October 28, 2012

Ada apa dengan Bangkok?


Nak buat ala-ala travelog rasanya macam malas sebab ambik banyak masa nak mengarang hehe..ummi dok sini pun baru 2 bulan jadi belum cukup ilmu dan pemerhatian tentang Thailand dan Bangkok khususnya untuk dikongsi dengan peminat2 ummi. Apapun dengan sedikit pengalaman yang ada ni boleh la ummi tepekkan sikit2 buat kenangan.


Jom kita make it short n sweet simple hehe




  • Shopping memang Best (SANGAT)!
terutamanya bagi golongan seperti ummi ni yang tak mementingkan jenama mahupun standard.. oh oh oh sila lah bawak duit banyak2 kalau nak datang sure mata rambang dan buntang semua benda nak beli ngeh3 katakan saja, kebanyakkannya pasti ada di sini.
Ada banyak kali ummi rasa nak menangis nak menitik air mata air hingus semua bila tengok barangan depa dan harganya huwaaaaaa...belum tengok lg camana ummi tawar harga dengan depa hehehe korg mesti tak percaya...














  • Tempat bersejarah dan tempat menarik banyak untuk dilawati.
Walaupun tak tertumpu hanya di Bangkok, tempat2 diluar Bangkok yang berdekatan banyak yang boleh dilawati.
Maaf cakap, bila dah mai sini-org luar dok tanya apa yg menarik dan best di Kuala Lumpur? i'm speechless...rasa2 macam tak ingat apa yang boleh dibanggakan melainkan twin tower, jalan masjid india hihihi...kat luar Kuala Lumpur baru ada..Cameron Highland, Pulau Redang,Perhentian,Langkawi, errkkk mana lagi ek...
  • Land of Smiles.
Kebanyakkan mereka sangat bersopan dan lemah lembut, sukakan kanak2 dan suka membantu.


  • Mereka tiada kereta nasional, mereka ada teksi motor & tuk tuk macam ni hehe..


Hanya kereta import terdapat di sini, maka kereta besar2 belaka..majoriti nya adalah jenama toyota, kemudian nissan, mazda, honda & lain2..teksi mereka majoritinya adalah Altis  standardnya dan sangat berwarna warni pula.





  • Peluang pekerjaan amat banyak untuk rakyat thailand sendiri
Tak pernah lagi ummi jumpa Pak guard mereka org indon mahupun bangla ataupun nepal. Semuanya rakyat tempatan mereka sendiri.Sehinggakan di setiap emporium bertaraf sederhana besar dan besar2, ada tukang bukak pintu untuk semua pengunjung. Tukang sapu dan kakak cleaner adalah semuanya penduduk tempatan yang muda dan cantik bertaraf model pun ada..


  • Rakyatnya sangat rajin meniaga dan tak malu berusaha
Berniaga adalah sumber pencarian utama mereka di bandar besar ini.Di jalanan bertaraf Bukit Bintang dan Mutiara Damansara contohnya tetap ada stall2 sempoi seperti chinatown tempat mereka carik makan. Di jalanan pun mereka mengusung mesin jahit untuk menjahit pakaian. Di jalanan jugak mereka menjual makanana dan bunga2an.




Jahit ye kak
  • Wanita & gadisnya cantik2, seksi dan menggoda. 
Kalau tak memakai skirt pendek paras atas paha bukan gadis Bangkok namanya. Dengan rambut lurus panjang  dan kulit selembut sutera fuhh..memanglah gadis dan wanita thailand terkenal dengan kecantikannya dan 'perniagaannya' yang terkemuka di dunia.
Ya Allah semoga suami2 kami tetap iman dan dapat menjaga pandangan dari godaan2 luar kat sini  Amiinn (hihihi seriauuuu)


  • Produk mereka MADE IN THAILAND sangat berkualiti, kreatif dan terpuji.
Antara yang ummi suka dengan produk mereka, Beras Siam murah dan wangi, periuk Zebra   bermutu tinggi, textiles diorang sangat cantik dan menarik tertarik, barangan rumah bermacam2, barangan elektrik murah dan banyak pilihan, periuk tefal (buatan france tp harga best disini),houseware,kitchen ware, haih ntahlah susah nak cakap.Ini belum lagi sampai ke Jepun dah rasa kagum.Jepun lagi terkenal dengan produk yg bagus2 dan baik.
Kalau ada apa2 pameran dan fair kat sini memang tak sah kalau tak membeli.


  • Tandasnya putih dan bersih 
Ye betul, setakat ni ummi tak de jumpa lagi tandas yang kotor..putih bersih.tak percaya?mai kita carik kot ada pasni..Cuma ummi jarang la guna tandas kalau kemana2 kalau tak urgent sbb majority dalam tandasnya tak ada paip air  kecuali kat sinki errk... nak ambik wudu' dan basuh poo poo ziyad pun kat sinki hehe nasiblaa labu..
  • Rakyatnya jujur dan bernilai murni
Dah banyak occassion kami rakyat malaysia tertinggal beg, tertinggal telefon di lobi dan bilik hotel tempat bercuti, tertinggal stroller quinny semalaman di kedai makan, tinggal telefon canggih di meja2 office dan banyak lagi..barang2 tersebut akan masih ada ditempat asalnya malahan pihak hotel di Chaam sudi memulangkan dan mengeposkan semula ke kediaman kita dengan selamatnya..
Sifat terpuji itu boleh dikesan oleh kita orang luar yang baru dok sini sekejap jer..Hopefully benarlah telahan ni kan.


xxxxxxxxxx



Ok ok, Abi dah panggil soh siap2 nak gi makan maklumlah semalam Abi dah gajian, hari untuk makan luar hehehe orang dapur pun nak mintak off day setiap Ahad boleh tak...








Sapa mai sini kenalah singgah Usman Restaurant kalau nak rasa Tomyam Thailand yang piow pure & best ye.

Apalagi? Jemputlah datang ye kwn2.:)


Ok, travelog akan bersambung lagi pada masa akan datang,insyaallah..

Apapun, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, Malaysia kita tetap di hati hehehe..
Rindu pulak pada rumah dan Dugong..
Apa khabar kalian agaknya..

October 23, 2012

Assalamualaikum..

Ziyad,
Hari ni ziyad genap satu tahun 10 bulan @ 22 bulan.

Kakak,
Isnin depan, kakak genap 5 tahun 4 bulan.

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

Sepanjang tempoh tumbesaran kalian, tak semuanya dapat ummi ingat mahupun rakamkan.
Ummi tak mampu mengingat kali pertama dan terakhir gigi kalian yang tumbuh,ummi tak rekodkan berapa ukur lilit kepala dan panjang kalian setiap bulan, ummi  tak mampu mengingat berapa haribulan kalian mula berlari dan berjalan...
Banyak lagi perkara yang ummi tak sempat nak rekodkan dalam diari kehidupan kita..

Tak mengapa kan?
Ummi biarkan semuanya berlalu mengikut fitrahnya..
Dalam sesetengah perkara, ummi jadi begitu detail dan particular,
dalam sesetengah perkara lain, ummi jadi terlalu lenient dan bersahaja...
Tu lah dia..ummi masih belajar dan akan terus belajar menjadi seorang ibu...
Ummi berdoa semoga ummi dapat membesarkan kalian dengan baik, walaupun tidak sempurna namun doa ummi kalian dapat menjadi ahli syurga insyaAllah..









Princess Amierah!

Kakak buatkan crown untuk prince Ziyad!

Dah nak sama besau dah tu..


Selamat membesar sayang!


October 22, 2012




Life will never be the same.







October 19, 2012

Ummi panggil2 awak tak sahut.khusyuk sgt tengok katun.


Aik dah kluar bintang2 dah tuuu...

Tido daa rupenya dia.....sian anak ummi penat tngok tv yer




October 13, 2012

New Addiction




Koleksi Bakul dari Chatuchak


Pilihan kakak
Masaelahnya ummi tak tau nak bubuh apa dalam dia
Baru siap semalam!
Bakul bubuh roti


Koleksi


Best jugak buat decoupage ni sambil2 isi masa yang ada. Lega bila tengok dah siap. Pasni nak mengerjakan bakul2 besar kat atas tu pulak- makan hari jugak tu nak menyiapkannya!

Yang penting,esok nak gi Chatuchak lagi.
Nite.

October 6, 2012

Thank You Party (International Fair)


Demi menghargai penduduk2 di sini,pihak pengurusan Chatrium Residence Sathon telah menganjurkan  sedemikian event untuk menggembirakan kami semua (ambik hati) dan berkenal2an dgn mereka2 disebalik tabir pengurusan yang tip top neh.

Party di buat kat poolside yang cantik dan relaxing!





Bahan2 untuk pertandingan somtam disediakan

Satgi pertandingan somtam start


Pendaftaran untuk lucky draw











Masak Phad Thai (kuew teow)

Ini je yg boleh makan 

Dan phad thai ini 

Antara residence

Big Boss depa

Barisan TOP Manager








Nak masuk pertandingan lambat hantar form, amik gambo je laa

Pool Side

Oleh sebab makanan yg disediakan takde jaminan halal, maka cuma makan roti, phad thai dan buah2an je laaa ...alhamdulillah tetap kenyang..(sbb kat rumah dah melantak makan stew dgn roti hehe)

Thanks to all of you yang menjayakan event ni!