February 28, 2013

Catatan 6 bulan

Dear baby,

minggu ni umi dah start rasa gerakan kecik dlm perut ummi. betullah ruh telah ditiupkan seawal 4 bulan dalam kandungan.Alhamdulillah..
Abi kata minggu ni dah 19 minggu.maksudnya next week adik dah 5 bulan.ummi pun dah x kira.
ummi baru check up adik 2 kali kat BNH hospital.agak mahal dik.
kalau kat msia dulu kakak dgn abg dah tentu berkali2 ulang alik klinik baik swasta atau kerajaan.. kat sini xsama dik. nak tak nak kena gi private sbb orang sini tak paham bahasa inggeris.cakapla berabuk cemana pun, doktor pun ada yang tak fasih.
Hospital yang kami pegi ni ikut rate ex-pat.
memandangkan kampeni Abi tak menggalakkan branak banyak kali maka dia tak cover maternity dik. Abi tak kisah asalkan semua ok, ummi je rasa haish....telan air liur je tiap kali visit.
ummi harap adik ok dah sehat amiin.

abg makin bijak dik. dia lah best friend ummi 24/7. teman ummi golek2. dalam keadaan ummi skrg, abg mmg tak buat perangai.tak pernah mintak makan minum bukan2. dia diam je bila lapo.sian dia...
abg dah kurang bf.bila nk tido mlm atau time merajuk br dia carik ummi.
ummi bg abg fresh milk meiji.
tak berpeluang bg susu tepung sbb umi malas bancuh susu.syukurla abg tak cerewet.
cuma abg lately ni taknak makan sgt.sedih umi bila abg geleng pala ketap mulut bila umi nak suap.

harapnya tak lama ye ziyad,ummi risau.

kakak pun sama, adorable amierah.
sejak sekolah kat sini, level of confidence kakak dah bertambah.
kakak makin independence, passionate bila buat sesuatu kerja.
kakak paling suka art.pantang jumpa kertas dan pen kat mana2 even kat kedai makan ke mana mesti kakak akan buat sesuatu.samada melukis atau buat kertas lipat2. ummi kena cambahkan bakat kakak lagi.ummi nak kakak suka maths & sains jugak. takmo jadik macam ummi, sains & maths mmg out.

abg ziyad sukakan buku.bila dapat pegang buku nampak sgt minat dia. ummi cuba luangkan masa dalam sehari layan dia mengenal buku dan binatang dulu.usia mcm abg mmg suka binatang.

ok.ummi berenti dulu.
abi dah lapar ajak mkn.

February 26, 2013

kembali pulih

Bismillah.

Dear adik,
maafkan ummi.ummi tak keep track skrg dah berapa minggu.
harap adik faham keadaan ummi dan keadaan kita kat sini.
kita kena survive dik.

abi dah propose nama untuk adik.
Ahmad Ziqry.
sedap tak? ummi dah google makna dia,Alhamdulillah baik2. nanti kami finalize lagi ye dik.

ummi dah rasa tendangan adik.
adik siang jarang gerak.ptg ke malam baru adik aktif,
ummi harap adik okey.

setelah sekian lama ummi bertapa dalam kekosongan yang hanya Allah mengerti rasanya,
kini ummi dah pulih dan dapat semangat baru,
ummi dah kembali masak di dapur...
ummi dah rajin mengemas..tak boleh tengok rumah bersepah..
ummi buat rutin yg sepatutnya ummi buat.
ummi syukur sgt abi banyak tolong, ummi syukur ada abi dik..
Doakan ummi dan abi kuat, sehat dan paniang umur nak jaga kalian semua hingga dewasa kelak..


umi sedang kembalikan selera abg ziyad.
selera mkn dia kurang skrg.ummi buntu nak fikir menu apa untuk kakak dan abang
ummi perlu keje kuat lagi.

setelah mabuk hilang, mual2 dan alahan pada bau hilang,
ummi didatangi sakit belakang yg kerap.
sakit gigi mmg ada sejak dulu onn n off.
ini antara ujian untuk ummi.
ummi perlu sabar..


ok adik, ummi akan manfaatkan masa dan peluang yg ada ni insyaAllah..
makan vitamin, kurma, habbatussauda
solat sunat dan baca quran
insyaallah adik ummi cuba
sampai ketemu lagi kita


assalamualaikum..

Selamat pulang kak Norzie

Setelah 2 tahun akhirnya kak norzie sekeluarga akan pulang ke Malaysia.
kami di Chatrium Sathon pun menganjurkan breakfast berjamaah meraikan kak Norzie di Chatrium Riverside.

Menaiki 3 teksi berdedailah kita ke sana pepagi..

Alhamdulillah, semoga bertemu lagi kita insyaAllah dan ukhuwah ni takkan terputus di sini saja.
Oh ye, kak Norzie ni lah tokey decoupage kat sini selaku duta Decoupage Malaysia di Bangkok ;))






February 14, 2013

Bismillah.


Kat sini kita tak de cuti umum macam kat Malaysia. Walaupun muka org siam dan orang cina hampir nak sama, mereka kat sini tak sambut CNY. Kat sini tak  ada berbilang bangsa macam Malaysia.Semua dikira bangsa Siam.
Ummi rindu nak makan dan bau limau mandarin. Dulu kita akan dapat atau beli berkotak2, manisnya aroma bila kulit limau yang tebal di kupas aduhai..sedapnya menusuk hidung..kat sini takde pun nampak atau pun dapat limau mandarin. Sini limau biasa je ada dan harganya tak begitu murah..Abi pegi carik kat pasar basah dan dapat lah limau kecik2 tu jadiklah Alhamdulillah.


Kakak cuti semester seminggu.Adik paling seronok sebab ada kawan dia bertumbuk.kawan dia berendam dalam tub mandi.Kakak dengan sabar ketawa jugak layan karenah adik.Sampai tahap adik tarik rambut kakak dan pijak badan kakak, drama airmata pun bermula ummi lah yg serabut kepala...


Ada beberapa rutin kekeluargaan yang ummi rasa boleh  memberikan  rasa ketenangan perasaan dalam kehidupan seharian ummi bilamana ;
 ; berpeluang dapat solat berjamaah dgn abi dan anak2
 ; setiap pagi tak membiarkan abi dan kakak pergi kerja dan sekolah dalam keadaan perut kosong dan lapar walaupun cuma roti bakar dgn telur separuh masak atau roti sapu mentega bersama susu..
; setiap pagi dapat bersalam, cium pipi, dahi dan berpelukan dengan abi dan kakak sebelum kerja dan ke sekolah
; setiap kali ketika sedang sikatkan rambut dan bedakkan kakak dan adik selepas mandi
; ketika dapat suapkan kakak dan adik makan bergilir2 dengan wajah kesedapan walaupun cuma nasik dengan kicap dan telur goreng
; setiap kali tengok kakak dan adik makan dengan banyak
; setiap kali melihat wajah kalian sedang nyenyak tidur
;setiap kali melihat kalian ketawa dan sehat gembira..
dan setiap apajua nikmat yang Allah berikan ini syukurlah Alhamdulillah...




February 13, 2013

Bismillah.

Alhamdulillah ummi telah melaksanakan impian ummi untuk menyusukan Ziyad sepenuhnya 2 tahun dan masih lagi sehingga kini.
Syukur ke atas kesemua rezeki hanyalah dariNya, penghargaan buat Abi,keluarga ummi, Aja, Mama Tasya & Papa Faizal, Cik Mah dan sokongan dari teman2 semoga Allah akan membalasnya.

February 12, 2013

February 5, 2013

Tak ada niat ummi dgn abi pun nak jadikan benda tu sesuatu yg penting pada ziyad. Asalnya saja la nak tunjuk mainan2 kat mall tu bagi ziyad tertarik dan tak mengaruk bila ikut kami berjalan.

tak sangka melekat sgt dgn superhero kanak2 ni. Kalau lepas mandi bgtau nak pakai baju 'men' baru la semangat nak pakai baju.

selipar pun nak men, baju nak men, pantang nampak men, gaya tangan nak keluarkan spiderweb tu pun dah macam spiderman.pantanglah nampak men dia meloncat lah!

sekarang ni dok asek gaduh ipad dgn ummi nak tengok youtube men. mmg takde peluang la ummi nak pegang ipad kalau dah dapat kat ziyad.bila tak bagi menangis macam sedih ya amat.

jangan sampai ke beso la ziyad. hiburan semata2 ok. nnti carik superhero yg bermanfaat.