July 29, 2010

ANTARA DUA CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

July 26, 2010

Tak banyak yang ummi kongsikan tentang Mirah dalam ruangan yang terhad ini. Bukanlah bermakna Mirah bukan keutamaan ummi, sedangkan kalau Mirah tau, dalam hati ummi Mirahlah segalanya.

Setelah hampir 4 tahun kita bersama, termasuk 9 bulan dalam kandungan-
ummi rasakan belum lagi menjadi ibu yang terbaik buat Mirah.
Banyak tanggungjawab sebagai ibu yang tak terlaksana sepenuhnya, alhamdulillah Mirah tetap menjadi seorang anak yang sangat baik dan baik.Adorable Amierah.

Bila kita berdua bersama, sambil melayan Mirah berkata-kata, Ummi selalu renung dan tenung Mirah dalam-dalam mengamati anugerah Allah yang tak terhingga buat kita berdua.Syukur Alhamdulillah.Dah beso daah anak ummi. Kan best bila Mirah sentiasa comel dan petah macam ni..

Meskipun, kemanjaan Mirah dan sifat penakut melampau yang tak tau diwarisi oleh siapa tu masih menebal, ummi bersyukur sekurang-kurangnya Ummi tau Mierah sangat memerlukan Ummi dan Abi tak kira bila dan di mana.

Cumanya, misi yang lebih besar bagi ummi adalah supaya dapat lebih menjaga makan minum Mirah mengikut khasiat dan gizi yang sepatutnya.Meluangkan masa 'mendidik' lebih banyak,dan memastikan gigi Mirah tak dimakan tikus lagi bila meningkat usia nanti..:)

Ketika mula-mula mendapat tau Mirah bakal mempunyai teman, hati ummi sayu sendiri.
dalam kegembiraan itu, ummi sebenarnya tak tau samada ummi mampu membahagikan kasih sayang yang selama ini untuk Mirah seorang.Ummi tak boleh membenarkan perasaan itu bertandang.Ummi tau Mirah pasti gembira dan kita akan sama-sama belajar berkongsi katil ya sayang!

Nanti ada adik baby, adik baby nak tido mana?
Tak muat lah katil ummi..

Siapa anak ummi?
Saya!!!

Siapa nama awak?
Amiah.

Miah sayang Ummi ke sayang Abi?
sayang Ummi sayang Abi.Sayang dua-dua.

Dalam usia 3 tahun sebulan, hampir semua percakapan ummi dan abi Mirah dah faham. banyak soalan2 Mirah tanyakan sampai ummi tak larat nak layan.
Selalu ummi tekankan dalam diri, tanggungjawab terbesar yang sangat mencabar bg kita adalah dalam 'membesarkan' seorang anak..
mengandungkan, melahirkan itu bukan
juga senang, tapi tak semudah membesarkan dia dari sebesar lengan hingga kini dah boleh berlari dan mengejar ummi.Melalui detik2 untuk sampai ke hari ini jika dikenang bukanlah satu masa yang mudah.

Ummi selalu berdoa, andai Allah ingin menduga dan menguji ummi, janganlah berlaku apa-apa terhadap Amierah seorang ini. Ummi sanggup menjadi gantinya.

Ummi kagumi pengorbanan insan-insan bergelar ibu, apatah lagi yang mampu membesarkan anak-anak dengan baik dan cemerlang dunia akhirat dalam suasana serba kekurangan dan penuh dugaan.ya bukan senang.Ummi yang kurang bersyukur kerana tak menghargai segala kenikmatan yang Allah kurniakan.Semoga ummi masih belum terlewat. Buat anakanda Mirah, ketahuilah bahawa kasih sayang ini tidak bertepi.Biarpun waktu dan usia membawa kita pergi semakin jauh, kenangan kita bersama ketika Mirah berusia sehari sehingga Mirah sudah begini besar-tak mungkin akan terpadam. Ummi sayang Mirah.

July 22, 2010

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu,) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al Baqarah 2:216)

July 20, 2010

Menerima dua berita kepulangan 2 orang  hamba Allah ke pangkuanNya hari ini dengan tenang.

Perkhabaran dari A, seorang jiran merangkap sedaranya telah kembali ke rahmatullah hari ini kerana kanser payudara.Betapa keciknya dunia, rupanya aku adalah antara pengikut cum silent reader kepada blognya selama ini yang banyak memberi pengalaman dan kekuatan kepada pembaca-pembacanya.(www.onebreastbouncing.blogspot.com)

Perkhabaran dari Z, ayahanda kepada rakan sekelas kami, A telah juga meninggal dunia petang tadi kerana sakit.

Innalillahiwainnailaihi rajiuun. Telah sampai janjiNya.

Pemergian seseorang di ambang Ramadhan terasa memilukan dan lebih memberi kesan.Malahan saban tahun  pada waktu2 begini  juga hampir setiap hari ada perkhabaran seseorang dijemput pulang..

Alangkah bertuah bagi mereka-mereka yang telah bersedia bertemu Allah. Apalah nasib diri ini nanti apabila sampai saat itu adakah dalam keadaan bersedia atau bagaimana.

Hanya berdoa dan berharap supaya hari demi hari mampu menjadi hambaNya yang lebih baik.Berdoa supaya Abi tak jemu membimbing diri ini supaya sama-sama membaiki diri yang serba serbi kekurangan di sana sini.

Kelibat mak terbayang di mana-mana lebih2 lagi saat-saat akhir sebelum beliau 'pergi' meninggalkan kami.Bayang mak berjalan perlahan menaiki tangga rumah ini-berbaring di depan  dan menikmati sup kegemaran mak  ketika makan malam. Suara mak memanggil Mirah..Sakit bila ditinggalkan dengan banyak kenangan.Semoga kepedihan-kepedihan beransur hilang..

A.M menyampaikan kepada Abi satu perkhabaran yang membuatkan diri terdiam.Perbualan dengan A.M minggu  lepas mungkin menjadi nyata.
Redhalah wahai hati apapun ketentuannya walaupun hati ni belum sepenuh jiwa menerimanya.
Benarlah,memaafkan dan meminta maaf bukanlah semudah lakaran kata-kata. Berilah kami petunjuk dan kekuatan dalam melalui setiap detik kehidupan ini.

July 14, 2010

Aku tak menyedari betapa perlunya aku menghargai beliau, sehinggalah saat aku kehilangannya.

Adakah mungkin aku mampu gembira di saat insan tersayang bermenung sayu.

Adakah terbalas oleh aku jasa beliau yang telah melahirkan,membesarkan dan mendidik suamiku sebegini rupa.

Adakah dia terkilan aku tak sempat mempelajari masakan2 kegemaran suami dan anak-anaknya.

Adakah terampun dosa2 aku ketika hidupnya aku tak menjadi anak yang sebaik harapannya.

Adakah dia mendengar ucapan maaf yang aku bisikkan ketika mana dia tidak lagi mampu membuka matanya memandang aku.

Mak, andai kau tanya apakah yang aku kesalkan kini- itu adalah kerana aku tak sempat berbakti membalas jasamu dan memohon ampun atas dosa2ku..

July 13, 2010

Its all about time.

Tak ada satu saat pun dalam dunia ini yang sia-sia bagi hambaNya yang tau 'menghargai' masa.

Terasa banyak yang aku belum tau.belum lalui.belum terjangka.belum bersedia.

Apakah lebih banyak lagi lepas ni.

"Pengalaman" ini sangat berharga. aku cuba mengemas perlahan-lahan pengalaman-pengalaman yang ada untuk dibukukan supaya aku tak akan lupa.

Banyaknya pengalaman lalu yang aku lupa kumpul dan 'binding', lantas pengalaman itu berlalu sia-sia tanpa ada iktibar di ambik sebagai pegangan dan ingatan.