July 18, 2012

Ni bukan nak jual buku atau majalah yang tak guna dah. Ni lah dia antara barang2 yang kita bawak gi sana..
Majalah dan buku2 tu daripada di buang, elok lah di hantar ke Siam untuk mengisi masa ummi yang terrrrluangg hehehe..boleh la umi khatam dari kulit ke kulit nanti yer..jangan risau dengan berat barang2 sebab kita diperuntukkan hampir satu kontena . Nak bawak satu rumah pun boleh...

Tupperware is a MUST. Mesti bawak ni ok, buatpe nak tinggal dok dalam cabinet dua tiga tahun tak guna. Jangan nanti kena makan tikus huhu..Rugi dah beli banyak2 tapi tak guna isyk isyk isyk...ummi bawak separuh je, separuh lagi tinggal kat rumah.. sebab dah segan dengan mover tu dok tengok apakebenda la macik ni bawak benda banyak sangat, apa nak meniaga ke hehehe

           
ok, setiap satu barang dia akan bungkus molek2 hingga sebotol sos/kicap tu siap boleh timang2 baling2 lepas dibungkus hehe..


Sikit je kain baju yang umi punya. ini je, sikit kan?
Antara stok yang sempat di beli..
Ok visions pun kena bawak jugak pasal nanti nak masak2 untuk you olls kan...
Jadik macam ni dah visions ummi...
Semua sekali 26 kotak sahaja, 20 melalui penghantaran laut , 6 lagi udara..
Selain tu, barang anak2 lah yang banyaknya, baju2,mainan, makanan, dll..
Tiga pekerja terlatih dalam 3 jam semuanya siap.
Sedia untuk berangkat.Kita berjumpa di Siaam.....
Senang gak bila ada bantuan mover macam ni,.letak semua barang kat tengah rumah. Everything dia akan pack, wrap, seal dan tag kan ikut kuantiti dan jenis barang.Professional sgt.
Sekali umi pun tergeraklah nak tanya dia kos untuk penghantaran barang macam ni, berapa agaknya yer...eerrrr......tanya lah kut2 esok nak pindah rumah boleh la guna mover yang sama, kan....
Dengan tersenyum kelat dia pun kata, kalau macam barang akak ni lebih kurang dalam xxx la kos dia... hehehe tersengih2 je laa akak kan....


July 17, 2012

Seminar Celik Momz
bersama Prof.Dr.Muhaya
Auditorium JAKIM, Putrajaya
14 Julai 2012

Alhamdulillah...syukur nikmat.
Pengalaman yang tak ternilai.
pengisian yang sangat menyentuh jiwa keibuan dan kewanitaan.

InsyaAllah, semoga ilmu dan pengalaman ini diberkati, berkekalan dan menjadi amalan.
Doakan ummi dapat memikul amanah ini.


Lebih dari 800 peserta hadir terdiri dari golongan wanita majoritinya.
Alhamdulillah,terlalu banyak ilmu dan pengalaman untuk ditimba.
Nora dijemput ad hoc menyumbang suara.
Ibu2 yang dahaga ilmu..
Nad & Yat...yg comel :)
Tetamu jemputan, Yatt dan Farah
Prof.Muhaya dan anaknya Dr,Atiyah berkongsi ilmu dan pengalaman.

July 9, 2012

Mungkin ada beza perasaannya, bila pergi sesuatu tempat tuk bercuti, atau untuk mengisi satu jangka masa tertentu dengan kehidupan di situ.

28 Jun 2012

Hati dah mula rasa  teruja dan berdebor.
Ketika berada di awan putih, barulah mula percaya bahawa kita bukan bermimpi. Yes Nad, its true.

Dari awan melihat ke bumi Siam terasa begitu hijau. Sangat tersusun dan terancang bentuk mukabumi dan susun aturnya kelihatan kemas. Dalam pada tu mata masih tercari2 mana dia kesan2 kebanjiran yang pernah melanda siam.Seakan tak kelihatan.

Lebih kurang 2jam sampailah kita  di  Suvarnabhumi Airport.
Tak dapat tidak terus membandingkannya dengan KLIA.
Sapa yang boleh menidakkan keindahan KLIA kita. Mulalah rasa rindu pada Malaysia. [Ngada2].

Urusan pasport,bagasi dan teksi limo Abi uruskan. Ummi masih blur dok  melilau memandang kiri kanan cuba mencari mood yang berterbangan.


Perjalanan ke Sathon mengambil masa lebih kurang 45-50 minit sebab jem diwaktu petang hari bekerja.Kalau tak jem, dalam 25-30 minit saja.Sama macam jarak dari Sg.Buloh nak ke KLIA  bezanya kita lalu smooth highway.

Pemandu limo agak brutal tapi cekap. 2 kali bayaran tol. Kesesakan di Bangkok agak hebat. Kakak duduk belakang diam2 dan mengamati perasaan naik van limo panjang.


Sesampainya kita ke lobi  lebih kurang  waktu maghrib. Selesai urusan kunci dan beg2,
tiba masanya yang ummi tunggu.

Bismillah...Alhamdulillah...

Memandangkan inilah yang dekat dengan sekolah dan rumah urut  beberapa kemudahan awam, Abi memilih  Chatrium Residence Sathon. Alhamdulillah.. tidak besar mana, namun cukup buat kita seisi keluarga.Wajib bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga.

Malamnya, kita ke destinasi pertama untuk makan malam di Restoran Cili Padi..

Selama baru lebih kurang 4 hari ,apa yang buat ummi terasa sgt di jiwa..

1.  Terasa berada di Chinatown. Gadis2 nya macam dalam sinetron Thai :)
2. Sukarnya nak jumpa kedai makan halal kat mana2..apatah lagi nak jumpa makanan2 kegemaran kita huwaa....sgt terkesan sbb i suka makan!
3. Tak best tengok channel Siam...subtitle pun siam alahai....tak berselera.:P

Time nilah bila membeli belah hatta nak beli roti kosong dan tepung pun tercari2 tanda halal..
Amierah pun dah faham, dia dah mula  belajar apa itu halal.Dan sangat excited bila nampak logo halal.


:)









Pagi ni,ummi dapat tau hajat ummi yang satu tu, mungkin semakin jauh untuk digapai.:))
Lalu,ummi bertanya sendiri  lantaran apakah ummi berada di sini pada ketika ini?

Jawapannya, kita hanya merancang. End result Dia tentukan. Ummi hanya cuba dan berusaha mana yang ummi mampu usahakan, andainya ketentuan Dia, belum rezeki ummi kali ini, mungkin rezeki dalam bentuk lain,mungkin ditangguhkan untuk menguji kesabaran ummi, insyaAllah ummi akan terus sabar. Sekurang2nya ummi mencuba..agar tiada kesalan bertapak di jiwa.Selebihnya, bukan lagi kemampuan kita..Terima kasih Abi sebab beri peluang, pasti ada hikmah disebaliknya.Harap2 yang baik2 buat kita..
              







July 8, 2012

                                                                 Untuk abi with love!

July 4, 2012

Takziah buat temanku Norhatini @Tenet atas pemergian ibunya Ahad lalu.InsyaAllah doa  kita dan anak2nya yang soleh dan solehah akan sentiasa menemaninya.Amiin.

Tahniah buat temanku Muzlina @Muz atas kehadiran cahayamata pelengkap kehidupannya Musyrif bin Mahadhir.

Tahniah buat temanku Iffah & Mad atas kehadiran peneman Adib Zaidan, Ahda Zuhdi bin Muhammad.

Pesanan ummi pada baby2 ni, pilihlah susu ibu iaitu susu terbaik dalam dunia  ok hehe..\
Kuatkan semangatmu teman2ku!


July 3, 2012


Ramai yang tak tau apa status ummi sebenarnya.Bukankah sekarang we all dah  hihi byebye  dan sedang lena mengulit mimpi dan mengira rambut hahaha dasyat tau ingat akak tadek keje ke dok sana hihihi..

Bagi yang belum tau tu, in fact ummi kini telah kembali berada di tanahair kita (hehe macam artis glamer jer gayanya..(yeay sapa yg nak jumpa nak peluk cium dan belanja makan  tu sempat lagi sila lah ye).

Atas sesuatu faktor yang agak pening untuk dijelaskan, ummi terpaksa kembali ke Malaysia bersama anak2 buat sementara, meninggalkan Abi di sana dan ummi di sini bersama anak2. 
Ummi perlu menyelesaikan beberapa perkara URUSAN SERI PADUKA BAGINDA..
 
Gambaran seorang ibu membawa anak comel 2 orang menaiki flight BKK-KUL selama lebih kurang 2jam ++ dengan 2 buah beg galas dan 1 bagasi,  fuhh Alhamdulillah, dapat ditempuhi dengan senyuman..lenguh jugaklah tangan dan berpeluh jugakla baju walaupun dalam kedinginan aircond dalam flight & airport...

Berkat doa Abi, kami selamat pulang dan dijemput oleh Atok dan Ateh dari kampung yg tak sampai hati tengok ummi yang comel ni ditenggelami budak demok yang aktif. Thanks Ayah, i love You!

Kini ummi masih bekerja dan menjadi 'ibu tinggal 'bersama anak2 dan mengisi hari2 dengan aktiviti biasa.

InsyaAllah, we are counting days  now untuk kembali bersama semula.Setiap malam sebelum tido ummi mengira hari dengan kakak yang asek tanya, "berapa malam lagi kakak kena tido Mi,lepas tu baru boleh jumpa Abi??" Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.


Apapun, ummi nak note kat sini bahawa ummi sangat menghargai pengorbanan setiap ayah/ibu/ tinggal/tunggal yang terpaksa berpisah keluarga atas apa jua sebab.

Kita sangat sangat beruntung Allah izinkan dapat bersama dekat dengan keluarga, alangkah ruginya kita tak menghargai dan  menggunakan masa yang ada dengan sebaik2nya.

Perasaannya? Silalah bayangkan anda membuat kerja2 dengan sebelah tangan sahaja kerana sebelah tangan lagi tidak bersama kita.
Kuasa Allah tiada siapa mampu menjangka,namun apa yang berada di hadapan harus ditempuh dengan cara yang baik, insyaAllah.Niat kan bertemu dan berpisah kerana Allah jua.

Maka, hargailah pasangan kita sebaik2nya selagimana Allah meminjamkan dia kepada kita...
Dalam apajua keadaan pun,sentiasa berazam untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik buat suami dan anak2.insyaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dalam jagaanNya setiap masa.


Since ummi rasa ada banyak masa sekarang,kejaplagi nak menceceh lagi.


 


July 2, 2012




 “Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang ketika musibah, mereka berkata; Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” 

                                                        Al-Baqarah ayat 155,

Daripada Aisyah RA, Rasulullah bersabda: 

 “Sesungguhnya orang salih akan diperberat (musibah) atas mereka. Dan tidaklah seorang mukmin tertimpa satu musibah, seperti tertusuk duri atau lebih ringan daripada itu, kecuali akan dihapus dosanya dan akan ditingkatkan darjatnya'
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, al-Hakim dan Baihaqi).



Dear Mr and Mrs Mohd Tamam
I am delighted to inform you that we are able to offer a place in Year 1 at Shrewsb***y Inter**tional School for your daughter Amierah Humairah starting in August.
In a few weeks we will send the confirmation letter and other paperwork to you. Can you please let me have the address that you wish these letters to be delivered to.

My very best wishes
Heather
 
 
Heather Pr***n, Director of M*****
Shrewsb***y Inter**tional School
19*** Charoen Krung Road, Bangkok 10****, Thailand
 via email.


Alhamdulillah,
Amierah berjaya ditempatkan di sekolah yg berprestij ini. Katanya top 3  di Bangkok.Ntah le.Tapi dari apa yg ummi tengok tu, mmg laaa kan.. seeing is believing. Jauh beza la sgt dgn sekolah2 Ummi dan Abi dulu...

Frankly, haritu ummi cakap dgn Abi, ummi rasa kakak tak lepas ni assesment dia.Abi kata, takpela, give a try since dia dah panggil untuk datang assesment kan. Dahla kakak tu very shy girl, nak bukak mulut pun macam ada emas.kena dapat dengan org yg dia selesa baru boleh bercakap...dah tu, masa kena interview tu kakak dtg dengan bertudung.kalo dia prejudis mmg dah kena reject.Bila kena  tanya2 pun bulat je mata kakak tengok dia macam nak fahamkan apala yg Mat Salleh ni cakap laju sangat hihi..

Dia bawak Amierah masuk satu bilik utk interview dan ujian bertulis kut nak pastikan Amierah melepasi tahap yang diperlukan.Bezanya sekolah ni dengan international school yg lain adalah, demand untuk memasuki sekolah ni terlalu tinggi so apapun tertakluk kepada qualification dan kekosongan yang ada.

Cumanya, lokasi sekolah ni agak jauh sikit dlm 15min dari Sathon dengan keadaan jem bandar Bangkok.Ada shuttle van disediakan.Cuma, taktau la kalau dari sana tu, reti ke kakak nak tunggu van sorang2.Takut salah naik van tah memana plak peginya dia nauzubillah.She's still young utk naik van sorang2 kan..dah la kat tempat asing.

Satu lagi pilihan adalah NSIS Inter**nal School Sathon.Bebetul sebelah rumah kita.Ummi boleh hantar dan jemput jalan kaki pegi balik.Ini tak ada masalah dgn admission sebab tak perlu qualification. Cuma ada bible teaching sbb Christian School dan mungkin tak se grand Shrewsb**y. .Yang bible teaching tu nak kena adjust macamana.Kalau boleh nak mintak kakak di kecualikan dari kelas tu lah.

nantilah,ummi dan Abi timbang2kan beberapa faktor lain sebelum enrollment Ogos nanti.
Hari ni, Abi start keje di tempat baru,
All the best to you Abi!Semoga cepat dapat sesuaikan diri dengan keadaan kat sana..