December 23, 2011

Selamat ulangtahun kelahiranmu yang pertama, anakanda Ahmad Ziyad.



Doa ummi mengiringi perjalanan hidupmu..
Ummi sayang Ziyad.;)

December 16, 2011

Pagi tadi syok menyanyi duet dgn kakak dalam keta lagu jiwang Pasha ungu dgn sapa tah tu.
ummi suara pasha, kakak suara pempuan.
Mmg happening kita dalam keta kan kak?

Next week kita akan coti seminggu Yippiee!!
Abi jgn jeles, Abi kena keje ok sbb Abi dah xde cuti.
Kami nak balik kampung menghabiskan beras Atok ngan Nenek hihihi..

Lepas tu, tinggal seminggu je lagi.
Seminggu je lagi masa yang ada untuk kakak dan Ummi bersama-sama dalam perjalanan pergi dan balik dari kerja/skolah.

Sejak bayi lagi kakak menemani ummi dalam kereta hampir  setiap hari. Setiap hari.
Bila kakak sudah menginjak dewasa,  boleh bercakap dan berbual lancar, berborak, menyanyi, berteka teki, bersoal jawab, merajuk, melompat, berbaring, makan, minum, melukis, dan semua aktiviti kakak dalam kereta adalah penghibur hati Ummi.

Lately, ummi macam sebak2 sendiri bila ngenangkan pasni kakak dah tak  lagi menemani ummi dan adik..
Bila adik meragam, kakak lah tukang buat lawak nak ajak adik ketawa dan diam..
Perjalanan kita jauh..hampir 90km setiap hari pergi dan balik, macam2 kenangan kita ada kan kak?
Kakak akan bukak kunci pintu untuk adik dan ummi..bila kakak berebut barang  dan bgaduh dgn adik, Ummi yg pening sendiri...

Macamana boleh ummi lupa dan tak sedih hati bila peneman dan pembantu setia ummi dah tak lagi ada bersama ummi pasni.

kakak akan bersekolah baru tahun depan dan tggjawab  Ummi beralih bahu kepada Abi.
Kakak akan menjadi teman setia Abi, penglipur lara Abi. 
Mesti Ummi akan rindukan kakak nnti..

Kakak, Ummi sedih ni..

December 13, 2011

Alhamdulillah.

Tahniah Faiz.
Tahniah Imah Omar.
Tahniah Syarifah Muhaimin.


Saban hari diberitakan oleh mereka akan  kelahiran bayi2 baru, Ummi akan tersenyum sendiri.
Serta merta terhidu bau skin @ kulit  baby, bau bedak baby dan aromanya terbayang di fikiran.
Terbayang lagi di fikiran  kenangan bertarung nyawa mempertahankan Amierah dan Ziyad yang Ummi amat nanti2kan..
Terbayang lagi kenangan ummi berstokin dan jalan mendakap perut ketika batuk... 
Terkenang susah hatinya ketika anak disentuh demam berpanjangan.
Masih ghairah ummi memilih dan membelek segala keperluan anak2 walaupun Ummi dan Abi baju barunya cuma ketika raya.
That is the beauty of having a child..Alhamdulillah..

Indahnya...
Tiada yang pahit nak.Asalkan melihat kalian sehat dan tertawa ceria- tiada yg pahit dalam membesarkan mu.semuanya hilang melihatkan wajah suci tiada cela dan tidak berdosa.

Ummi dan Abi akan sentiasa menikmati hari demi hari bersama kalian selagi hayat dikandung badan.
Akan Ummi hidu bau mu yang wangi dan suci setiap hari, melayan ketawa dan ceritamu yang tak berhenti..
Akan kami cuba dan terus berusaha menjaga dan mendidik, memberikan yg mampu dan terbaik kerana kalianlah harta kami di dunia dan di akhirat ya Allah..

Kau peliharalah kami, anak-anak kami, kedua ibu bapa kami,keluarga kami dan seluruh umat Islam dari api neraka Ya Allah..
Kau berilah kami nikmat hidup berkeluarga dan kemanisan hidup yang kami rasai ini kau kekalkan dan tambahkan lah ia Ya Allah.

December 8, 2011

Aktiviti weekend @ Library Shah Alam

adik pun nak baca

siap bleh duduk bawah pokok


kakak yg suka btanya

kakak cerita kat adik

antara buku2 yg ada

4 level



boleh surf jugak dgn mac

adik kacau org tngok movie

tgh layan harry potter

gym pun ada

stage


layan movie



Abi tak menang tgn

mcm2 ada, dan baanyak lagi.Masuk percuma dan enjoy ler!!!



December 6, 2011

December Babies

Ayra Eriesya & Ahmad Ziyad

Ayra's Birthday Party!
@ Bangi

Ziyad, awat buat muka camtuu..


Esok kawan2 k..

plus 4th Anniversary, congrats Mir & Omzy!

In black-


Happy family

awal hingga akhir, sibuk dgn belOOOn...

Mir buat ni??OMG!sedap k red velvet!

So sweet..

My adorable sista, wawa

My Bff since 13 . Thanks Mir!!!




Adam Rayyan turn 1-year old!
3-12-2011

meriah gila @ PV 12, Lake Condo

Mama  Adam vogue in Red-Adira control ayu haha..Ummi yg debab..

Ramai orang tak muat rumah you!

Semoga membesar menjadi anak yg soleh...penyejuk mata dan hati..insyaAllah..






                                                            Kakak and her new friend


see, ice cream in the making!

ini bunga Mi!

taraaa..my kitchen!

play-Doh in d haus...

December 5, 2011

Selamat pagi pinky.

Pagi ni sempat melawat saudara2 di alam maya.
Mata dan hati telah tersentuh dengan penulisan seorang ibu.
Benarlah..sesungguhnya kata2 yang disampaikan ikhlas dari hati, akan menyentuh hati2 kita yang membacanya..

Apabila kita sedar dan tahu bahawa kita sedang/telah diuji oleh Allah, barulah kita akan lebih menghargai akan sesuatu dan mula mengambil tahu hal - hal yang tidak pernah kita hiraukan.
Barulah terbuka mata dan hati kita, betapa setiap manusia akan sentiasa diuji oleh Nya..dan betapa insan lain telah di uji dgn lebih hebat nak dibandingkan dgn kita...
semata2 untuk kita lebih mendekatiNya dan terus bergantung harap padaNya...

Semoga kita akan  tergolong dalam manusia yang mengambil iktibar dari tiap sesuatu dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, dari masa ke masa.

Insafi diri yang mudah alpa dan nipis imannya...:(