February 23, 2011

Kalau ikut hb 23hb feb Ahmad Ziyad dah 2 bulan lebih sikit.Alhamdulillah.
Hensem boy ummi dah pandai senyum dan tawa nampak gusi.ngeee..gerraamm..
Dalam usia habis berpantang baru Ziyad nampak kelibat orang secara jelas.Sebelumnya bila kita agah2 maybe dia cuma nampak bayang2. Injection kedua belum ambik lagi.2 minggu lepas timbang berat @ Klinik Aisyah  berat  Ziyad dah 5.7kg, mungkin masa timbang lagi time injection 2 bulan nanti dah cukup or maybe lebih 6 kg.


Ummi sedang berusaha membuat stok BM sbg persediaan naik kerja nanti.Mungkin agak lambat sikit maklumlah ambik cuti 3 bulan tu yang suka bermalas malasan.Sebulan yang ada ni akan dimanfaatkan sebaik mungkin.berusahalah!!Seronok tengok perahan susu yang dah beku wp belum banyak.Allah murahkan rezeki mu nak.

Abi tanya macamana prestasi pump yang ummi beli.
Jawapannya, setakat ni alhamdulillah. tiada kekesalan malah mengujakan.Syukurlah.. Instruction pun tak habis baca lagi main tekan je butang2 yang ada kat pump tu huhu, bila nampak susu tu keluar, subhanAllah....berbaloilah ummi main kutu huhu...mudah2an bertahan lama ke cucu cicit lah hendaknya.
bila mengepam, jiwa hati mesti tenang.kalo tengah serabut2 tu out put mmg x banyak.stakat ni ummi pump n pack susu 4oz- 5oz satu plastik.buat masa ni  4-5oz skali minum dah cukup utk Ziyad.kalo boh banyak2 nanti xhabis pulak sekali minum terbiar lama sgt dalam botol.

Inilah dia..bagi seorang isteri dan ibu, perihal anak, suami dan keluarga adalah perkara utama yang sentiasa dalam fikiran dan perbualan.

Kerja?bergantung kepada keperluan-kalau time bekerja mmglah menyesakkan fikiran.
Alhamdulillah dapat cuti 3 bulan, mmg inilah yang sepatutnya dari dulu lagi hadiah buat ibu2 bekerja. Bosan?kadang2 mmg bosan sbb dan biasa bekerja kini terperuk seharian kat rumah heh.Tapi situasi yang paling tepat menggambarkan keadaan surirumah adalah kerjaya yg paling 'mencabar' terutamanya dalam pengurusan masa yang baik.Bukan calang2. Patutnya setiap surirumah pun diberi gaji tetap  mengikut kapasiti isi rumah selain ganjaran pahala dari Dia.Surirumah pun satu kerjaya yang tak ramai tau betapa kepentingan dan besar peranannya dlm membentuk keluarga berjaya+bahagia. Dah dok rumah dekat 3 bulan jaga anak2  dan rumahtangga ni baru tau menghargainya.


Jadik surirumah?hmmmm kena pikir panjang.









In memory,
April 2006-February 2011

thanks ikin.





good bye my friend..
thanks a lot..

February 8, 2011

Sambungan hari tu.
Ada lagi beberapa perkara yang ummi rasa perlu di 'ada-adakan' ketika berpantang & lepas berpantang.Semua ni boleh dijadikan rujukan anak-anak bila nanti ummi dah tak ada kat dunia ni..hehe..harap2 dapat la merasa jaga cucu bila dah tua nanti yerk.amiin.

1.Tukang urut
kalau mampu boleh la tempah confinement lady barang sebulan dua yang sekarang ibarat cendawan tumbuh selepas ujan. siap la macam2 ade pakej tungku lah param pilis tangas bagai.Total =RM 3,000 lebih kurang selama sebulan, hambik kau.

Dapat berurut pun cukuplaah. Puas jugakla kita mencarik tukang urut sekitar Sg.buloh dan lembah klang ni hari tu. macam2 pe'el dan kaedah orang nak carik duit kan.siap bisnes kad lagi.Urut beranak lain rega.urut lenguh lain rega.nak yg mana, harga pun beza, ok?
Ummi pun dah terkena jugak dengan sorang tukang urut ni.mintak maaf ye macik..urut sekejap je x sampai setengah jam, ada hati nak kenakan bayaran RM xx. hadoii mcm x ikhlas je aku nak bagi.
Bukan apa, lepas separuh nyawa mengharung 'contractions' dan pembelahan major, dah terbayang berapalah banyak urat2 yang putus terik dan urat2 yg lari dari treknya ketika menendang katil,berlaga badan dgn tilam,menarik tgn Abg dan  midwife, dan mcm2 lah  seumpamanya..badan pun rasa tak brapa sedap..maka urutan dipercayai memberi satu terapi dan ketenangan sekiranya di buat oleh tukang urut yang mahir dan ikhlas.Mana nak dpt skrg?
Alhamdulillah dpt urut dgn Wak Yati kat kampung, 1 sessi dkat 3 jam dengan bayaran seikhlas hati.barulah ikhlas kaan..

Kalau susu badan lambat keluar, dipercayai dengan urutan boleh melancarkan urat dan pengeluaran susu dengan banyaknya.Sebelum beranak cecepatlah survey & book tukang urut ye.

2.Breast Pump
Bagi yang bercadang nak menyusukan badan, moleklah ada supaya dapat memudahkan dan mencepatkan urusan..kalau tak ada pun tak pe, boleh di buat secara manual..Pump ada macam2 jenis, ikutlah kemampuan &keselesaan. kalau tak mampu beli lump sum, boleh usaha dengan cara main kutu  mcm ummi @ www.mybreastpumpshop.com. hehe segalanya mudah.nak tak nak jek..nanti ummi buat review hasilnya k.


3.Stokin/Sandal
Pakailah dalam /luar rumah, at least sampai abis pantang.
Ummi pun banyak gak monteng.tapi bila nenek soh pakai tu kenalah pakai..esp time sejuk2 or lantai rumah yg sejuk tuu..tido pun lebih nyenyak tau..


4.Bengkung
Abi baru belikan bengkung moden minggu lepas khas utk c-sect. Oklah, setakat ni sedap di pakai dan memudahkan pergerakan.tapi xleh review lebih2 selagi x nampak hasilnya..Moleklah pakai kut..tak dapat shape anak dara, sikit2 pun jadik le.


5.Majalah
Bacalah majalah keibubapaan, pa & ma contohnya. mana beli yang lama2 tu, time berpantang kumpulkan balik,baca ulang2. Dulu masa belum ngandung  baca sambil lewa sepintas lalu jer..bila tengah berpantang baru nampak manfaatnya isu2 dan topik yang ada..gunakan.
lagipun sambil bf tu ada gak benda nak buat kan..


6.Wet wipes/ tisu basah
Ni pun sangat penting ada dalam apapun keadaan, dalam keta pun kena ada stok esp bila ada anak2 kecik ni.Tak ada anak kecik pun berguna jugak. setakat ni benda ni tak boleh terputus bekalan.


7.Resepi/menu berpantang
Bagi yang nak berpantang sendiri, tak ada parent nak jaga dan tolong masakkan, elokla stadi sikit resepi masakan semasa pantang. takyah la yg susah mana, bila ada baby mmg tak sempat nak masak pelbagai.tapi sekurang2nya takde la mati akal nak masak apa.asik bilis tempe sawi lama2 pun bosan juga.


8.Disposable breast pad &nursing bra
Penting ni esp bila nak kuar rumah kena pakai.
Time berpantang susu mmg mewah.Leaking sure ada. Sebelah menyusu, sebelah akan leaking juga. Kena pakailah kan kalau tak tetiba baju and tudung basah je tetiba.kalau pakai yg pakai buang tu senang takyah leceh2 nak membasuh.biasalah ayat orang malas mmg mcm tu huhu..penting ni yer..

Nursing bra? yg murah2 kat jusco ada hehe..yg mahal2 mana2 laagi ada..pakaila yer..yg lama2 tu lmbt sikit baru boleh pakai semula.



to be cont..



Lately, ada beberapa berita dan perkara yang perlu difikirkan, antaranya sekolah kakak dan bakal nurseri Ziyad. Hasrat utk berpindah ke S.A mungkin tak menjadi kenyataan buat masa sekarang. Maka, perancangan  perlu di buat teliti utk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Last week, Abg bercakap tentang Bangkok, Thailand. Let time decide.We'll see laa how it goes kan.
Kelmarin malam, ade berita jugak yang agak mengejutkan aku & Abg. Let time decide jugak.Buat masa ni, we just go with d flow. 
Ada beberapa lagi yang terperosok dalam fikiran...

semuanya kena istikharah banyak2.
Hari berganti hari, setiap detik akan ade je sesuatu yg mengejutkan. Kalo tak berapa terkejut pun kira sesuatu yg diluar dugaan lah.
Harap2 sgt biarlah perkara yg baik2 mudah2an..

February 7, 2011

Alhamdulillah.

I'm back. 
Yes i'm back home. home sweet home.
Namun perasaan sewaktu meninggalkan rumah dan kampung halaman petang kelmarin tak dapat aku lupakan. Merembes jugaklah dalam kereta betapalah emosi dan 'gembeng'nya ummi yg sorang nih.

Bila lama sikit bersama mak ayah dan keluarga, sampai waktu mengemas, mengheret beg & barang2 ke muka pintu, bersalaman berpelukan dengan semua, masuk ke dalam kereta dan melambai lah sekeliannya beramai2 dengan sorotan semua mata, semua tu memang buatkan aku merasa hiba.Mulalah terbayangkan  mak, ayah, dengan sabar menjaga dan meneman aku, Ziyad dan Mirah sepanjang 3minggu ni..terima kasih mak ayah..Diah akan rindukan kenangan itu.

Aku harap umur kami panjang untuk bersama2 lagi...

Siti @ Atam dah berada di Jeddah.Alhamdulillah.
tunggu turn untuk di bawak pulang ke tanah air.
tak sabar nak tengok dia depan mata,insyaallah...

Hari kedua lepas habis berpantang.Yeay!!
Gembira? tak juga.
Apa bezanya?
takde beza,cuma lepas habis pantang, tak terasa bersalah bila nak keluar rumah. tak merasa bersalah nak curik2 makan daging, minum air teh dan beberapa makanan yang dianggap 'angin'..
tapi, stil banyak jugak nak kena jaga bila kita menyusukan anak, takut baby kembung perut, cirit birit contohnya kalau kita makan makanan pedas atau berempah.
sejauh mana kebenarannya tak tau.common sense.buat jelah jgn banyak tanya.kata2 org tua pun banyak jugak betulnya.

Penat.
Banyak jugak kerja2 mengemas,membasuh,mengelap,menyimpan yang perlu dibuat. Setelah 46 hari  berpantang, tak naik tangga rumah tak mengemas dsb, skarang semua itu sudah berakhir..
Cuma slow2 lah ye.badan kita masih perlukan rehat..belum boleh melasak sangat.Kesan jangka panjang selalu buat aku risau.

Ada sesuatu dalam fikiran.
Semoga Allah tunjukkan jalan.Terasa betapa kerdilnya diri berdepan dengan situasi ni.
Tapi aku percaya, kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Itu yang aku harapkan.Semoga  Dia mendengar kata hati ini dan memakbulkan doa aku yang satu ini..(-_-)