June 30, 2012

Selamat ulangtahun kelahiran,anakku.semalam genap kakak 5 tahun..kali ni sambutan kita agak berbeza.ummi minta maaf, tak ada kek dan jamuan meriah buat kakak, tak capai hajat kakak nak sambut disekolah dgn kawan2 dan bungkuskan goodie bag untuk teacher dan semua, sebaliknya kakak ada interview dgn teacher baru kakak.teacher englishman yang buat akak blur tak faham dia cakap apa hehe...ummi bangga bila teacher buat assesment test kat kakak, teacher kata kakak boleh menjawab soalan2 yang dia bagi, kakak boleh faham arahan dia, wp cuma yg basic, sekurang2nya ia satu permulaan yg baik. Kemudiannya kita manfaatkan masa seharian semalam dgn pelbagai aktiviti.nanti ada masa kita cerita lagi k.pagi ni abi jemput kawan2 dtg rumah utk sarapan,niat kami tanda kesyukuran untuk penghijrahan kita dan untuk kakak sekali ok.ummi nak masak nasik lemak untuk kawan2 baru kita, jenuh carik bahan masak pagi ni kena cari asam jawa pulak hihi.. Oh ye,sebenarnya Awan ada belikan kakak kek princess wane pink tapi syangnya dah tergolek masa dalam flight kelmarin sian kakak tak merasa.since kita tak jumpa lagi kedai kek halal kat sini.--apapun ummi nak bgtau, ummi dan abi sayangkan kakak selamanya dan kita sama2 doa, Allah izinkan kita sekeluarga dapat bersama lebih lama dan sama2 menjadi ahli syurga kelak insyaallah..
Love,
Ummi,
Bangkok.

Ni antara aktiviti kakak hari ni yang sempat ummi rakamkan.kakak enjoy dan happy yg pastinya.

sarapan pagi kakak
petangnya kakak swim
sempat main @clubhouse
itu bukan abi ye
kakak teruja
magrib,kita carik brg dapur

June 14, 2012

Bagi yang belum pernah melalui pengalaman itu, jgn sekali-kali menidakkan kewujudannya.
tidak mustahil, dengan izin Allah,  ia akan singgah kpd kita atau sesiapa disekeliling kita.


Sama2lah kita mencari ilmu berkenaan dengannya, bukalah hati untuk cuba mendekatinya.Ilmu perubatan dan perawatan secara islam..

Mudah2an ada manfaat daripadanya,jika bukan hari ini mungkin esok lusa.Siapa tahu. Wallahua'lam.

Antara yang  boleh ummi kongsikan,




dan banyak lagi, boleh usahakan link2 yang berkaitan dengannya.
insyaAllah, ada sesuatu yang kita akan temui nanti.

June 11, 2012

Hari ni hari baru.
Keluar awal sebab tau jalan akan kembali sesak.
Balik dari kampung semalam, dan sempat menyelesaikan misi kita di OU.Alhamdulillah.
Diana dan keluarga sanggup menunggu sampai ke petang semata2 nak berjumpa di DC.Thanks Diana.Really appreciated it!
Diana ni kawan ummi sejak di Tadika KEMAS lagi.Childhood friend. Rumah pun dekat dekat nun kampung sebelah.Kami jadik macam belangkas sejak dari itu sampailah ke darjah 6 mesti akan duduk sebelah menyebelah dalam setiap kelas. Semua tau kita rapat. Dulu darjah 1 pakai kain skirt warna biru. Kalau rehat, akan duduk atas rumput tepi kolam masing2 bawak bekal kita makan sesama.paling tak leh lupa, sambal yg arwah ayah Diana masak mmg sedap.Setiap kali balik sekolah akan naik basikal sesama beriringan dan setiap hari akan singgah beli air tebu satu plastik 3posen kat Pt.No.4. Selalu lepak rumah dia main sesama naik basikal.main pramugari,main getah, ting2 dsb.
Sampai skrg wp jarang jumpa tapi kita kekal rapat dan saling memahami.Now Diana kerja  di Mahkamah Tinggi Muar.Tak sangka kita masih satu aliran wp jobscope berbeza.
Tahniah Diana utk anak yg ke tiga.Kali ni tak sama baya anak kita.tak sempat kejo hang dah jalan dulu hehehe...Semoga berbahagia Diana dan keluarga.
Kalau  nak tau, aku tak pernah lupa banyak kenangan kita sesama...in fact, kaulah teman aku yg paaaling lama since masa kita kecik2 dulu, dan masih setia hingga sekarang..Thanks babe.


Tak berapa lama lagi, harinya akan tiba.
18hb  buat home search. 25hb Courier datang.
Kalau ditanya persiapan ummi,masih tak ada apa2 lagi persiapan yang ummi buat.
Hanya passport dan visa.
Rumah masih begitu.Kerja masih begini.
Situasi masih samar.Gara2 meeting yang dipostpone. 'sigh'

Deep freezer dan motor Abi telah di let go beri pd penjaga baru..Thanks berbanyak korang..berbaktilah dengan baik dan taatlah  pada tuanmu yang baru.. ummi sayang korang!

Teringat waktu sentimentel, bergenang jugak saat kereta tersayang dilepaskan. Sebak.Kereta yang telah banyak bersama menyaksikan pelbagai peristiwa. Dia telah begitu setia sama2 menyusuri banyak jalan kenangan.
Semoga mendapat penjaga baru yang lebih baik. Ummi harap satu masa nanti kita akan bertemu lagi dalam keadaan baik, sebagaimana baiknya Abi menjaga dia..

Masa depan tak terjangkau. Banyak mana kita merancang- end result DIA tentukan.
Kami akur ketentuanMu.

June 9, 2012


Akhirnya...dia dtg jua.
9/6/2012






June 5, 2012

Terima kasih Ayah, Apiq, Wan, Mak, Ayah, Long, Bang Long, Adik dan anak2 sedara Mak Uda- Una,Hasanah,Anas dan Hanan.

8 hari berturut2 rumah kita dikunjungi tamu.

Hari ni, setelah semuanya pulang, ummi rasa sunyi.Rumah ni jadi sepi.
Dengan hiruk pikuk kemeriahan sehari2 kini tinggal suara tv, suara ummi dan adik.
Kakak pun dah ikut Atok Nenek balik Melaka gi umah Mak Long. Sunyinya ummi tanpa kakak kat rumah ni.Harap baik2 saja kakak dengan kak Una dan Hasanah.main baik2 jangan gaduh2 k?

Achu Apiq dah selamat mendaftar diri utk training di Kem askar @ PD. Unexpected always happen kan. Proud of you Apiq!Doa akak dan Abg E akan bersama Apiq.Maaf tak dapat menghantar,keadaan kesihatan tak mengizinkan..Jemputan  Saufi, Gjoe, De'qan, pun tak dapat dipenuhi kali ni.Doakan semuanya baik2 spt sediakala.




kakak, ummi missed u already!!

                                                    Love you sayang.