October 28, 2009

Picture of You



















i wish i had moooreeee time!!!

October 22, 2009

Aku selalu tersentuh dengan penulis ini dan gambaran yang dibawanya seolah2 jelas di depan mata.

Usahanya kini membuahkan hasil dan semakin mendapat perhatian masyarakat.
Aku hanya memerhati dan memandangnya dari skrin-tapi semangat dan luahan hatinya sangat dekat dengan hati dan mata aku.

banyak lagi penulis-penulis perihatin seperti ini diluar sana.aku tau.

apa yang kita ada adalah luangkan sedikit masa untuk mengenali 'dunia' mereka ini melalui pembacaan berdasarkan kacamata penulis2 seperti beliau

kemudian,
fikirkan apakah yang boleh kita lakukan selepas membacanya.

http://wishingwellprogramme.blogspot.com/

kita tak tau takdir kita bagaimana.
bukakan hati dan minda- ada 'dunia' lain diluar sana yang belum pernah kita teroka.

October 21, 2009


Sepanjang penglibatan diri dalam arena ni, aku dapat bertemu, bekerja di bawah manusia2 yang aku kagumi. Tak salah rasanya mengkagumi orang2 yang hebat pada aku ..hebat dari segi personaliti dan keupayaan diri mereka.Dalam 2 tahun ni berpeluang berdamping dengan 2 orang Hakim yang Arif dan Bijaksana.


Yang Arif Hakim Dato' M.H.
Dia Boss pertama aku sejak mula2 masuk kerja 2 tahun yang lepas.Profile diri dia tak perlu diperkenalkan.Bagi mereka yang berada dalam bidang ni dan ambik tau hal ehwal perundangan, tentu kenal siapa dia. tak perlu pegi jauh2 kalau nak mengenali seseorang yang bergelar Hakim. Bacalah written judgment mereka dalam law journal atau kes2 yang terdapat di mana2, CLJ, MLJ, compilation of cases, law books, kat internet contohnya, kita akan tau bagaimana kualiti dan personaliti seseorang Hakim itu sebahagiannya. Kalau dapat berpeluang berdampingan dengan mereka adalah satu Bonus.


Pengalaman bekerja di bawahnya terlalu berharga bagi aku dan aku rasa rugi tak dapat belajar lebih banyak,lebih lama memandangkan masanya sudah sampai untuk dia menggalas tanggungjawab lebih besar di Mahkamah Rayuan.


Kini, bersama Boss sekarang yang aku sangat hormati.


Yang Arif Hakim Datuk Z.
Aku kagumi beliau atas sumbangan beliau sebagai seorang Hakim wanita dalam sistem perundangan negara kita.Tak ramai tau, disebalik 'low profilenya', dia rupanya seorang wanita hebat.aku bercita2 mempunyai kehebatan dan keupayaan seperti beliau sebagai seorang wanita Islam.

Bagi kedua2 mereka, sumbangan pada negara dan sistem perundangan/kehakiman tak perlu dipertikaikan.tanyalah pada sesiapa yang pernah bekerja di bawah kedua2 orang Hakim ini.
Aku pasti jawapan mereka adalah sama.
Aku takperlu cerita lebih panjang, untuk bercerita tentang mereka pun dah cukup buat aku segan.Segan kerana menumpang harum nama mereka tapi jauh dalam hati aku berbangga dan bersyukur sebenarnya.
Allah menciptakan insan2 seperti mereka yang membuktikan bahawa masih ada Hakim2 yang betul2 layak membawa 'title' Hakim dan layak di hormati dan dikagumi atas sumbangannya sebagai seorang manusia berilmu.

Semalam, kami berkunjung ke Istana Kehakiman untuk bertemu Dato' H,
seperti dijangka-pertemuan yang manis dan memorable.
Aku pernah dulu dan sempat menyatakan pada Dato' H, dia merupakan role model bagi aku dan dia menyatakan kegembiraan dengan pengakuan itu.Aku tau ada hikmah aku bertemu dengan insan2 seperti ini dan aku hargai peluang yang Allah berikan ni.











Sempat jumpa Tuan Din?
Pertemuan yang lalu








InsyaAllah, mcm yang Chi dengan Ikin kata ni- tak pasti mana dapat perumpamaan ni,
"kalau kita b'kawan dengan penjual minyak wangi, kita pun akan wangi, kalau b'kawan dengan tukang besi.....akan kotor dan terpercik api?"
wallahu'alam
.

October 20, 2009

Sejak bila aku suka wane pink aku pun tatau.dulu mmg tadek warna kegemaran pun.dah tua2 ni, bila nampak pinky2 cepat je tertarik.

P.S baru tipon soh buat profile Datuk time dia PTK nanti.DUSH!!!!!!
takpelah, apa salahnya tolong menolong kan?
tolong tu tak salah.tapi lazim manusia, time nak mintak tolong kan main baik lagi bersuara.tak ingat lagi dulu time dia marah sampai nak terkeluar bijik mata????
bukan stakat aku, cicak tengok pon boleh pensan.

susah nak lupa.maafkan senang.
hati belum nak brapa sembuh.

takpe nad-as a challenge inilah peluang nak tunjukkan potensi diri, skill, semua2lah.(ayat sedapkan hati.)buat keje harapkan habuan.

sekejap lagi nak ke POJ.Jumpa Mentor Terhebat cum ayah angkat (angkat sendiri).
bila nak siapkan ground ni aku pun tak taulah.
nikmat masa di tarik tarik ke sana sini.

P.S ni spoiled my moodlah!

October 19, 2009

Nyamannya.
Lepas2 mandi, bersantai-ngadap tv.ngadap pc.
Abi macam biasalah.mengadap beg azimat dia, mengira2 & ngemas2 segala resit2 apakebenda semua merangkap akauntan bertauliah untuk keluarga kita.Kalau takde Abi,akan terhenti dunia kita.

Hari ni Ummi masak daging goreng dengan ayam masak kicap.boleh la terima dek tekak.
Mierah yang taknak makan.Sian Mi masak.

Baru jap tengok rancangan 'Haji Ifrad' kat Astro Oasis. teringat kat Atuk ngan Nenek yang dah berhajat sgt nak ke sana.Ikutkan turn tahun 2011 baru boleh pegi. Brapa kali dah Atuk anto surat rayuan, bila ummi check dgn tabung haji last week, rayuan dalam pertimbangan.rupa2nya yang senarai menunggu utk haji tahun ni je lebih kurang 10 ribu. ramai banget?
walaupun rayuan tu atas sebab kesihatan, nampaknya ramai lagi yang lebih memerlukan kuota tahun ni.sebab tu agaknya nama Atuk ngan nenek still belum tersenarai.Kesian Atuk.Kesian nenek.
Ya Allah, mudah2an kau panjangkan umur mereka, berikan nikmat kesihatan, kekuatan dan izinkan mereka menunaikan ibadah haji sementara mereka masih ada ni.Amiin.

Ada peraduan kat Astro Oasis-hadiah 4 tiket haji pegi tahun depan.berkira2 gak nak masuk.tengoklah nanti kalau rajin.

Hari ni, urusan lantai bawah dah beres.tinggal install nanti next week insyaAllah.

Over the weekend (yang memenatkan), sempat la jumpa M** & KB dalam rumah terbukanya on sat.
M** dapat offer kat Sime Darby.Hmm, happy for her.coz i knew she's so happy too!
KB?tengah berkira2 nak tender, just menunggu masa je. Go KB Go.Allah mudahkanlah jalan mereka.Amiin.REzki bukan satu hala.
Kalau hati dah tak gembira- nak kerja pun tak ada jiwa.When there is a will, there is a way!
rajin tak rajin je.
Nasik dagang dia memmang best.tak pernah aku makan nasik dagang sebanyak tu.sebenarnya tak pernah pun makan nasik dagang satu pinggan lengkap kecuali budu.
bertambah lagi jenis makanan yang boleh makan dek tekak.
dah ngantuk.dah for now.

October 17, 2009

Bila baca entry Abi yg latest- harap dapat meringankan berat hati yang Abi rasa.

Bukan senang nak buat sesatu keputusan.lebih2 lagi kalau keputusan tu memberi impak pada orang lain-lebih2 lagi insan tersayang.

Sepatutnya pagi ni kita sekuarga tengah sibuk2 mengadakan & menjayakan pernikahan AYan dengan bakal suami dia.Dan sepatutnya hari ni, ada pertambahan ahli baru dalam keluarga kita Mierah.
Persiapan boleh kata 80% dah sedia..lagi 20% tu mungkin cuma jemputan je belum di hebah2kan sangat.
Betullah kita manusia ni cuma boleh merancang-Rancangla apapun.Allah jua yang menentukan segala2nya.

Ummi tau, AYan tak baca blog abi, dan mungkin tak mengerti apa yang Abi cuba sampaikan..tapi kalau sekiranya dia terbaca nanti-Ummi harap dia mengerti dan faham, betapa semua orang menyayangi dia, dan nakkan yang baik2 untuk dia..
Ummi boleh paham perasaan orang yang bercinta, dan boleh bayangkan betapa luluhnya orang yang hampir bernikah tetapi secara tiba2 hampir tak jadi semuanya.kesian tu memanglah ada.

Ummi pun tak berani nak cakap lebih2..this is not the end of the story.

Kalau dah Allah kata memang itu jodoh dia, di halang oleh Maharaja hebat mana pun-kalau dah tersurat itu jodoh dia, tetap akan bersama.Kata lainnya, Kalau dan jodoh takkan ke mana.
Tak perlu terburu2, lebih2 lagi tak ada 'urgency' untuk pernikahan ni...lainlah kalau seseorang itu mmg dah wajib nikah mengikut hukum syarak.
Makanya pada ummi ini cuma proses penangguhan sementara dan babak penutup bagi episod percintaan mereka-tak ada sapa pun yang tau, kecuali Allah.

Banyak sebenarnya yang dipertimbangkan. Asal usul & latarbelakang keluarganya yang tak diketahui, kemasukan ke sini tanpa apa-apa jaminan sampai bila boleh 'legally' berada kat sini, jaminan bahawa dia takkan memperolehi PR untuk satu jangkamasa yang amat panjang atas beberapa sebab tertentu,
jaminan kehidupan terhadap isteri dan anak2..ini bukan isu materialistik AYan.tapi isu yang realistik dan orang2 yang asyik bercinta mungkin tak 'foresee' keadaan2 ni..

Sebagai ahli keluarga, Abi dah buat mana yang terdaya.
So, don't worry Abi-sekurang2nya Abi & sedara mara kita telah berusaha.Kita tau semua orang mengambil berat tentang kita..Selebihnya kita serah kat Dia.

Don't worry AYan, jalan cerita kita atas dunia ni Allah dah tentukan.Berdoalah supaya segala urusan dipermudahkan, termasuk urusan jodoh..Kita semua tak pernah membenci dia, mahupun mencari 1000 alasan untuk memisahkan.Mungkin ini bahagian AYan dan ujian untuk keluarga kita, Allah menguji kasih sayang kita dalam berkeluarga.

** Restu Allah & Restu Ibu bapa mengatasi segala2nya dlm sesatu perhubungan mahupun ikatan perkahwinan..

October 16, 2009

Syukurlah.
Masih wujud kat bumi Tuhan.Bila naik keta gi mana2, nampak je rumah banyak2 tinggi2 kat mana2 terdetik dalam ati, ramainya orang dok kat kolumpo ni.ceruk mana pun ada rumah org.banyak lagi tempat aku tak tau kat sini..dalam banyak2 org ni, ntah2 ada yang sekampung dengan aku tapi malangnya tak kenal..

sibuk jugakla sejak bulan posa sampai skrg, rasa tak cukup siang, tak cukup malam.
3hari kursus kat bangi ingatkan boleh rehat2 skit, makan sedap2- sudahnya lecture jadualnya sampai ke 10 mlm.daripada nak rilekss jadik macam nak ambik exam plak rasanya.


Dalam sibuk2 tu sempat lagi berangankan rumah baru.walaupun jauh diceruk SB tu, tapi bila dah ada rumah sendiri lain jugak rasanya.penat la asik berulang alik nak menambahbaik apa yang patut.sekadar keperluan basic2 tu bolehlah..(basic?)
kalau ikutkan nafsu, mmg nak semua serba baru.tapi- nasib baik Abi slalu bagi signal..menyedokan diri yang tak brapa nak mampu lagi ni.jangan nanti umur dah lanjut hutang banyak sana sini.
dah ada rumah pun dah syukur alhamdulillah.ada org yg duduk bawah jambatan.


Terima kasihla, pada semua yang menjemput berkongsi rezeki buat open house.
dah masuk deepavali tapi utk weekend ni tak kurang 5 jemputan aidilfitri nak di hadiri, dgn rasa hepi la. maklumlah org nak jamu makan, takkan kita nak tolak.mudah2an bertambah murah rezki kalian.
utk raya tahun ni, tak dapat nak hostkan open house memandangkan keadaan yang tak tentu arah lagi.rumah penuh dengan kotak & barang sana sini.Y sms kata nak dtg pun terpaksa ditukar lokasi.insyaAllah la, kalau ada rezki lebih-boleh dikongsi ramai2 nanti.

dalam sibuk2 ni, sempat gak memikir, bila kali terakhir aku bersenam?
senam yang bagai2 keluar peluh semua tu?
rasa2 aku,sejak kawen dah dekat 4 tahun ni- takdenya aku pi bersenam2 hatta berjogging pun mcm ingat tak ingat je.sport shoes beli dah, secalit kotor pun takde.
patutla rasa badan ni pun dah lain macam.
mungkin aku patut belajar berenang macam yang slalu di angan2kan.
konon nak ajo amierah berenang walhal mak dia pun tak pandai..



**Selamat hari Tua kepada;
7/10/1981 -besday Tenet
9/10/1981 -besdey Azah
14/10/1981-besday Rin

October 8, 2009


"Apa yang telah berlaku pada kita tak penting-
Apa yang penting adalah, bagaimana kita respond/ bertindak terhadap apa yang berlaku pada kita itu".

October 6, 2009

perlu ke buat pengakuan terbuka.
Lately ni aku rasa tak produktif langsung.Dalam erti kata lain aku mungkin makan gaji buta je beberapa waktu kebelakangan.
Aku tutup pintu bilik.blind pun tutup.aku duduk dalam ni, aku selusuri beberapa blog yang aku tak boleh berhenti dari membacanya.abis je kes cepat2 aku turun aku surf balik mana2 entry yang aku belum baca.
Hasilnya, aku jadik macam terkesima dalam bilik ni sorang2. ada la Hidayah tadi lalu masa aku belum tutup pintu- dia tanya aku sakit/demam ke..mayb muka aku macam org sakit kot.
aku nak bercakap pun sore jadik serak sbb lama sgt duduk tak bersuara.
fuuuhh...
banyak benda aku pelajari.antaranya aku terasa lebih dekat, sangat dekat dengan seseorang tu, bila kita berusaha mendekatinya.mengikuti kehidupannya walaupun dari jauh.
macam tu jugak agaknya kalo kita berusaha mendekati Tuhan.mesti akan lebih2 terasa dekat dgn dia, hari2 nak berjumpa dia..(nadiah, jangan cuma pandai bercakap boleh tak?)
wonder tak blog apa yang aku baca sampai hampir banyak merubah persepsi diri aku terhadap sesuatu. Aku terbayangkan MIL. Aku mungkin lebih memahami keadaan dia skarang.
aku terus terfikirkan menu apa nak masak untuk mak.khamis ni sampai weekend mak ayah akan dtg sini utk treatment- so, aku kena carik menu yang berkhasiat dan membolehkan mak makan dengan banyak dan berselera.
Ok, kat mana ada pasar yg segar ek-aku malas btul nak carik bahan basah kat kedai runcit-ayam tu kdg2 berendam lama dalam air batu sampai lebam2 aku pun tak bselera nak masak.
mungkin ada pantang larang pemakanan yg aku kena aware.selama ni, aku berpegang pada, asalkan makanan itu kita tak makan secara keterlaluan, insyaAllah tak akan memudaratkan. Lebih2 lagi, tak ada doktor yang menghalang apapun jenis makanan yg boleh di makan-
tapi, aku rasa kena ikut jugak mana2 yg boleh di ikut.mungkin petua lama ada baiknya.
Tadi pagi, aku terasa macam nak kembali ke bulan Ramadhan. bulan di mana aku bersemangat utk menjalani hidup sehari2.pagi aku sungguh segar dan besemangat.
pagi ni, aku rasa aku manusia paling tak guna, tak boleh nak teruskan amalan bulan ramadhan, lebih teruk aku tinggalkan pulak apa yg jadik amalan.pagi ni nak bangun tido pun jadi malas.
Aku patut tinggalkan blues aku ni skang.bukak balik pintu dan buat keja yang sepatutnya.
macam2 benda ligat dalam kepala.
kalau boleh aku senaraikan;
-tak payah la kan.senaraikan banyak2 pun x guna kalo tak buat.biar minda menggerakkannya.
sudah!

October 5, 2009

Happy Birthday Yati @ Yat! (Norhayati Ahmad Mansor)

Allah panjangkan usiamu seiring dgn peningkatannya lagi tahun ini.
You r such a good wife, good mom, good daughter and a good friend.

i do hope, and i know, you'll be 'somebody' soon.
Allah bless you, always.InsyaAllah.
-----------------------------------------------------
Lunch makan ramai2 kat KLCC. 6 org, mcm biasa.kurang korum sorg-Ika takde.Sibuk dgn kes2 dia.
Jumpa menu baru.Agak menarik.Agak sedap.Next time boleh order lagi.
Baru lepas call imigresen. Ada 'sesuatu' yang perlu di selesaikan segera.

Kadang2 kita tak pasti sesuatu yang datang pada kita itu adakah satu rahmat, nikmat atau sebaliknya?mungkin ke satu dugaan sebenarnya.
kadang2 kita rasa itu mungkinlah takdir yang telah ditentukan, tapi selagi belum ada end result utk itu, kita mungkin masih berupaya untuk mengubahnya..

Selagi belum termaktub belum tentu itu adalah takdir untuk kita.


Conversation dengan Rin ptg ni, buat aku terfikir beberapa benda.


"Best friend never tell each other they are best friend. They just know".

Having good friends to me is good enough..
You are one of them Rin.

October 4, 2009

Auntie Ain & adik Aysraf

Kat umah Uncle Kimi

Dengan Uncle Farid & Uncle Fahrul's family @ BBU

Hasya kawan Mierah

Kita kat mana ni Mierah?

Kita skarang kat JB.
This weekend Abi dgn Ummi plan nak habiskan beraya kat JB.Ini je masa yg ada utk beraya kebelah2 sana...pasni kita lagi sibuk dgn macam2 acara.Sempat semalam kita dapat beraya ke 5 rumah.Rumah Uncle Kimi, Uncle farid, Tok Yang Teh, Tok Yang Yot dengan Tok Ngah.Alhamdulillah..Sib baik ada Uncle Fahrul yang jadik Tourist guide bawak kita gi jalan2.Harapkan Pak Andak, hampes sibuk gi berjalan.

Stakat ni program berjalan lancar.Alhamdulillah, Allah dah mudahkan segala urusan kita.

Hari ni, kita nak ke Ulu Tiram.Wedding Auntie Shaza. Then kita ke Kota Tinggi ke umah Nenek Tonah, umah Uncle Fahrul & Uncle Firdaus..and hari ni Auntie Sarah & family akan bertolak ke UK untuk sambung PhD. Nanti kita jumpa diorg k.
Harap2 semuanya akan ok.Ralat x dapat jumpa Auntie Mizah, Auntie Im, Auntie Faiz & Auntie Aidah.Maybe next time okey!

October 1, 2009

Dah masuk Oktober.
How time flies.

kelmarin lewat magrib Abi bgtau satu khabar.khabar baik dari boss dia.
Alhamdulillah.
Apa lagi jawapan yang lebih baik dari itu.
I'm happy.i'm proud of you Bi, for sure.
Yup, tanggungjawab mungkin bertambah.tak apalah.asalkan berbaloi berpadanan dengan usaha.
Syukur Alhamdulillah.

Raya lepas campur Sabtu Ahad, cuti lebih kurang 10 hari.Ajaibnya cuti kali ni, Ummi perasan macam2 perubahan berlaku pada Amierah. Amierah makin petah.makin cerdik.makin lantang. makin banyak bercakap.makin berani.makin cantik di mata Ummi. macam tak percaya ini adalah Amierah Humairah.Perubahan yang sangat2 ketara.Abi pun perasan sangat dgn perubahan ni.Berlarutan sampai la ke malam semalam.Amierah suka sangat berjalan."Menurun" Ummi dgn Abi.Tengah lepak2 tengok TV, Amierah dengan suara manja, "Ami, abi nak alan -alan!..Ami, Abi, nak alan-alan"..di ulang2nya sampai Ummi dgn Abi cair.
tangan Ummi di tarik sampai ke pintu. Sudahnya, Abi bawak Amierah dgn Ummi ke masjid utk solat isya'.Asalkan dapat keluar rumah dah cukup buat dia diam. bila tengok bulan atas langit, Mi, ulan!..cakap pun x penuh lagi tapi dah banyak difahami.

Selalu buat Ummi dgn Abi berpandangan sesama sendiri dengan keletahnya.

Sayang tak dapat tengok tumbesaran dia seharian.tapi apa boleh buat, tuntutan kehidupan.Maafkan kami tak dapat bersama2 melihat Amierah membesar sepenuhnya bersama kami.Maafkan kami tak dapat mengajar dan mendidik sepenuhnya apa yang sepatutnya Amierah tau daripada kami.
Ummi dengan abi takde pilihan buat masa ni. Tapi Ummi dengan Abi bangga dengan Amierah.


Ya Allah, semoga dengan masa yang masih bersisa mampu kami menebus masa2 lalu dengan sesuatu yang terbaik untuk anak ini buat bekalan dia kat dunia dan akhirat nanti.
Ummi selalui rindukan Amierah setiap masa pun selagi Ummi bernafas.

Amierah tgh buat apa gaknya?Ummi selalu bertanya-
Ummi yakin saat bilamana hati ummi teringat Amierah, insyaAllah- Amierah pun teringatkan Ummi dan Abi kat sekolah.

Salam sayang untuk Amierah Humairah.