February 21, 2012


Sudah besar anak dara ummi :))


Sebelum ke sekolah pagi tadi!
(erk~ dlm beg 'beso' tu sebenarnya cuma ada
 bantal busuk, 
baju utk day care dgn kudapan2 kakak je)





Seminar Anjuran Sekolah Kakak, Reading & Parenting Class
 @ Shah Alam, 11 Febuari 2012


Abi sambil2 breakfast!
Ramai mak bapak yg datang.
Penuh dewan besar ni!

Mak pak pun kena buat demo jadik anak2 jugak.
Happening &  sporting sungguh!



The founder of the Little Caliphs, Puan Sabariah Faridah.
Awesome!

Anak2 4 tahun membuktikan kebolehan mereka membaca & menyanyi..
Kaguum..MasyaAllah..Alhamdulillah....


Terima kasih kepada penganjur.We really enjoyed and appreciated it!!

February 20, 2012

Ok, tengok camera cepaaat....

Ni pun aktiviti hujung minggu gak @ Desa Coalfields!

Amierah with her  Cousins, Husna dan Hasanah!

Ok, hero dah masuk pool. Habisslaaa....Berenang depan rumah pun jaadikk laaah!!
 mari berenang..

Mak Yong Nadey yang dah mabuk2

Masing2 mata blink blink dpt swim!!


Salsabila,Nisrina, Amierah & Kauthar (Tiada dalam gambar, Ujam & Ziyad)

Nadey & Nad

 Ide dgn anak menantu

Alkisahnya, Nadey sms Ummi  kata dah lama kita tak jumpa.Ye,betul tu! Kebetulannya, si kakak Mierah tanya Ummi, dah tak lama kita tak jumpa Kak Nina kan Mi, (dah tak lama means = dah lama tak..) hehe ada masalah tatabahasa di situ. Maka, kita pun apa lagi, bila nak jumpa, jom?
Punyalah masing2 ni sibuk banget, weekend je  full dgn aktiviti, tapi last minute dapatlah jugak plan, breakfast kat kajang then desupp gi Presit 9 Putrajaya.Apalagi bawak anak2 pi swimming la..Apa saja untukmu naakk...

Sampai sana, call Adli, jom pi berenang.Adli sefamily pun datang, debush2 si anak2 mandi.Mak Bapak layankan je.
Pastu kita gi Homestay @ presint 11 pulak.Thanks Adli & Ide.
Jgn lupa plan kita nak buat reunion besar2an ok?

February 16, 2012

Lama kita tak pi bercuti kan Bi?
Cuti yang kena jalan jauh jauh  naik kereta atau naik turun kapalterbang tuuu.

At least ada la jugak kita gi yang dekat2 setakat naik genting semalam dua, dan tempat2 yg tak payah nak bermalam boleh balik hari je,Tempat yang .... "yg penting anak2 gembira" (tagline kita) ..hmm itu pun kira bercuti la jugak kan.

Dan yang penting, every month kita akan balik kampung dan itu pun ummi kira macam percutian jugakla, 3 hari 2 malam setiap bulan kan,...dapat jumpa mak ayah dan keluarga,apa lagi yang lebih bermakna?

Cuma, yg manisnya bila pi bercuti ni pun banyak jugek, bila belek balik gambo2 masa percutian tu barulah rasa feel nya, kenang balik, tunjuk kat anak2, mcm best nyaa lah time tu.Plus, sure dapat banyak pengalaman  dgn berjalan2 dan melihat2 tempat orang, pasti akan membuat kita lebih menghargai apa yang kita ada.Best sgt duduk kat Melesia ni rupanya!


So, hasil perbincangan kita beberapa kali Bi-nampaknya, hasrat untuk bercuti2 Malaysia dan luar Malaysia masih belum diputuskan lagi. Eh sebenarnya tak ada dalam pertimbangan pun kecuali Ad Hoc basis. Adjourne Sine Die orang  jawa kata.

Sebabnya, kita sekarang dah tak lagi menjadikan percutian itu sebagai satu kemestian. Yes, tahun ni kena pegi situ, tahun ni kena pegi sini! hmm dah takde dah dalam list azam tahun baru kita.Mungkin akan datang bila anak2 dah besar sikit, rezeki kita pun mungkin akan bertambah- jangankan setiap tahun setiap bulan pun tak mustahil kan hehehe Over tau!
(Aktiviti yang ada setiap weekend pun tak cukup bagi hihi..)

Maybe, sbb banyak benda yg nak kena difikirkan, di timbangkan., so payah2 sgt kita pun xpayahla pi memana...alangkah bestnya jadik Doremon boleh pi mana2 dgn pintu ajaib dia.

Akhirnya, the best place untuk menggunakan  dan menghabiskan masa  adalah di Desa Coalfields!! Yes, bercuti di Desa Coalfields yeay!! bak kata Dorothy, 
There's no place like Home!!!! betul sangat Dorothy!


So Abi, kita ada banyak perkara untuk tahun 2012 ni untuk difikirkan, dirancang dan masa depan anak2lah yang jadi priority list kita setakat ni, semoga semuanya dipermudahkan Allah insyaAllah...


Sebenarnya, banyak tempat teringin nak pegi..kalau dilayankan mmg tak habis.
Dan lagi, ummi pernah berniat kalau ada rezeki, ummi nak buat Haji/Umrah dgn Abi dulu sebelum pi melawat negara2 lain yang mahal2 kosnya, so doalah supaya niat ini akan termakbul..
 

xxxxxxxxx



Kehidupan adalah buat masa ini dalam keadaan yang Alhamdulillah, bersederhana dan terkawal. Dari segi kesihatan, kestabilan, kewangan, kesenangan, pekerjaan, perasaan,  kesusahan jika ada ,ujian demi ujian, kesemuanya syukur Alhamdulillah...




February 10, 2012



Dulu  X S  sekarang  X X L.
Sila insaf Nad.