April 23, 2012






Inilah antara majalah yang ummi nanti2kan kemunculannya di pasaran sejak di sebut2 oleh Ust.Pahrol & Ust.Zahazan sebelum ni.

Ummi dah beli kelmarin. (Alhamdulillah).Dah baca sekali lalu belum khatam lagi hihihi..(dush2)..Insyaallah..
Dapat pegang pun dah rasa legaaaa sgt.

Dalam dia berbentuk soal jawab isu-isu agama dari sekecil2 isu sampai lah yg besar2 oleh Ustaz2 dan Ustazah yang Arif dan Alim. Memang Muktabar.
Contoh:  Hukum menonton wayang,   dan banyak lagi.

Eh Ust.Don, Ust Azhar Idrus pun ada?

Sama2 dapatkan di pasaran! Harga RM 9.90.

April 17, 2012



NILAI SEPASANG KASUT



Malam tadi ummi perasan kakak susah nak tido.terpusing kanan terpusing kiri.mata bulat terkebil2.
kejap peluk selimut.kejap tarik tgn umi buat peluk.
Ada yg tak kena ni.Selalu kakak tak sampai 10 minit dah lena.Ini dekat satu jam kakak belum mau tido.Ummi layankan adik sebelah tangan.

Kakak, napa tak tido lagi ni. kan esok kena bangun cepat, kakak nak pegi rombongan,kan?

Mi, kakak nak pakai kasut baru kakak lah..

(MasyaAllah..itukah sebabnya kakak?)

Kasut baru? ye laah, esoklah kakak pakai  nak pegi sekolah.Kan dah malam ni, takkan nak tido pakai kasut.

(Kakak diam). Terus pusing mengadap Abi.
Lama2 dia pun tido.


Kesian kakak. Begitu rupanya keterujaan dia nak pakai sepasang kasut baru.
Betapakah nilainya sepasang kasut baru buat anak ummi sehingga tak dapat tidur malam, sedangkan bagi ummi ia hanya sepasang kasut yang dibeli  ptg semalam untuk tujuan pegi rombongan sekolah.
Kakak buat ummi terfikir2 bila bangun pagi.


Sesuatu perkara, samada baik atau buruk yang kita lakukan, kita fikir ianya kecik namun hakikatnya nilai dan kesannya mungkin besar bagi orang lain tanpa kita sedari.
Terima kasih kakak.

April 16, 2012

 Bahagia:

Bahagia apabila melihat orang lain Bahagia.


Untuk Bahagia;

Membahagiakan orang lain.
Pasti Bahagia akan datang sendiri kepada kita.


"Orang paling bahagia ialah mereka yang merasa bahagia melihat orang lain bahagia.
Kebahagiaan di dalam hati kita, jadi buatlah keputusan untuk bahagia.


Bahagia dengan Allah, maka manusia lain juga akan merasai kebahagiaan dengan kita. Apabila kita dapat kasih sayang Allah, akan dapat kasih sayang manusia,InsyaAllah.."

(Prof.Dr.Muhaya)


 **     Bahagiakah kita?   **


April 10, 2012

SEMINAR BAHAGIA & MEMBAHAGIAKAN
BERSAMA PROF DR.MUHAYA
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA
8 APRIL 2012

DJ IKIM jadi host, DJ SITI

My dear sister, Adibah

Adibah Chie yg manis


Adik Putri yang comel


Prof  Dr. Muhaya




Nora, ibunda kepada Putri


Senaman manja untuk lebih kurang 700 orang peserta


Cucunda Prof pun menyanyi sama :P
Jom eksperimen betul tak apa yg Prof kata

Dunia dalaman menentukan dunia luaran!!

Sedaap..

My Role Model

happy ;)





Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Terima kasih Adibah Chie, buka jalan untuk akak mengisi jiwa dengan santapan rohani sebegini.

InsyaAllah, sama2 kita ingat amanat dan ilmu yang telah diperoleh ini supaya kita lebih Bahagia dan Membahagiakan.
Sama2 kita berpesan ye.InsyaAllah.. 


(**Nanti seminar masa bulan 6 kita ajak encik suami ye)
Alhamdulillah,
Rezki i minggu lepas, hari2 ada org blanja makan tengari..macam tau2 je poket dah nak kering kuikui..
Hari jumaat lepas, OKB2  (orang kayo baru) telah bersepakat untuk menjamu kami, mengambil berkat hari Jumaat dan kenaikan pangkat masing2.
 Alhamdulillah kerna kalian sudi berkongsi rezeki.Semoga Allah menambah rezeki lagi,Amiin..
Doakanlah supaya kita pun dapat berbuat yg sama bila tiba masanya nanti, InsyaAllah-kan Tenet???hehehe

Dalam pada tu ambik kesempatan untuk Re Union teman2 tersayang..
Jom layan.

Meh la cepat Nad amik gambo...hahaha kecoh arrr

Perut mana paling gebu ahaksss

Ini budak kan ponteng skolah seminggu tau!!!

Tengok je,pegang x bleh haa

Antara jemputan

Tercapai hajat mak buyung nak makan kek eskrim

Sempat ikin enterframe hehe

ala tomei2..

Ada pulak muko terselit

Muz, ko pakai kasut tinggi sgt ke atau kami yg tak tinggi sgt haha

YAM Tg.Amalin  & Midah


Menu kampung


Ngeeee

Inilah tulang belakang & orang kuat MMJ 5, Jehan & Sassi

Akhirnya...kita bersama semula...wp sementara kan

penampilan baru Azah

Inilah penganjur dan penyumbang duit..a.k.a  orang tgh KAYA



Cukup korum

 Cherish this moment!

April 6, 2012

April 4, 2012



Evolusi berkenaan susu ibu dan penyusuan anak, dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang sangatlah menakjubkan.
Dalam Al Quran telah banyak disebut  hak seorang anak untuk disusukan sehingga usianya 2 tahun,  walapun ianya telah banyak diterjemahkan dan diinterpretasikan dalam pelbagai pandangan dan mazhab.

Ummi bukanlah pakar laktasi, hanya seorang ibu yang sedang berusaha dan belajar untuk menjadi  'ibu yang baik',  insyaAllah..

Memang tak mudah..sentiasa rasa serba kekurangan dan ke tak mampuan memberikan  yang terbaik..
Selalu berasa, alangkah indahnya jika dapat melihat anak-anak  membesar sepenuhnya di depan mata.. memberikan anak2 makan dan minum hanya dari air tangan umminya..
Semua itu walaupun payah dalam keadaan sekarang, namun ianya tidak mustahil.
 Ummi akan terus berharap dan berusaha lagi dan lagi..

Dalam banyak2 perkara, tanggungjawab menyusukan anak tidak akan ummi pandang remeh.
Ummi adalah antara ibu2 yang menyokong penuh usaha menyusukan anak dengan susu ibu.
Ummi belajar dari kesilapan dan kejahilan diri sendiri.
Ilmu mesti di cari, jangan berharap ianya akan datang sendiri.
Alhamdulillah, syukur atas kekuatan yang Allah beri.


Inilah antara hasil pumping seharian di ofis untuk Ziyad minum pada setiap keesokkan harinya.Memang tak sebanyak dan tak seberapa namun, ummi yakinkan diri banyak mana hasil yang ummi dapat, sebenarnya ia cukup untuk keperluan Ziyad ketika ummi bekerja.
 Malamnya ummi berikan susu secara terus.














                                         Antara susu-susu  setiap hari untuk di bawa pulang..

Kini, operasi pumping masih terus dan terus selagi ummi mampu.Semoga Allah capaikan hajat ummi dan berikan ummi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan semua anak2 ummi sehingga  2 tahun sekurang2nya..Amiin.


InsyaAllah, yakinlah, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..