar, mee bandung, triffle, cheese tart & buah2an




Ummi's first ever cheese tart nyum2!


Triffle air tangan  Abi dari A-Z. Sedap thumbs up!


Menu tambahan dari jiran2.Thanks ibuk2 semua!






Ibuk2 manis..


Hadiah kerja tangan kak Asilah untuk Ummi.Thanks kak mmmuahh love it!

April 18, 2013

Kekuatan?

Kita bukanlah kuat mana.
Tidak sekali2 kita tahu samada kita mampu menghadapi setiap dari ujian Allah, melainkan kita mampu berharap dan berdoa supaya diberikan kita 'kekuatan ' itu.

Tidak lagi ummi berani mengatakan kita kuat,kita mampu hadapinya..tanpa merujuk kepada ayat ini.
Allah jua tempat kita meletakkan pergantungan.Siapalah kita dan apakah kekuatan yg kita ada tanpaNya?

April 11, 2013

Hujan di Bangkok

Syukur Alhamdulillah,
Setelah sekian lama panas berpanjangan suhu mencecah 40-41 drjh, hari ni mendung kelabu berarak dan menempiaskan hujan...

Pemandangan dari balkoni.















April 9, 2013

Hua Hin (3) H.H Hills Vineyard

Ni kita ke ladang Anggur, kawasannya ala2 Cameron Highlands cuma panas lagi.
Sedap sgt menikmati air anggur fresh dari ladang dan makan anggur yg sangat manis..