September 29, 2010

Kadangnya, bila menjadi terlalu telus dan jujur boleh memakan diri sendiri.
Niat hanya berterus terang namun kerapnya telah disalaherti dan berkecil hati.
Kalau bercakap hanya yang molek dan baik semata2 ampu dan bodek, baiklah senyap dari menimbulkan perkara yang tak tentu betul dan tipu belaka.
Itulah yang pernah terjadi bila cuba menyembunyikan sesuatu perkara dengan harapan ia tak akan menyusahkan sesiapa apatah merunsingkan mereka-Rupanya mereka lebih terasa dan keadaan tak seperti di jangka.-sigh-

Dua pesanan bekas Ketua Hakim Negara di Terengganu pada satu malam, 2 tahun yang lalu- mungkin aku belum lupa;
”Kejujuran itu mengatasi segala-galanya”

”Kebenaran akan terserlah akhirnya”

Maka, dalam banyak perkara selagi kita berpegang pada kata2 hikmah seperti ini-selagi itu rasanya hidup kita kurang sakit kepala.
Cumanya, ’jujur’ itu sendiri ada konsep dan konteks yang tersendiri. Pada sesetengah keadaan, untuk tujuan menjaga hati contohnya, konsep jujur ni boleh ditukarkan kepada ’berdiam adalah lebih baik dari berkata yang benar’.
Apapun, berbaliklah pada niat. Niat apabila mula hendak bercakap.Selebihnya, terserah kepada yang mendengo.

xxxxxxx

Dua berita lately agak mengejutkan dan memberikan kesan,
Anak ketiga/bongsu pada Una & A.Ed, Hafizi berumur setahun berada dalam ICU sebelum ni bila dijumpai hampir lemas dan terapung dalam kolam ikan milik keluarganya minggu lepas.Sempat menziarah keadaannya di HKL, aku dapati Hafizi seorang yang sangat kuat semangat dan tenaganya.Bila mendengar cerita Una, hati ibu mana yang tak akan tersentuh, tambah lagi bila lihat kedaaannya dan dirinya yang comel, terasa seperti berlaku pada anak sendiri.Alhamdulillah semalam Una bgtau Hafizi dah keluar dari ICU dan kini berada dalam wad untuk rawatan selanjutnya.
Semoga keadaannya kembali pulih seperti sediakala.
Malam tadi sebelum tido, waktu mengemas ruang tamu terpandangkan mainan2 Mirah yang bersepah, terus aku spontan berkata” sunyinya rumah ni Bi kalau takde Mirah”..terus aku terkenangkan Una, pastinya sayu bila sebelum ini anak yang sehat sedang asyik bermain, kini beza keadaannya bila berada di hospital.
Tak jadi aku mengemas dan biarkan aje mainan Mirah kat mana letak duduknya sebab semua tu menceriakan dan menghidupkan rumah ini sebenarnya..
Sabarlah Una,....kita manusia mmg akan sentiasa di uji.
Zahari jugak kelmarin tiba-tiba berada dalam keadaan koma kerana serangan jantung, sedangkan dia seorang yang sehat dan ceria dalam umurnya lebih kurang 26-27 tahun. Alhamdulillah kini dia stabil walaupun belum sedarkan diri di hospital JB dan belum tau keadaannya yang sebenar, tapi memang cukup mengejutkan dengan berita2 macam ni saban hari lebih2 lagi bila melibatkan saudara dan rakan terdekat.
InsyaAllah, sama-sama doa semuanya bersifat sementara dan keadaan akan pulih sediakala..
tak ada yang lebih membahagiakan selain berkongsi kehidupan sekeliling bersama insan tersayang.


xxxxxxxxx

Z telah semakin aktif bergerak cuba2 menggunakan segala ruang yang ada dalam perut Ummi.Petang ni kita akan berjumpa lagi. Ummi harap Z sehat dan sempurna dalam usia 28 minggu ini, insyaAllah.

Masih belum terlewat untuk Ummi menghabiskan pil2 yang ada dan mengamalkan susu untuk kepentingan kita berdua.Syian anak2 Ummi bila ummi dia tak berdisiplin dalam hal2 macam ni.
Kak Miah dah tak sabar nak tunggu bila Z akan keluar.Hampir setiap hari dia bercakap dengan telefonnya sendiri seolah2 berborak dengan Z, berjanji akan dukung Z dan bermain dengan Z bila Z dah kuar nanti. Di akhir perbualannya kak Miah akan kata, ok- I lev U mmuah!

Semoga Allah merahmati & memberkati kehidupan kita ini dan tidak berhenti mengutus nikmat dan rezeki buat kita.
Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar yang patut kita tuju kerana banyak jalan kita dah tersasar di pandu nafsu & S.
Semoga dosa2 kita yang tak pernah sunyi dari buku kanan dan kiri terus menerus diampunkan dan dijauhi dari dosa2 besar.



**Takutnya tengok ceta sundal bolong malam tadi.

September 20, 2010

Selamat sudah Nadzif menikah dengan gadis pilihan hati. Tahniah dik.Akak harap awak berbahgia, bertabah dan bersabar banyak dalam melayari hidup berumahtangga.Bahgia datang mesti seiring dengan tanggungjawab yang menanti.

Beberapa jam lepas Nadzif nikah, dalam perjalanan balik, saja aku usik2 mak, 'Mak, mak sedih tak Nadzif nikah?'

Mak diam. 'rasa lain jugaklah, tak dapat cakap dengan kata2'..jawab mak.

'Dulu masa kitorang anak2 pempuan mak kawin, mak sedih tak?' aku tanya lagi.

mak gelak kecik, 'Esok Diah rasalah bila Mirah kawin," mak jawab lagi.

'Sedih mak ek'..aku buat kesimpulan sendiri hehe..sukati je..

Aku merakam sedikit momen dalam ingatan di petang Sabtu tu.
Beberapa minit sebelum Nadzif diijabkabulkan hati aku terasa sebak.Dulu masa Long ngan Ngah nikah pun macam tu jugak,aku plak yang syahdu and sayu beriya2 macam hape..Mungkin aku dah faham masa tu bahawa kakak2 aku lepas ni nak 'diambik' orang. Aku ingatkan bila Nadzif ni aku takkan rasa pape dah-tapi rupanya perasaan tu masih ada..iaitu kini aku akan melepaskan dia ke satu alam lain, alam yang aku sendiri sedang alami iaitu alam berbahagi kasih.Mungkin ltu lumrah, kasih sayang sebagai adik beradik itu pasti ada dalam hati.

Apapun, perasaan itu cuma sementara-lepas semuanya selamat aku rasa lega kerana Allah kabulkan hajat dia selama ni.Semuanya berjalan lancar.Mak pun aku tengok nampak suka pada anak perempuannya yang baru ni, peluk cium seerat hati. Moleklah.Selamat datang ke dalam keluarga kami, kata hati.


Teringat zaman2 masa mula2 nikah.Macam2 perasaan ada, yelah kita nak masuk dalam keluarga orang pastinya bukan senang2.Kalo jadik suami, aku tengok mcm tak kisah dan takde perasaan.Senang je diorang nak bawak diri.Kita ni dengan tak pandai masaknya,tak pandai ambik hati nya, tak macam pempuan melayu terakhirlah kiranya..

Aku selalu ingatkan dalam diri, kawin ni bukan dunia kita dengan suami je, tapi hubungan tu berlarutan kepada keluarga dan sedara mara dia.

Dalam erti kata lain, kita bukan ambik tau dan jaga perihal suami je tapi kita secara tak langsung akan terambik tau dan terikat dengan hal ehwal keluarganya.Suka atau tak- sesiapapun pasti akan mengalami situasi ini-kecuali kalo kita berkawin dengan yatim piatu dan yang tak mempunyai adik beradik mahupun sedara mara. Kalo tak, kita tetap tak boleh lari dari situasi hidup berkeluarga.

Yang bestnya, bila kita dapat menambah bilangan keluarga dan sedara2 kita.Hidup lebih meriah lagi pulak time beraya,bertambahlah rumah yang kita akan ziarah, sepupu kita daripada tak ramai akan bertambah2 ramai, daripada tak ada anak sedara tetiba plak ada.
;)


xxxxxxxx





Perkahwinan pada batinnya bukan sesuatu yang remeh dan mudah.

Ketepikan dulu saat2 kita bergembira dan ketikamana diulit bahgia.

Kalau di hayati betul2, perkahwinan ni jugak lebih kepada tanggungjawab dan perkongsian. "Perkongsian" dalam erti kata yang sebenar.Kalau tak sanggup berkongsi, fikir dulu banyak kali.

Lagi satu,jika seorang ibubapa merasa sedih apabila anak lelakinya akan berkahwin, bimbang akan 'kehilangan', jgn sesekali dilupakan bahawa ibubapa kepada anak perempuan itu juga pasti akan lebih bersedih atau sama bersedih kerana anak gadisnya yang dijaga baik selama ini juga bakal hilang diambil orang. Perasaan itu sama je tak kira kepada ibubapa pada anak lelaki atau anak perempuan.

Maka, janganlah hendaknya dibeza-bezakan layanan samada anak sendiri ataupun menantu.Setiap orang pasti akan menjadi menantu/mertua,akan pernah merasa perasaan "memberi dan menerima" dalam hidupnya.



Melainkan dalam kes2 terpencil, perkahwinan yang tak mendapat restu toksah la ceta, atau sebagainya,mungkin lain cara penerimaan-
tapi bagi kes2 normal yang dah diiringi restu dan kebenaran pada mulanya,tidak harus berlaku pertelingkahan dikemudian hari sepertimana yang banyak berlaku sekarang.Yelah, bila dah lama berkawin-banyaklah 'true colours' yang kelihatan.Alahai..manusia manalah ada yang sempurna..

Yup, satu benda paling penting, 'bukan senang nak puaskan hati semua orang, dan menjadi seperti yang orang harapkan.'

Asalkan kita tak buat perangai pelik2, melanggar norma-norma kehidupan dan batas2 pergaulan, jadiklah kita diri sendiri.
Berharap dan berdoalah orang menerima diri kita seadanya kita, dan kita kena la belajar terima orang itu seadanya dia.. ..insyaAllah..

*Taapi bab balik raya selalunya orang pening kepala.Ikutlah turn kalau takde apa halangan.Sian kawan tu tak merasa beraya umah mak ayah dia...





"Dan kehidupan di dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau belaka.Dan sungguh akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa.Maka tidakkah kamu memahaminya? (Al-An'am: 32)















September 17, 2010

Hari ni pastinya sibuk.Tapi time sibuk niii lah tgn plak gatal nak mengetuk.
Malam ni mak ayah ada buat kenduri kesyukuran kat rumah ni sempena,

1.Nadzif nak menikah esok,
2.Kelahiran cucu ke lapan dalam keluarga, Nur Hannan 5 hari lepas,
3.Siti akan ke Mesir Jumaat depan ni,
4. Hajat Mak Ayah yang mudah2an di makbulkan hujung tahun ni.

Mudah2an semuanya berjalan lancar,Amiin.

Sikit coretan kenangan untuk Aidilfitri tahun ni, alhamdulillah semuanya berlangsung serba sederhana.

Buat pertama kali, kita bdua tak beli baju raya utk raya pertama. Selalunya mmg ada tempahan khas dengan kaler tema suma. Tapi, tahun ni kita tak berapa ada perasaan utk itu semua..cuma pinjam baju Siti yang sama kaler dgn baju Abi tahun lepas. Mierah?belikan lah jugek baju beberapa pasang..Dah faham dah skrg situasi makayah yang tak beraya tak apa, asalkan anak tak terasa tempiasnya..Gambo?pun kita tak ada..

Takpe pun kalau tak pakai baju raya baru sebenarnya.Cuma selama ni dah jadik adat, dan niat pun nak melaram sekali kala tak salah rasanya..kini nampaknya perayaan tu x terkesan pun kalau tak ada pakaian serba baru.Yang penting hati kita lebih tenang.

Tahun ni, menggalas tanggungjawab sbg kakak sulong dalam keluarga Abi tanpa kehadiran mak seperti lazimnya mmg lain rasanya.Waktu puasa lagi aku dah memikir dan mengira2 macamana agaknya tahun ni sambut raya tanpa mak, sebagai orang kuat dan penyeri dalam keluarga. Kami akhirnya nekad takkan mengubah tradisi raya seperti selalu.Maka, aku mengambil alih tugas2 mak memasak di malam dan pagi raya supaya aura dan suasana raya tu tak hilang terus dari rumah.
Buat pertama kalinya dalam hidup aku, dari urusan ke pasar, menyedia dan memasak sendiri juadah-juadah raya, lodeh, rendang, sambal udang, ayam goreng tepung (kredit to Abang) dan Ketupat, (kredit to Ayah dan Abang). Selalunya dulu cuma tolong2 dan tukang makan jek. Alhamdulillah, walaupun tak sesedap air tangan mak, bila nampak hasil dan rupa tu ada-rasa puas dan lega sgt,akhirnya mampu melakukannya.
Thanks to Abang yang banyak membantu dan menemankan hingga ke pagi, Wan dan Ayah yang prihatin.Semua ni pengalaman dan kenangan berharga yang tak mungkin dapat aku lupakan.

Cuti agak panjang kali ni berbanding tahun2 sudah. Puasnya kita dapat beraya hampir 70% rumah2 yang wajib di ziarah, bersama orang tua dan adik beradik.Lagi 30% tak kesampaian kerana kekangan masa. Walaupun tak berziarah ke rumah, sekurang2nya dah ada berjumpa sempena raya ni di mana2, kira ok lah tu.Zaman dah berubah, kita tak mampu beraya marathon macam zaman muda2..

Syukur, adik beradik semua berkumpul musim raya ni.Susah nak dapat peluang mcm ni, lebih2 lagi pasni Siti akan ke Mesir selama 4 tahun-peluang bersama makinlah limited..Semoga Allah panjangkan umur kita semua dapat lagi berkumpul selalu seperti ini..Rumah Atok nenek yang begini besar selalunya sunyi skrg dah rasa macam nak meledak dgn kerenah cucu2 yang makin lincah dan ligat.Mierah pun dah makin kenal suasana kampung dan boleh sesuaikan diri nampaknya.:)

Ok, rasa perlu ke dapur sekarang. Blender dan kuali periuk dah mula memanggil.Jiran2 pun dah mula dtg tak manis pulak buat hal sendiri kat depan.
Alhamdulillah atas semua kurniaan Tuhan. Masih berusaha mengekalkan roh Ramadhan walaupun Setan dalam diam cuba menghasut utk tak melakukan kebaikan seperti di bulan ramadhan.Setan yang dok asik memujuk supaya solat dibuat dihujung waktu. Isyak dilewatkan dengan tido dulu...dan makan dengan banyak sampai senak.

Adjourned sine die.